Wednesday 16 March 2016

Part 2: Zatul

Tuan , boleh saya tanya sesuatu?
Aku memecahkan bicara. Saat ini aku memandang ke arah tempat duduk pemandu kereta Satria Neo itu.

Zatul boleh tak jangan panggil abang tuan? Kenapa degil sangat?
Murad membelok simpang kampung Surada.

Maaf , Zatul hormat abang sebab tu zatul panggil tuan sesuai dengan kerjaya abang. Aku memberi penjelasan.

Dah lebih enam bulan rasanya kita kenal. Susah sangat ker nak panggil abang? Anggap jer abang neh abang. Takut sangat kenapa? Nak abang bawak zatul jumpa family abang? Murad membuat pertanyaan.

Hah? Buat aper? Aku terkejut dengan pelawaan Murad untuk bertemu keluarganya.

Dah susah sangat nak anggap macam abang. Asyik bertuan . Zatul bukan orang bawahan abang. Jumpa family abang jadi anak angkat ummi. Ok?

Cadangan murad itu sebenarnya sudah berkali kali mahu ketemukan aku dan umminya. Namun, aku takut salah anggap oleh keluarganya bahawa aku mahu mendekati anak terunanya. Usia sudah 29 tahun mustahil belum berpunya. Bengkok ker mamat neh?

Aku diam sepanjang perjalanan menuju pekan Kajang. Kata Murad mahu ke Metro Kajang beli seluar Slack untuk majlis Koktel.

Kami berjalan seiringan. Kelihatan Murad membelek talipon bimbit Motorola.

Aku berdiri di sebalik patung berkemeja lengkap berpakaian.

Tiba tiba hatiku terasa mahu menjerit. Aku terpandang Hambali di bahagian baju  shirt. Aku mengorak langkah meninggalkan Murad sedang membelek seluar di rak.

Namun, langkahku terhenti apabila melihat  susuk tubuh wanita yang kelihatan mesra memaut lengan lelaki yang ku yakin ia adalah hambali.

Aku hanya mampu melihat. Aku memujuk hati. Itu bukan Hambali. Tak mungkin itu abang kerana wanita itu memaut lengannya.

Bro! Hey! Aku terdengar suara Murad melaungkan ke arah lelaki yang ku sangka hambali namun ku nafi pandangan.

Lelaki yang ku sangka Hambali mengangkat muka dan membalas laungan Murad.

Lelaki seiras Hambali memandangku seperti kami tidak pernah berjumpa.

Aku berdiri kaku di tepi Murad. Gagal untuk mengukir senyuman.

Bila lansung? Murad bertanya pada lelaki seiras hambali itu . Aku yakin itu Hambali. Lelaki yang minta ku tunggunya lebih kurang setahun enam bulan dulu.

Hujung tahun bro. Ni siapa? Lelaki bernama hambali itu bertanya tentang aku di sebelah Murad.

Ni bakal tunang aku. Kata Murad.
Kenalkan yang ini Hambali kawan abang. Dah enam bulan balik France.

Allah. Aku terasa mahu rebah. Mujur ada pemegang berisi seluar aku bersandar.

Aku terkepam. Wanita yang memaut tangan Hambali menyalamiku. Aku terdiam. Sejuk tanganku kira.

Aku terasa seperti di awangan. Melihat mereka berbicara seketika. Aku terasa seperti di alam lain. Aku melihat dua sahabat itu berpelukkan.

Zatul , maafkan abang. Abang sengaja bawa zatul hari ini untuk melihat kebenaran. Jangan mengharap lagi.

Aku mengongoi menangis di tempat duduk penumpang. Sakitnya Allah yang tahu.

Sakit!

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang