Thursday 3 March 2016

Kenapa ayang rasa abang tak sayang ayang?

I love you. Itu kataku secara tiba tiba pagi tadi saat melihat si dia.

I love you too..

Sambil tuala mandi di baling ke birai katil bersebelahan aku sedang berayun kaki melihat langit menyelak langsir.

Si dia berkain pelekat dan berbaju shirt kolar bulat berdiri di sejadah mahu menunaikan solat subuh.

Eii..i lap you apa macamni. Sidailah bang.

Hah! Itulah tandanya i lap you . Balasnya. Kemudian mengangkat takbir.

Aku sudah solat dahulu pagi ini tanpa menantinya. Jam 4[ empat ] pagi sehingga 6.20pagi dia berteleku di bilik bacaan.

Ada dua presentation minggu ni yang. Itu nyata si dia semalam saat jam 12 malam baru ku lihat batang tubuhnya pulang.

Ada sedikit keluhan di luahkan padaku berkenaan assigment. Namun , persamaan kami adalah hanya keluhan untuk melegakan perasaan. Ayat biasa kami gunakan ' Biarlah , bising pun tak guna , benda berkumpulan. Terima dan buat sahaja '.

Aku senyap sahaja. Hanya mendengar.

Gud luck untuk presentation harini. Kataku sambil menyalami dan memeluknya sebelum keluar berjihad.

Beyeh yang. Jawabnya menyantuni pipiku dengan ciuman.

Abang.. aku memandangnya ke dalam matanya dan memanggilnya.

Kenapa ayang rasa abang tak sayang ayang?

Beliau terus memicit belakangku dalam pelukan. Beliau tahu aku kalah begitu.

Mulutnya menguyah 7 biji kismis hitam kuning. Kami suka makan kismis.

Beliau mengeyitkan mata dan lepaskan rangkulan pelukkannya. Beliau mengeyitkan mata kirinya .

Sangsi perasaan sangka sangkaku itu tiada jawapan.

Beliau terlalu sibuk dengan tugasan sekolah. Pulangnya malam. Berkurung di dalam bilik bacaan. Sepanjang perkahwinan tidak aku lihat ketekunan sedemikian.

Padu sungguh kursus kali ini. Besar dan bulat tumpuan si dia.

Perasaan kurang tumpuan itu mungkin menjadikan aku rasa kurang kasih sayang. Mengada ngada giler!

Kofkof.. k bye

Diari seorang Aku
BAB: Aku dan kehidupan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang