Sunday 18 September 2016

Macamana ni. Lain sungguh!

Macamana neh ,baca yang ko share tu dalam bisnes kena suka bisnesnya bukan produk atau service.

Berbeza sungguh!

Aku senyum tatkala soalan ini di ajukan padaku.

Aku soal kembali.
Sekarang ni ko buat bisnes ker ko jual produk?

Aku buat bisnes jual produk . Jawab sahabatku itu.

Ok fine. Sekarang aku nak tanya. Berapa puluh ratus ribu orang jual produk yang sama ko jual? Apesal kena beli kat ko? Senangkan terus beli kat HQ?

Eh, Hq tak jual direct . HQ jual melalui Pemborong , stokis dan Mini Stokis jer.

Aku hantar icon senyum lagi.

Datang jumpa aku. Aku tunjuk Maps HQ secara jelas.

Ala, aku ada hal la Da. Tolong fahamkan sekejap.

Aku terus terang . Mengkalu aku tak kenang ko kawan aku. Memang aku hantar gambar senyum ja lagi. Ko ni salah satu jenis manusia yang selagi boleh orang nak hadap melutut kat ko.
Tanya aku , aku nak terangkan ko banyak alasan. Melingkuplah ko situ.

Jangan macam tu Da..aku tanya jer. Ko marah aku pulak.

Ok๐Ÿ˜Š. Ringkas balasanku.

Jaga diri. Assalam. Sambungku lagi.

Eh, soalan aku tu tolong jawab ya bila ko senang. Hehe.
Balasnya.

๐Ÿ˜Š insyaAllah. Aku membalas.

Send , Double Tick.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Berfikirlah dengan luas.

Avon , Amway , Tupperware , Cosway ,

Sekadar menyebut beberapa jenama yang terkenal dan kukuh..

Daftar saja Ahli dah boleh dapat harga murah.
Boleh buat KUTU lagi๐Ÿ˜Š

Bukan salah pengeluar produk atau jenama produk yang memberi syarat FOCUS pada satu jenama .

Salah diri sendiri yang TAKSUB dan mudah di JAJAH minda dengan KEJAYAAN LUARAN seseorang yang di pamerkan.

Berfikirlah dengan luas๐Ÿ˜Š.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Saturday 17 September 2016

Suami mohon nikah lagi

Mesej masuk ku tekan . Antara berderet mesej yang belum di lihat, aku mengetik pada satu nama .

Terpapar mesej.
salam puan..rasa ter over pulak meluah
maaf ya puan..

Memang saya sedang beremosi sekarang puan. kadang kala sesak nafas dibuatnya. kebergantungan saya pada Allah sekarang sangat sangat tinggi. Saya harap apa uiian yg saya terima ada ganjaran sebaiknya dari DIA.saya harap Allah tak alihkan hati saya untuk terus redha dengan segala dugaannya.

Sejak tahun lepas saya diuji dengan suami. suami mohon nikah lagi dengan bekas teman wanita masa sekolah dulu.
Entah macam mana mereka dapat hubungi semula sehinggakan saya rasa benar benar kehilangan. Saya cuba kumpul kekuatan tetapi gagal...

Hasrat dan niat itu tidak terlaksana kerana saya memang tentang habis habisan untuk bermadu..saya letak banyak syarat sekiranya dia mahu juga teruskan niat tersebut.

sejak dapat tahu saya memang menyampah sangat sangat pada suami sendiri, sehinggakan saya sendiri mengalami kecederaan pada awal tahun ni.

Sejak peristiwa tu, suami sedikit berubah kerana terasa bersalah kerana kecuaian dia juga saya mengalami kecederaan...tapi kepercayaan saya pada dia terus hilang 100%..
saya tekad untuk berpisah tetapi anak anak menghalang untuk berbuat demikian..

memujuk saya untuk kembali seperti biasa hidup bersama suami demi anak anak..jadi saya teruskan walau dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Allah itu Maha segalanya puan..DIA uji kami dengan anak anak...pelbagai ujian..saya cuba positifkan diri sebaik mungkin..mungkin ujian ini untuk eratkan kembali hubungan kami yang kian renggang

Sebab tu saya antara follower puan yang suka baca apa yang puan post kan dalam fesbuk puan terutama kisah kehidupan apatah lagi rumahtangga..pelan2 saya cuba menerima hakikat bahawa suami itu hanya pinjaman..anak anak adalah amanah...jadi skrg saya cuma bertahan untuk anak anak...

sebenarnya dah lama saya nak luah pada puan tapi saya segan sehinggalah malam ni baru berani nak buka cerita sebab saya dah hampir hilang kekuatan...

Dan kerana itu juga saya cuba berani untuk berniaga kerana saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya pada lelaki bernama suami..tetapi semangat tu hilang kerana saya diuji diuji diuji sampai satu saat saya fikir :

Apa dosa saya sehingga saya terus diuji..? sebab tu saya banyak mendiamkan diri sekarang  puan..post dlm fesbuk pun biasa biasa ja.hanya sekadar utk suka suka...mana pergi matlamat saya sebenarnya pun tak taulah ..saya lost..!

Maaf tau puan haida..meluah pada puan..tak sepatutnya saya jadikan puan tmpt bercerita..tetapi ntahlah..terasa mahu berkongsi sahaja..bukan niat utk memohon cara penyelesaian..insyaAllah saya masih kuat puan cuma perlu masa utk semua ni...terima kasih puan haida๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Aku tidak tahu bagaimana dan apakah ayat yang sesuai untuk menenangkan jiwa wanita tabah ini .

Aku membalas secara spontan.

'Ambil masa untuk ruang diri puan. Diri kita selagi masih bernama isteri . Koyaknya iman suami itu adalah kita tempat kita menampalnya.

Allah .. hanya Allah berhak memberi ganjaran syurga buat Puan.

Saya mengerti puan. Usia rumahtangga puan lebih matang berbanding saya.

Saya perlu banyak belajar dari puan. Saya hanya mampu menjadi pendengar .
InsyaAllah , segalanya ada kebaikkan selepas kesulitan

Jawapan yang ku beri dengan harapan dapat menenangkan sedikit relau di jiwanya.

Amin amin..InsyaAllah Puan Haida.doakan saya puan agar terus bertahan..usia rumahtangga sahaja matang puan, tetapi kadangkala sebagai wanita, kita hampir jadi seperti keanak anakan bila diuji dengan pelbagai ujian...hanya iman sahaja yang mampu menjadi penyelamat..

Terima kasih banyak banyak Puan Haida. Sebenarnya puan lah sumber inspirasi wanita wanita di luar sana. Kematangan kita bukan diukur berapa lama usia perkahwinan mahupun usia kita, tetapi cara kita untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. teruskan menulis ya puan..saya sentiasa menyokong sepenuhnya usaha puan๐Ÿ’๐Ÿ’

Allah..
InsyaAllah ada rezeki kita bertemu.
Balasku.

InsyaAllah,.. itu juga impian saya..mahu bertemu dengan puan.

Tatkala membaca impiannya bertemu a

ku . Terasa malu. Hanya Allah yang tahu.

Aku kagum dengan kemampuan Puan ini berusaha menulis dengan ayat penuh setiap patah kata.

Ternyata , Puan ini mengetahui bagaimana menarik perhatianku membaca .

Allah..



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Friday 16 September 2016

Tak boleh jual produk lain!

Kena jual produk ni sahaja. Tak boleh jual produk lain. FOCUS!

Acik tersenyum sendiri.

Yang di arah jangan jual produk lain itu kepada Dropship juga kepada Agent bermodal kecik.

Tidak salah memberi arahan begitu. Namun, mohon bertanya beberapa soalan sebelum taksub mengikut kerana terpengaruh akan kejayaan pengasas mahupun stokis bermodal besar .

1. Adakah no talipon saya di letakkan di website  pengeluar produk?

2. Adakah marketing untuk memperkenalkan saya sebagai Dropship produk di lakukan oleh leader atau stokis saya bernaung?

3. Adakah produk ini hari hari orang beli?

Ketahuilah , kami dropship atau agent bermodal kecil ini memerlukan duit poket bagi SARA HIDUP .

Bukan tugas menaikkan jenama produk pengeluar yang belum mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat ataupun target market ๐Ÿ˜Š.

Di beri didikan tentang produk?
Di beri support grup?
Bla bla bla

Sebab tu kena focus pada jenama produk ini sahaja untuk BERJAYA. FOCUS. Tak boleh Tamak.

Sebagai contoh .
Tudung , telekung , kain pasang , ubat gigi , bla bla bla.

Syarikat tersebut bagi GAJI TETAP kah yang mengikat JURUJUAL?

Sekiranya tidak, mengapa mengongkong jurujual bermodal kecil atau tiada modal ini?

Boleh usulkan pada penama lain. Namun, bukan pihak HKCC๐Ÿ˜Š.

Sekian terima kasih.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Kisah daun beko dan khasiatnya

Suatu hari, aku jatuh sakit . Mak kata dari kecik bila demam mak akan lumur daun beko untuk aku mandi.

Aku jarang demam. Setahun mungkin sekali dua sahaja. Namun, apabila sakit demam tak kebah. Tujuh hari pun boleh jadi terlantar. Mengerang bila demam.

Klimaks demam panas pada umur 8 tahun. Enam bulan terlantar di Hospital Gerik.

Lupakan tentang kisah aku. Aku akan coretkan bagaimana aku sangat bergantung pada daun beko ini sehingga dewasa.

Seingat aku, pokok beko ini juga dipanggil pokok ketua kampung semasa aku dan keluarga tinggal di Gerik. Aku pun tak tahu mengapa.

Semasa kecil aku menggunakan buah tua dari pokok beko ini bermain sebagai senjata. Aku jadikan sebagai pedang.

Buah beko berbentuk leper .

Sepengetahuan aku. Khasiat daun pokok beko ini adalah

1. Hilangkan demam budak .
2. Di jadikan air mandian lepas bersalin. Semasa  aku menjaga mak dalam pantang. Arwah ayah rebus daun beko
3. Makan buah beko untuk menambahkan susu badan . Kena bakar dulu buah beko untuk buang kulit.
4. Kata arwah ayah untuk ubat sakit kepala dan elakkan angin meroyan.
5. Buah beko ini boleh cuci darah.

Aku pernah main masak masak dengan orang asli kampung air kala. Kami main masak masak betul betul. Bukan olok olok .

Buah beka mereka jadikan kerabu dan ulam. Kemudian Buah beka yang muda dipilih untuk dijadikan kerabu atau ulaman kerana yang tua buahnya keras.

Kami bakar Buah beka atas bara sebelum dijadikan kerabu atau ulaman. Lepas bakar mudah buang kulit dan dapat kurangkan rasa pahit.

Semasa suami mandikan aku semalam.
Aku mintak gosok belakangku dengan daun untuk lihat berlendir atau tidak.

Sekiranya badan bertoksik atau penyakit,  lumuran ramasan daun ke badan akan mengeluarkan lendir walaupun daun ini sifatnya tidak berlendir.

Ajaibkan. Namun, itulah hakikatnya.

Sejak kecil, aku akan di mandikan tanpa merebus daun . Hanya lumur dan akan di lumur daun beko sehingga lendir di badan sudah tiada. Mak aku kata 'mayseng'.

Seingat aku semasa kecil . Pokok ni tak besar mana. Banyak tepi sungai . Aku selalu terjun tiruk pokok kelempong.

Pernah aku jatuh dalam lubuk lepas buat dua setengah balik kuang sangkut kat dahan. Berdarah kepala. Kawan kawan ambik buah beko dan bakat untuk hentikan darah.

Lepas tu baru abang bawak aku pulang. Kalu tak,mampuih kena rembas dengan mak.

Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.

Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.

Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.

Akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.

Bila aku selsema bila pergi main. Anak orang asli yang datang dari Air Kala akan tumbuk halus akar beka kemudian campur sedikit air. Lepas tu dia akan pupuk di tepi batang hidung aku.

Bila sakit kepala aku akan tumbuk akar ni juga dan 'pupuk' kat kepala. Sejuk jer.

Camtulah ceritanya..sampai ke tua bangka neh aku demam ja . Aku kerahkan si dia cari daun beko.

Alhamdulillah, semalam selepas mandi izinNya , aku boleh bangun makan nasi dan sup daging yang si dia masakkan khas untukku. Sejak dari pagi perut tidak terisi.

Sobsobsob.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Setiap insan ada ujianNya..

Mereka datang kepadaku mengadu tentang tekanan tiada beranak . Keluarga Mertua begini. Suami begitu. Keluarga sendiri perli perli. Ipar duai bangga beranak ramai.

Alhamdulillah , mereka lebih tenang selepas kami berbicara .

Jangan lihat perkara yang tiada . Setiap insan ada Ujiannya. Yang mengata tentang tiada beranaknya Tuan Puan. Lihat pula kehidupan ujian bagi yang beranak .

Rezeki itu bukan anak sahaja. Rezeki bahagia itu hanya pada kita bagaimana menikmatinya.

Hidup ini indah. Rezeki kewangan. Rezeki melancong. Rezeki kesihatan. Rezeki MASA.

Adakah perlu Tertekan dengan manusia?
Tiada pasangan NORMAL bernikah tiada mahu beranak๐Ÿ˜Š.

Banyak topik boleh di bawa bicara selain ANAK tatkala berkumpul.

Jangan salahkan Anak menantu mahupun saudara sekiranya tidak hadir ke majlis yang di adakan sekiranya mulut kita lancang menyentuh sensitiviti seseorang.

Lihat di mana silap kita. Bukan sibuk bercerita tentang orang lain.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Thursday 15 September 2016

Daun Beko

Daun beko ni sangat bagus dan khasiatnya hanya Allah yang tahu. Acik tak reti nak describe terutamanya bab berlendir apabila di tonyoh di badan .

Mandi air daun beko ini jangan lupa tonyoh badan dengan daunnya. Bukan mandi sahaja.

Tahap kesihatan di ukur dari tahap lendir . Berlendir itu adalah tanda badan sedang keluarkan penyakit.

Mandi dan tonyoh setiap kali mandi bagi yang hidup dalam kebun beko ini.

Bagi yang sakit cuba mandi bila sakit terutamanya khas untuk anak kecil yang demam , muntah , selsema.

Mandi berapa kali?
Mandi dan tonyoh badan ikut suka berapa kali.
Mandi dan tonyoh sehingga apabila tonyoh badan lendir dah tiada.

Cubalah. InsyaAllah . Mujarab.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Kau diuji dengan kasih sayang Allah!

Saat senyuman di pamerkan. Menyorok galau di hati. Ada insan yang juga bertindak sama dengan kita semua.

Wanita kuat . Menyandang gelaran seorang ibu , di ataa kertas beliau bersuami . Dalam ujian Allah, ibu bapanya masih setia menerima dan bersamanya saat sukar.

Tanya diri,
Adakah Ujian tiada beranak lebih besar dari ujian bersuami di atas kertas namun tidak di alam realiti ?

Menanggung keluarga sendiri . Alhamdulillah bagi wanita yang kuat menempuh hidup. Menganggap anak sebagai anugerah terindah bagi perjuangan hidup.

Bagaimana bagi wanita yang hilang pedoman?

Allah sayang kita . Keluarkan diri dari kelompok manusia yang bicaranya merobek jiwa . Butir perkataannya mengoyak tubir mata.

Semalam , saat lirik lagu hidup dalam mati menerjah masuk ke ruang serebelum . Medula oblonga juga sereberum bersatu. Aku teringat seorang sahabat yang ku kenali melalui fesbuk.

Bermula sebagai pelanggan kopicino sejak 2012 , beliau akhirnya membuka pekung di dada. Penuh rahsia yang di tanggungnya sendiri.

Alhamdulillah, beliau bijak memilih Allah tempat mengadu berbanding berkongsi cerita dengan manusia selama ini. Sehingga beliau mengenali aku yang jauh di atas talian fesbuk.

Beliau membalas ingatanku melalui ruang 'messengger' . Panjang bait katanya.

Aku kongsikan sedikit antara baris yang di tulis wanita tabah ini. Buat pedoman dan kekuatan buat kita yang memerlukan.

Assalammualaikum. Teringat kat saya dan anak anak ye? Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Dengan rutin kehidupan ibu tunggal yang belum diiktiraf lagi.

Aidiladha disambut dengan ala kadar sebab si dia tidak memberi apa apa untuk anak anak empat orang ini.
Even wang ringgit 50 untuk membeli seekor ayam juga sebatang lemang pun tidak.

Saya tetap bahagiakan mereka empat beradik. Balik kampung atok diorang. Taklah terasa sangat.

Saya memang takde rasa apa dah...nak sedih ke nak happy ke...saya biasa saja. Cuma andai mahu menitiskan air mata , ia adalah tanda perasaan kasihhan anak anak terutamanya Mariam saya.

Langsung tak tahu siapa ayahnya. Macamana rupa, malah pegang tangan ayahnya pun tidak pernah.

Aku helakan keluh kecil . Mengambil nafas untuk meneruskan bacaan.

Allah, besar ujian buatmu.

Ku meneruskan bacaan di ruang mesej fesbuk.

Saya cuma bersangka baik padaNya. Dia kurniakan saya tiga anak lelaki untuk menjaga saya dan adiknya.
Untuk bantu saya buat kerja yang memerlukan tenaga lelaki... ada hikmahnya kan sahabat?

Saat soalan itu di titik. Aku menjawab spontan.

Ya! Kau di Uji dengan kasih sayang Allah. Kau kuat sahabat!

Mataku meneruskan patah perkataan yang di sambung menjadi ayat..

Walaupun pada masa ini air mata mengalir kerana menceritakan apa yg di alami . Tiada siapa tempat saya berkongsi cerita melainkan Dia yang Maha Mengetahui.

Bermakna aku adalah manusia hidup yang di pilih olehnya untuk menjadi pendengar. Allah..

Si Mariam sudah petah berkata kata. Lagaknya lasak macam abg kembarnya Hanif dan Hafiz.

Pantang melihat Hafiz dan Hanif hilang dari pandangan. Pasti dicari dan di tanya.

Doakan Mariam saya kuat hatinya dan tabah ya sahabat.

Saya bimbang dia tiada kasih dari seorang ayah. Abang abang nya sudah tahu dan faham sedikit kenapa abahnya tiada di sisi mereka.

Saya...seperti biasa...fb saya memang di khaskan untuk anak anak.

Khas bercerita tentang mereka supaya apabila sudah besar, mereka akan tahu kisah cerita saat mereka bersama ibu.

Kekuatan saya ada pada empat orang anak.

Walaupun saya rasa berdosa kerana tidak dapat menjadi seorg isteri yg solehah kepadanya.

Atas rasa sebagai isteri. Melahirkan zuriatnya yang sah.

Saya lunaskan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat anak saya bagi menebus segalanya.

Tanpa sedar , tubir mataku robek. Di koyak waktu. Berkolam pada mulanya. Pecah empangan akhirnya.

Aku seka air mata itu dengan hujung jari ibu. Ku lihat jam sudah 5.45pagi. Lima minit lagi Azan subuh bakal berkumandang dari corong surau sebelah blok kediaman.

Surau yang hanya di pisahkan dengan tembok pagar besi bewarna hijau ku jenguk dari bilik bacaan.

Menyambung baca luahan seorang sahabat ini, sementara menanti azan.

Urusan saya belum selesai lagi. Doakan selesai. Urusan pembelian rumah saya .

Saya juga usahakan untuk dapatkan sijil nikah kami. Saya cuba buat sesuatu dengan cara baik dan berlandaskan syariah.

Oh ya..dia ada wassap saya seminggu sebelum raya haji...intipatinya, hanya maklumkan bahawa  dia akan berpindah kerja di Kuantan.

Dia bertanyakan saya dan anak anak memang tidak mahu balik duduk bersama dia ke?

Saya just jawab,

In shaa Allah ada masanya kita bersua kembali. Dengan izin Allah . Andai rezeki saya masih di sana adalah saya dan anak anak di sisinya.

Kemudian tiba tiba dia berkata,

'" tak apalah kalau taknak balik ke Kuala Lumpur sebab nanti jauh pula saya nak menjenguk dari kuantan. .."

Dari jawapan balas yang dia maklum itu , saya mengesyaki sesuatu. Sesuatu yang bermain di fikiran saya. Namun,  saya biarkan ia berlalu pergi. Tidak mahu fikirkan sangat.

Janji saya tak buat dosa besar.

Kemudian saya balas whatsapp tersebut ,

" kalau macam tu usahakan dapatkan sijil nikah berdaftar walaupun status nikah kita dah sah. Saya perlukan sijil nikah untuk urusan pindah ke sana jika awak masih mahu kami ke sana. (Saja nk sedapkan hati dia )

Send
Double Tick
Blue Tick.

Dia typing kemudian jawapan ini saya terima.

" Tahun depan baru saya uruskan sebab dah dekat dungun dan kuantan"

Saya just baca saja apa yang di kirimkan melalui whatsapp dan tidak membantah..

Panjang lagi isi luahannya.

•••••••

Mariam nama si anak perempuan wanita tersebut bukan nama sebenar.

Aku ubah demi menjaga sebuah maruah seorang anak gadis dan wanita yang di uji ini .
Kisah di kongsi buat pemerhati yang perlukan pil 'motibasi'.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Rezeki tu bukan semata ANAK

Gadis sunti bertutup penuh sebelahku itu bertanya.

Ibu, Kenapa tak pakai penutup muka ni? *merujuk kepada niqab*

Adeh! Telan air liur aku.

Muka bukan aurat . InsyaAllah, suatu hari nanti.

Ibu nak tanya pulak. Kenapa along pakai tutup muka tu?

Orang Alim boleh tengok aurat kita .

Aku paused seketika.

Siapa cakap macamtu?
Aku tanya lagi semasa berjalan bersamanya melihat alam dan hidupan di Zoo Taiping.

Ustazah yang cakap. Jawabnya.

Begini, minta pada ustazah dalil akan hal tersebut. Setiap apa yang ustaz dan ustazah sampaikan minta rujukan . Sekiranya tidak dapat jawapan dalam bentuk dalil mahupun kata ulamak . Diam.

Belajar dan cari nas sebelum kemukakan apa apa jawapan.

Baik ibu. Jawap gadis sunti ini.

Dah hafal berapa surah? Aku tanya lagi.

Saat itu kami sedang lihat gajah mandi.

Hurmm..jap. jawab gadis itu.

Surah al mulk, Assajadah, al waqiah dengan ar Rahman. Empat!

Sambil tersengeh sengeh. Walaupun tidak nampak memek mukanya . Dari mata yang sejak kecil bersamaku dapat di baca tingkahnya.

Alhamdulillah. Satu lagi surah dah boleh potong ibu neh. Aku memberi kata semangat.

Ibu hafal surah ape satu lagi?

Toha . Ringkas jawapanku.

Cuti seminggu ni jangan lupa baca setiap hari. Arahku.

Ha'ah. Ateh dengan Opah semak wan baca. Balasnya.

Hafal 15 juz dan faham tafsir , hadith . Ibu hantar pegi Madinah dengan Haiqal. Lepas tu kawen.

Ala, malulah wan ibu. Cakap pasal kawen pulok.

Kami meneruskan tinjauan seketika sebelum menuju pintu keluar Zoo.

Rezeki itu banyak perkara . Bukan semata ANAK.

Arwah ayah aku selalu dengar berpesan pada mak.

'Han, takyah nak harap anak anak jaga bila dah tua'

Ayah di jemput ilahi sebelum beliau sempat melihat setiap kejayaan dunia yang di pinjamkan di atas dunia oleh anak anaknya.

Al fatihah.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Wednesday 7 September 2016

Cinta itu mudah.

Pada hakikatnya cinta itu mudah.
Yang sulit adalah merawatnya.

Ayat ini melintas di fikiran . Rupanya ada insan yang menjadi kuat apabila membaca status kehidupan yang di baca melalui coretan acik.

Terdiam tanpa kata . Hanya mampu membaca luahan di mesej.

Selepas acik memuatkan naik status berkenaan  status merenung ke langit di rindui pemerhati fesbuk . Namun , acik perlu utamakan berkongsi berkenaan bagaimana fesbuk personal di jadikan tempat berkawan kawan bagi membina 'Trust' untuk kerjasama perniagaan dan jualan.

Saat status ini di taip. Acik sedang merenung ke langit melalui bilik bacaan . Kesihatan kurang memberangsangkan. Esok perlu bertemu seseorang atas urusan kerja .

Aku mengeluh kecil . Banyak hati yang remuk dalam rumahtangga . Banyak luahan yang ku terima . Pembaca yang aku kenali sebagai pelanggan kemudian bertukar menjadi lebih rapat urusan hati .

Allah , Hanya Kau tempat bergantung.

InsyaAllah, akan aku kongsikan antara luahan tersebut. Dengan harapan menjadi kekuatan buat pemerhati fesbuk kisah kehidupan .

Hidup ini bukan tentang kita sahaja.
Suami adalah pinjaman . Sampai masa , ia pergi tanpa kita tahu bagaimana caranya.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Monday 5 September 2016

Belajar menerima dugaan dihadapan..

Usah di ungkit kisah semalam
Belajar menerima dugaan di hadapan
Bersatulah kita dengan alam
Di situ terdapat ketenangan .










#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Sunday 4 September 2016

Pokok kunyit ni selalu berbunga..

Selepas di jamu hidangan bihun sup tulang , kambing panggang . Di jemput makan nasi pula namun aku terpaksa menolaknya .

Sendat perut acik noks!

' Pokok kunyit ni selalu berbunga . Aku selalu bagi orang ja . Nah aku bagi mu '

Di cantas daun kunyit dan di ikat getah bersama bunga .



'Nah macam convo ' kata tuan yang menyantuni  kedatanganku ke Nilai , Negeri Sembilan .

Pstt : Jauh aku datang Kuala Lumpur ke Nilai .

Ada sesuatu rencana yang sedang aku bina . Bina Channel ๐Ÿ˜Š

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Review : Testimoni BERSIH dan TIDAK MENYINDIR

[ Haida Kamaruzaman Review ]

Untuk berurusan tentang kesihatan dalaman wanita selain Pakar Sakit Puan atau pegawai perubatan adalah satu perkara paling peribadi bagi acik.

Jamu Susuk Dara sangat terkenal sebagai jenama yang kukuh. Sebut sahaja , siapa tidak kenal?

( Tuan Puan yang tidak kenal insyaAllah boleh google ya. Alhamdulillah di beri peluang membaca coretan ini.)

Produk mudah jual. Ramai yang menjadi pengedar produk terbaik ini.

Lihat gambar profile badge yang di gunakan tanpa membaca status fesbuk sudah tahu si polan jual produk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Acik berada di Kuala Lumpur . Acik memilih Puan Rapidah Ramli untuk urusan belian produk atas ciri ciri berikut

1. Fesbuk beliau bersih dari testimoni korek dan tidak mempamerkan testimoni kekotoran hasil penggunaan produk.

2. Beliau menjual di Instagram . Melihat fesbuk beliau tidak terasa rimas dengan aktiviti menjual.

3.Fesbuk beliau juga tidak menyindir prospek yang membaca status seperti prospek tidak membuat belian produk dengan status kira kira , menyentuh emosi prospek dengan ayat yang mempamerkan sebuah penyesalan andai tidak di buat belian produk .

4. Beliau memberi personal touch apabila penghantaran produk secara bersemuka dengan memberi saguhati seperti buah mempelam di gambar.

Pstt : Harga bukan ukuran apabila kita selesa di santuni.

Ini adalah pendapat peribadi acik di dalam criteria memilih penjual product JSD.

Tiada salah di dalam MARKETING untuk meneruskan hebahan di muka buku atau medium atas talian dengan cara Tuan Puan.

Target audience seperti acik adalah memilih penjual dengan kriteria di atas.

Tips Personal Branding
1. Ramai orang yang menjual produk yang sama . Cari X faktor mengapa prospek perlu membuat belian produk dari kita?

2. Ramai juga yang menjual produk dari jenama lain. Walaupun jenama jualan yang kita daftar sebagai agents glamer adakah menjamin kita boleh buat duit?

3. Sebelum berserah dengan ayat Rezeki tak salah alamat . Kaji apakah Doa Usaha Ikhtiar Tawakal kita sudah sepenuhnya pada DIA?

Wallahu'Alam



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#diariseorangaku
#akademijualan

Amanah dan kepercayaan..

' Aku takda harta , aku ada anak anak jer untuk doakan aku mati nanti . '

Semalam , aku menemani seorang kawan bertemu sahabatnya . 

Ayat di atas adalah ayat biasa menyanyi di telinga apabila bicara tentang ANAK . Aku senyum sendiri .

Aku duduk di meja berasingan . Namun , cukup dekat untuk aku mendengar buah bicara mereka .

Usai pertemuan antara dua sahabat itu aku bertanya kepada kawan yang aku temani sewaktu kami beriringan ke kenderaan di parkir ' basement '

Selesai dah ? 

Dia nak pinjam duit lagi . Nak bayar taska anak dia pulak kali ni .

Ada keluh dalam suara itu .

Owh , ko bagi berapa ?

Aku tak bagi . Dah bosan dengan sikap dia . Bergaya sakan . Boros . Gunakan alasan anak nak pinjam duit . 

Owh . Begitu . Balasku pendek .

Aku bukan taknak tolong , tapi dia berlagak berduit . Taknak mengaku susah . Alih alih nak pinjam duit .

Dia kerja apa? Aku bertanya .

Agent insurans .  Banyak sangat aku bertolak ansur . Banyak kali dah insurans aku lapse . Dia guna duit aku bayar insurans . 

Kenapa ko tak buat autodebit jer ?
Aku sangsi .

Sebab aku percaya dia . Sekarang aku dah hilang percaya . Serabutlah Da . Tak tolong kawan . Bila tolong di ambil kesempatan . Bla bla bla..

Aku mendengar luahan kawan sepanjang perjalanan .

•••
Moral dari cerita .

AMANAH , KEPERCAYAAN itu sebuah NILAI . Hilang dua perkara ini . Hancur segalanya.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Saturday 3 September 2016

Kurangkan berat badan sebab suami ke?

Wow! Memang berbeza puan dulu dan sekarang.
Just nak tanya . Jangan marah tau puan . Hehehe.
Puan kurangkan berat badan sebab suami ker?  Suami puan memang smart!

Aku hanya menghantar gambar senyum.
Alhamdulillah , ada lelaki sempurna rupa parasnya itu sudi menikahiku . Terima kasih sudi menerima kurangnya aku seadanya .
Andai di hakimi sepadan atau tidak aku dan dia . Allah sudah memberi jawapannya .

●●●

Jangan buat sesuatu demi suami . Buatlah untuk diri .
Suami hanya Pinjaman . Sampai masa dia pergi dalam pelbagai cara .
Saat perginya di jemput ilahi kita redho .

Bagaimana jodoh kita sudah tamat tempoh hidup bersamanya?
Kita akan kemurungan .
Kita akan menyalahkan banyak perkara .

Puan Puan yang sentiasa di Rahmati Allah dan di sayangi Nabi Muhammad S.A.W .
Ingatlah , kita jatuh cinta dengan suami kita , mengapa tidak wanita lain? Lelaki dua alam juga mungkin mengagumi dan mahu memiliki mereka .
Jangan terlalu bergantung pada siapa suami kita .
Jangan bangga memiliki hati mereka sedangkan tubuh mereka bergerak di luar radius penglihatan kita .
Lelaki nafsunya satu .
Perempuan banyak kurangnya .

Masih ingat Syidah ?
Bersuamikan Imran lelaki yang kelihatan sempurna menyintainya . Namun , dua setan betina merantai hidup suaminya .
Seorang janda anak dua di negeri seberang .
Seorang isteri orang beranak dua hasil jodohnya yang pertama .
Mempunyai hubungan sulit dengan imran sehingga selingkuh lakukan penzinaan . Rejam hukumnya!

Syidah mengetahuinya . Kononnya sudah putus hubungan mereka . Berkahwinlah wanita itu dengan suami kedua . Di kurniakan dua cahaya mata menjadikan tiga .
Rupanya , wanita itu kembali menjalin cinta dengan imran . Mengajar pula si imran supaya di letakkan kata laluan pada talipon pintar . Bagai lembu di cucuk hidung Imran mengikut arahan .
Bodohnya wanita itu tidak tahu dalam masa yang sama Imran menjalin hubungan sulit sekali lagi dengan wanita seberang .
Alasannya Anak . Syidah rela bermadu . Tidak mahu Imran bergelumanh dosa berzina .

Alasan Imran belum bersedia . Mahu habiskan urusan yang perlu di uruskan . Syidah redho . Asalkan jangan berzina mata melalui whatsapp dengan gambar separuh bogel yang di hantar oleh wanita itu . Namun , setan tetap setan .

Bagaimana hidup Allah mahu berkati ?
Allah tahu syidah tidak PERLUKAN anak lagi dengan benih penzina .
Allah tangguhkan rezeki Anak buat Syidah . Syidah bekerjaya. Tinggal di Shamelin Perkasa .
Kini , Syidah hanya membiarkan waktu menentukan segala .
Syidah sayangkan Imran . Namun , kekurangan tiada beranak membuka laluan dosa Imran berzina.

Imran seorang bekerjaya . Namun , solat selalu di lewat lewatkan .
Bagaimana Syidah mahu percaya Imran sedangkan dengan Penciptanya yang memberi nyawa tidak di takuti?

Allah Allah Allah .
Dalam tenang wajah seseorang , pekung rahsia rumahtangga di simpan .
Maka , jangan hairan mengapa drama melayu memaparkan fantasi bukan realiti kehidupan .
Sorok bau busuk dari pandangan manusia .
Allah bagaimana?
Wallahu'alam

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang