Saturday 26 March 2016

Mahu ubah orang? Ubah diri sendiri dulu~

Prinsip ubah orang ialah ubah diri sendiri

-unknown-

Mengapa kita suka lihat orang ?
Melihat lemahnya orang ?
Orang itu buruk perangai kita ni baik ?

Susahkan mahu berhenti melihat ke dalam diri orang lain. ( merenung ke luar jendela saat ini muhasabah keegoan diri)

Aku lupa , namun terasa pernah mendengar maksud hadith yang di baca ustaz semasa kelas ummumi .

' muhasabah diri , jangan ghairah memeriksa salah orang lain . Lihat ke ruang mana mahu di perbaiki diri .'

Aku selalu bekerja di atas muka buku .

Kadang kala melintas status sahabat fesbuk yang meluah rasa tentang kehidupan.

Orang sana sini salah . Orang sana kononnya perlu dia . Orang sini tak share status fesbuk pasal nak minta derma . Orang sinun takkan like jer . Orang situ tipulah tak baca . Orang sana lupa diri dah berjaya .

Kita baik sangat ker ?

Aku cepat cepat lihat status fesbuk aku . Adakah status yang mengeluh begitu ?
Menghakimi orang yang melihat status kita ?

Andai status aku ada yang membuatkan Tuan Puan jelik melihatnya . Hubungi aku secara berhikmah . Tegur dan minta turunkan status .

Bukan susah mahu berbaik baik .😊

Di subuh hari ini , aku berpesan pesan pada diri . Mahu juga mengajak sahabat yang melintas baca status ini .

Lihat status fesbuk kita ,  samaada kita melihat orang atau melihat diri sendiri?

Aku pernah membaca akan kata kata seorang pakar motivasi . Petikannya lebih kurang begini .

'Orang bermasaalah suka melihat orang dan mahu ubah orang lain . Namun , tidak melihat diri dan tidak mahu mengubah diri .

Ustazah yang mengajarku di kelas fardhu Ain selalu berpesan .

'Jaga Allah , Allah jaga kita.'

Ustazah Fatimah namanya . Kelas fardhu Ain di Batu 6 , Tambun .

Dewan itu sekarang sudah bertukar wajah menjadi Tadika Kemas .

Aku bukan baik , cuba jadi baik

Pstt: sempat jumpa DIA sebelum azan subuh. Jom!

Wallahu'alam
Haida Kamaruzamann
Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang