Tuesday 22 March 2016

Part 6 : Zatul

Suatu hari awak akan menyintai saya sepertimana saya menyintai awak dahulu.

Suatu hari nanti awak akan teringat pada saya sepertimana saya teringatkan awak dahulu.

Dan suatu hari awak akan cari saya balik , tetapi saya tidak mahukan awak lagi.

Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan baik , kerna dalam diam salah seorang akan suka pada seorang lagi . Perasaan akan bercampur antara perasaan seorang kawan dan kekasih

Ram Dass said The quiter you become the more you can hear.

Panjang aku menulis email terakhir itu kepada Hambali setelah aku menerima email darinya memohon maaf dan minta aku tidak berdendam.

Aku tidak mampu membalas email itu semasa membacanya.

Kini setelah sebulan , aku gagahkan diri menjawab emailnya itu.

Aku tidak mahu ketemunya lagi . Aku patah hati .
Katanya masa yang merubah segalanya .

Alasan beliau bertunang dengan Nur Nila Sari seorang Guru di sebuah sekolah Antarabangsa adalah kerana gadis itu sentiasa membantunya di dalam memperjelaskan sesuatu yang dia tidak faham semasa menuntut di France. Mereka adalah sepupu.

Owh bodohnya aku!

○●●●

Masa berganti masa , aku sudah tamat pengajian . Alhamdulillah rezekiku bekerja sebelum graduasi di sebuah pusat perubatan di Pekan Kajang .

Aku maklumkan Syam perkara ini . Dia orang pertama selepas ibuku maklumkan.

Syam , aku dah boleh ganti balik duit hang sara aku dulu ! Terima kasih sangat ada dengan aku masa aku susah .

Send. Aku menghantar mesej.
Mesej belum di terima . Aku lihat laporan.

Sapa lagi yer aku nak bagitahu? Owh ummi. Aku terlalu gembira saat itu. Aku mahu khabarkan pada mereka yang selalu memberi semangat dan kewangan kepadaku saat aku tiada sesiapa.

Ummi , Mar dah dapat kerja kat Kajang. Terima kasih ummi atas segalanya. Butang sesentuh aku tekan send. Hantar. Terima.

Kringgg Kringg

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang