Friday 20 May 2016

Kak, I was hurt!

Aku menerima panggilan.

Kak , i was hurt!
Please..i need you.

Hah!sudah. Wanita ini perlukan aku.

Where are you dear . Be calm. I'll be there.

Bergegas aku mencapai kunci kereta . Aku hanya meninggalkan nota melalui whatsapp kepada suami bahawa aku keluar seketika.
Kemana tidak aku maklumi. Hanya mohon izin bertemu sahabat .

Suamiku lena lepas isya' . Menjadi kewajibanku menyantuni lelahnya dia. Badannya ku urut sehingga beliau terlena . Biar apa yang terjadi . Aku teguh berdiri di sampingmu. Aku diam kerna aku tahu nilainya kasih seorang isteri .

Aku memandu ke arah maluri , terus ke shamelin perkasa .

Aku tiba di rumah sahabatku.

Mengapa syidah? Aku peluk wanita yang muda 5 tahun dariku .

Imran , dia ada perempuan lain . This bastart women!

Syidah menunjukan aku screenshoot whatsapp perempuan yang mengirimkan gambar separuh bogel kepada Imran. Suami syidah .

Allah! Aku memeluk syidah .

Be calm syidah. Where's Im?

Imran keluar , dia tertingal phone . Then i dump with this nonsense things!

Syidah mengongoi di dalam pelukan ku.

●●

Mengapakah terlalu murah nilai sebuah tubuh seorang wanita? Di tayang pada yang bukan SUAMI SAH?

Jijik aku membaca whatsapp tersebut.

Sabar syidah. ALLAH ada. Menangislah .

Aku memeluknya kejap.

You can never understand someone's pain until you're the one who feel it. Monologku saat ini.

ALLAH , ampunkan hambaMu . Terlalu banyak bala yang Kau turunkan bagi menyucikan bumiMu ini .

Kami manusia pendosa.

Aku gagal melelapkan mata saat ini.

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Tuesday 17 May 2016

Cepat sentap?

Saya lewat bersiaran kerana menjadi pendengar kepada seseorang berkaitan hidup.

Berlapang dadalah . Jangan buang masa melayan kisah yang tidak membawa bahagia. Beliau cepat melatah ( sentap ) apabila mendengar kisah buruk yang di sampaikan kepadanya.

Pernah saya terbaca berkenaan sikap melatah. ( cepat sentap)

Orang yang cepat melatah aka sentap adalah orang yang tidak matang dalam pergaulan.

Semasa kita bercakap tentang orang, kita tidak fikir perasaannya tetapi apabila kita pula yang kena, terus melatah.

Menvapa tidak  kita melayan orang apa seperti mana orang itu suka diperlakukan?

bukannya lakukan pada orang seperti mana kita suka diperlakukan.

Apa yang kita suka, belum tentu orang lain suka😊

Kita kena bijak membaca bahasa tubuh , pertuturan seseorang apabila bersosial .

Ini bagi kita memahami sikap dan kesukaan mereka untuk di santuni .

Wallahu'alam. 😊

#haidakamaruzaman
#hkccway

Wednesday 11 May 2016

Dia tidak pernah tinggalkan kita

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"..

#haidakamaruzaman

Semangat buat kalian yang memerlukannya tika dan saat ini untuk meneruskan hidup.

Ingat , KEKASIH kita ALLAH sangat sayangkan kita . DIA tidak pernah meninggalkan kita bagaimana kita selalu lupakan DIA.

Kita kejamkan padaNYA.

Muhasabah diri .

Jaga Allah, Allah akan jaga suami

Seorang isteri bertanya kepadaku semasa kami terselit berbicara .

Sedang kami menikmati curry laksa Papa Rich di G- Village .

Puan , maaf boleh saya minta pendapat?
bagaimana tandanya sayang pada suami?

Aku menguntum senyum.
Benar , Puan mahu tahu dari saya? Aku mencubit apam gula hangus di hadapanku. Menghirup lime juice.

Ya benar puan. Wanita itu meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan charkuetiaw dan memandangku.

Jaga Allah , Allah akan jaga suami .
Aku nyatakan ringkas.

Maksud puan? Beliau mohon penjelasan.

Suami hanya pinjaman , Allah yang Kekal .
Suami datangnya dari Allah . Suami itu manusia. Manusia sifatnya fana' . Maknanya sementara .

Saya bukan insan yang layak puan bertanya . Rumahtangga kita berbeda nakhodanya .
Saya banyak khilafnya

Aku menoktahnya di situ .

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Rapuhnya aku, adanya Dia

Aku senyum
Aku menggeleng
Aku senyum lagi.
Aku ini memang di takdirkan untuk menjadi pendengar .

Aku juga Allah kirimkan buat mereka yang di timpa hutang juga runcingnya rumahtangga.

Aku telan tanpa aku hadam.
Ia semangat aku melihat kehidupan
Datangnya mereka
Menyedarkan aku hidup ini indah.

Kelamnya mereka ,adanya Aku.
Rapuhnya aku , adanya DIA.

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Banyak amalan dah? Tanya je.

Di dalam hidup , jadilah orang yang memberi manfaat .

Hiduplah , ia lebih mudah dari memikirkan mati .😊

Jangan pernah menyalahi nasib diri .

' kalau aku tahu begini , lebih baik aku mati'

Niat dan cakap begitu , nadanya emosi .

Soalanya , bagaimana kita tahu mati itu lebih baik?

Banyak amalan dah?
Tanya jer😊

#haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna

Saya mahu jadi seperti Puan.

Puan , saya mahu jadi seperti puan. Kuat orangnya . Bagaimana saya mahu jadi seperti puan?

Wanita itu bertanya lagi . Charkuetiawnya aku kira sudah sejuk. Sedangkan curry laksa aku dah surut kuahnya ku hirup.

Puan mahu jadi seperti saya? Jangan puan. Puan takkan mampu menanggung ujian yang Allah berikan pada saya.

Setiap ujian Allah pada HambaNya sesuai dengan kekuatan individu itu .

Puan lebih kuat dari saya . Percayalah.
Aku memberi kata semangat buat wanita yang berada di hadapanku. Beliau seorang wanita bekerjaya yang di bebani hutang sejak 3 tahun lalu . Namun, masih utuh berdiri menanggungnya seorang diri .

Aku tekan loceng di papan bergambar seorang lelaki berkaca mata . Rambut botak di tengah . Hanya rerambut di kanan dan kiri kepala.

Ting tong.

Pelanyan bernama Crez menghampiriku . Aku menyuakan kertas. Tambahan pesanan aku lakukan .

P007 . Organic soy . Crez mengulang menu.

Yes my dear . Aku mengusap lengan crez dan senyum .

Ok madame. Kata crez yang berambut panjang. Di tutupi bandela di atas kepalanya. Memakai pendakap gigi.

Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Kita manusia pendosa . Apabila kita berbuat dosa kita bangga . Kita tidak ingat DIA semasa perkara mungkar kita lakukan.

Namun , kita perlu ingat

SOLAT
Ini adalah HAK ALLAH
Kita jaga HAK ALLAH
ALLAH jaga kita .

Perghh..aku terasa macam gudgud pula memberi kata kata . Namun , aku sedar diri bahawa kata kataku itu penting buat yang mendengar .

Apabila seseorang datang padaku . Memberi percaya . Maka, aku perlu mempamerkan keyakinan untuk menyantuni insan tersebut .

Solat ya puan . Wanita itu bersuara akhirnya setelah seolah terpegun dengan penerangan aku tadi. Aku pun tak tahu dari mana datangnya ilham bercakap pasal solat .

Ya solat . Jawabku.

#haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna

Friday 6 May 2016

Biskut selesaikan masalah..

Apa yang Biskut DB selesaikan masalah pembeli?

Jangan jual produk . Berlambak orang jual biskut kot . Apa sebab orang kena beli biskut ko promote neh Haida Kamaruzaman ?

Jawapan standart :
😊

Jawapan modified :

Jeng jeng jeng!

Biskut DB dalam kotak
Harga sedap anak tekak
Buat hadiah adik kakak
Abang pun boleh jugak

Kotak biskut boleh reused
Balang biskut boleh refill
Janganlah Tuan Puan conpius
Just BUY , EAT and Feel

😊

Chak!

#haidakamaruzaman
#hkccway
#DanishBakes

Peluang menjadi agen biskut raya...!

Anak-anak memang begitu., nak puaskan hati mereka bukan mudah.
.
Kalau di bawak berjalan, semua benda disuruhnya beli. Jumpa biskut itu nak beli, jumpa biskut ini nak beli. Tapi.. akhirnya tiada siapa nak makan. Kita jugak terpaksa habiskan semuanya. Kalau sedap tak apalah, kalau tak sedap bagaimana?
Ini dilema masa anak2 saya masih kecil dahulu. Ini adalah antara punca bagaimana saya boleh terlibat dalam perniagaan Bakery ni. Semuanya bermula dengan anak2. Saya terpaksa buat sendiri biskut mengikut kehendak mereka.
.
Air tangan ibu sudah tentu sentiasa terbaik. Dari situ saya mula ambik order, buat untuk jiran, untuk org kampung dan akhirnya saya membuka bakery sendiri. Saya suka bisness ini, saya dapat akan kepuasan.
.
Menjual makanan ni kalau sedap dan orang berpuas hati adalah satu nikmat yang sukar di gambarkan. Begitulah perasaan dan Cinta saya terhadap perniagaan ini. Tidak akan sesekali saya menghasilkan produk Tangkap Muat. Alhamdulillah dah 20 tahun saya bertahan dalam perniagaan ini.

Alah membeli menang Makan.
Salah satu biskut moden terbaik ciptaan saya adalah:
AISH TRESURE COOKIES

====================

Biskut misteri sesuai namanya. Aish Treasure Cookies diberi nama.
.
Gandingan 5 rasa berperisa. Lapisan bawah, biskut kurang manis adunan serbuk koko hitam dan mentega asli.
.
Dilitupi bahagian atas dengan coklat putih Beryl’s diperisakan dengan Cornflakes, Kismis dan Badam cincang yang dipanggang. Sekali gigit, lima rasa terbit bersama.
.
Paling penting, anak mesti suka. Semasa saya buat cookies ni dulupun memang saya terfikirkan apa yang anak saya suka sahaja. Alhamdulillah Cookies ni menjadi BEST SELLER pada Aidilfitri 2015 yang lalu.
Danish Bakes muncul lagi tahun ini.

=============================

Siapa nak buat duit raya?
Siapa nak bagi gift biskut sedap untuk family?
Siapa nak hidang biskut sedap untuk tetamu?
Biskut DB lagi sedap!!!

Kami menawarkan peluang untuk menjadi Agen kami.
Whatsapp ke 010-7720730
Whatsapp ke 010-7720730
Whatsapp ke 010-7720730

P/S: Ada pelbagai jenis biskut lagi untuk santapan dan hidangan di Aidilfitri. layari www.danishbakes.my/aidilfitri untuk maklumat lanjut.

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang