Wednesday 5 October 2016

Angguk sahaja.

Acapkali apabila patah perkataan berupa nasihat di gunakan . Kita lazim menimbulkan persoalan. Mahu mengetahui SEBAB dari pemberi nasihat.

Mengapa?
Tak boleh erk?

Ketahuilah, bahawa setiap nasihat itu di beri untuk kita sesuaikan dengan keadaan diri kita sebagai pendengar.

Kita yang memisahkan mahu menerimanya bagaimana. Sesuaikah dengan situasi kita dan beberapa faktor luaran dan dalaman yang lain.

Apabila orang memberi nasihat. Angguk saja.
Mahu terima atau tidak. Itu antara minda dan tindakan kita. Bukan antara kita dan pemberi nasihat๐Ÿ˜Š.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#akademijualan

Abang keutamaan ayang..

Jam 10.45malam sedang aku di dalam bilik solat bersebelahan bilik utama. Terdengar suara si dia memberi salam.

Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.

Pintu bilik di kuakkan.

Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.

Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.

Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.

Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .

Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.

Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.

Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.

Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..

Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.

Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.

Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.

Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.

Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.

Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?

Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.

Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.

Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.

Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Tuesday 4 October 2016

Tips untuk peniaga Online

Tips dan perkongsian untuk rujukan Tuan Puan yang menjalankan perniagaan Online terutamanya Newbie

■ Baru bergiat di  dalam perniagaan  online.

Berkemungkinan terdapat perasaan kecewa apabila status yang di paparkan di fesbuk kita tidak mendapat perhatian  rakan lain melalui LIKE / SHARE.

● Antara kemungkinannya adalah :

1. Sebelum ini kita tidak pernah pos status  berkenaan produk. Tiba tiba muncul  status BERJUALAN.

Fesbuk kita sebenarnya diperhatikan cuma orang SEGAN nak LIKE ๐Ÿ˜Š.

Psikologi manusia biasanya sekali tengok, JARANG sekali orang terus beli  kecuali KEPERLUAN yang MENDESAK.

Nasihat saya, teruskan update status asbab post pada  peringkat permulaan adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual. Sebaiknya , Jangan target mahu menjual terus  tetapi  kongsi tentang manfaat product.  Duit akan datang  selepas wujud keyakinan dan  kepercayaan orang  terhadap kita.

Jangan berhenti berkongsi tentang kebaikkan product jualan kita. Seandainya kita post 2x, 3x sahaja kemudian tiada lagi perkongsian tentang product. Sukar mahu mendapatkan kepercayaan prospek kepada kita akan  NILAI BAIK barangan  tersebut.

Maka untuk permulaan ini, kemaskini status sekerap mungkin, setengah jam sekali setiap setiap hari tanpa henti๐Ÿ˜Š

Perkara ini adalah untuk mencipta stigma pada pandangan pembaca fesbuk kita. Rakan fesbuk nampak sahaja tapisan berita melintas  di  fesbuk  mereka akan status kita , maka kita ni sudah  melekap  di  minda mereka  bahawa kita adalah seorang pengedar produk ataupun peniaga.๐Ÿ˜Š

Lakukan secara konsisten yakni istiqamah. InsyaAllah , setiap usaha yang baik ALLAH  ganjarinya๐Ÿ˜Š

Saya bukanJUTAWAN ONLINE namun  izinNya , Rezeki yang saya  perolehi  bermula 2012 sehingga kini adalah  kepercayaan daripada  pembeli  hanya  melalui FESBUK.

Wallahu'alam .



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Part 19 : Zatul

Menjalani hidup sebagai pelajar yang tiada wang tanggungan dari sesiapa bukan sesuatu yang mudah . Aku menabung hanya setahun .
Mula bekerja kilang pada usia 17tahun. Umur 18 tahun mengulang sebuah sijil selama 5 bulan di sebuah sekolah . Habis tabungan .
Mengulang sijil semata mahu merealisasikan impian ayah untuk aku masuk askar .

Aku menurut perintah . Alhamdulillah aku lulus .
Berbekalkan keputusan spm pangkat 1 dan keputusan di atas sijil yang baru lulus ayah dan mak mengerahkan aku hadiri setiap temuduga pengambilan perajurit muda .

Namun , setiap yang aku hadir . Pegawai bertugas akan cakap
' Sayang keputusan awak bagus . Nanti pegawai bukak apply . KAGAT taun depan baru bukak pengambilan . Atau awak sambung belajar lagi .'

Bila balik bagitahu kat ayah , aku di katakan tak bersungguh . Adeh!

Aku sambung kerja kilang sehari selepas habis peperiksaan sijil tersebut .
Bermakna dua kali keluar masuk kilang yang berlainan . Usia 17 tahun sehingga 18 tahun .

Pertengahan 18 tahun sehingga usia 20 tahun berkurung di kilang .
Keluar rumah matahari belum terbit , pulang malam saat bulan munculkan diri .

Mengapa aku suka lihat langit ?
Salah satunya aku bersyukur langit itu dahulunya di usia remaja hanya malam dan subuh menemaniku .

Usia 19 tahun , memberi aku satu anjakan paradigma . Sehingga bila aku perlu begini ? Cita cita aku tinggi . Sudahlah ada hati terpaut pada lelaki tidak sekufu pendidikkan .

Apa hala tuju hidup?

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Sunday 18 September 2016

Macamana ni. Lain sungguh!

Macamana neh ,baca yang ko share tu dalam bisnes kena suka bisnesnya bukan produk atau service.

Berbeza sungguh!

Aku senyum tatkala soalan ini di ajukan padaku.

Aku soal kembali.
Sekarang ni ko buat bisnes ker ko jual produk?

Aku buat bisnes jual produk . Jawab sahabatku itu.

Ok fine. Sekarang aku nak tanya. Berapa puluh ratus ribu orang jual produk yang sama ko jual? Apesal kena beli kat ko? Senangkan terus beli kat HQ?

Eh, Hq tak jual direct . HQ jual melalui Pemborong , stokis dan Mini Stokis jer.

Aku hantar icon senyum lagi.

Datang jumpa aku. Aku tunjuk Maps HQ secara jelas.

Ala, aku ada hal la Da. Tolong fahamkan sekejap.

Aku terus terang . Mengkalu aku tak kenang ko kawan aku. Memang aku hantar gambar senyum ja lagi. Ko ni salah satu jenis manusia yang selagi boleh orang nak hadap melutut kat ko.
Tanya aku , aku nak terangkan ko banyak alasan. Melingkuplah ko situ.

Jangan macam tu Da..aku tanya jer. Ko marah aku pulak.

Ok๐Ÿ˜Š. Ringkas balasanku.

Jaga diri. Assalam. Sambungku lagi.

Eh, soalan aku tu tolong jawab ya bila ko senang. Hehe.
Balasnya.

๐Ÿ˜Š insyaAllah. Aku membalas.

Send , Double Tick.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Berfikirlah dengan luas.

Avon , Amway , Tupperware , Cosway ,

Sekadar menyebut beberapa jenama yang terkenal dan kukuh..

Daftar saja Ahli dah boleh dapat harga murah.
Boleh buat KUTU lagi๐Ÿ˜Š

Bukan salah pengeluar produk atau jenama produk yang memberi syarat FOCUS pada satu jenama .

Salah diri sendiri yang TAKSUB dan mudah di JAJAH minda dengan KEJAYAAN LUARAN seseorang yang di pamerkan.

Berfikirlah dengan luas๐Ÿ˜Š.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Saturday 17 September 2016

Suami mohon nikah lagi

Mesej masuk ku tekan . Antara berderet mesej yang belum di lihat, aku mengetik pada satu nama .

Terpapar mesej.
salam puan..rasa ter over pulak meluah
maaf ya puan..

Memang saya sedang beremosi sekarang puan. kadang kala sesak nafas dibuatnya. kebergantungan saya pada Allah sekarang sangat sangat tinggi. Saya harap apa uiian yg saya terima ada ganjaran sebaiknya dari DIA.saya harap Allah tak alihkan hati saya untuk terus redha dengan segala dugaannya.

Sejak tahun lepas saya diuji dengan suami. suami mohon nikah lagi dengan bekas teman wanita masa sekolah dulu.
Entah macam mana mereka dapat hubungi semula sehinggakan saya rasa benar benar kehilangan. Saya cuba kumpul kekuatan tetapi gagal...

Hasrat dan niat itu tidak terlaksana kerana saya memang tentang habis habisan untuk bermadu..saya letak banyak syarat sekiranya dia mahu juga teruskan niat tersebut.

sejak dapat tahu saya memang menyampah sangat sangat pada suami sendiri, sehinggakan saya sendiri mengalami kecederaan pada awal tahun ni.

Sejak peristiwa tu, suami sedikit berubah kerana terasa bersalah kerana kecuaian dia juga saya mengalami kecederaan...tapi kepercayaan saya pada dia terus hilang 100%..
saya tekad untuk berpisah tetapi anak anak menghalang untuk berbuat demikian..

memujuk saya untuk kembali seperti biasa hidup bersama suami demi anak anak..jadi saya teruskan walau dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Allah itu Maha segalanya puan..DIA uji kami dengan anak anak...pelbagai ujian..saya cuba positifkan diri sebaik mungkin..mungkin ujian ini untuk eratkan kembali hubungan kami yang kian renggang

Sebab tu saya antara follower puan yang suka baca apa yang puan post kan dalam fesbuk puan terutama kisah kehidupan apatah lagi rumahtangga..pelan2 saya cuba menerima hakikat bahawa suami itu hanya pinjaman..anak anak adalah amanah...jadi skrg saya cuma bertahan untuk anak anak...

sebenarnya dah lama saya nak luah pada puan tapi saya segan sehinggalah malam ni baru berani nak buka cerita sebab saya dah hampir hilang kekuatan...

Dan kerana itu juga saya cuba berani untuk berniaga kerana saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya pada lelaki bernama suami..tetapi semangat tu hilang kerana saya diuji diuji diuji sampai satu saat saya fikir :

Apa dosa saya sehingga saya terus diuji..? sebab tu saya banyak mendiamkan diri sekarang  puan..post dlm fesbuk pun biasa biasa ja.hanya sekadar utk suka suka...mana pergi matlamat saya sebenarnya pun tak taulah ..saya lost..!

Maaf tau puan haida..meluah pada puan..tak sepatutnya saya jadikan puan tmpt bercerita..tetapi ntahlah..terasa mahu berkongsi sahaja..bukan niat utk memohon cara penyelesaian..insyaAllah saya masih kuat puan cuma perlu masa utk semua ni...terima kasih puan haida๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Aku tidak tahu bagaimana dan apakah ayat yang sesuai untuk menenangkan jiwa wanita tabah ini .

Aku membalas secara spontan.

'Ambil masa untuk ruang diri puan. Diri kita selagi masih bernama isteri . Koyaknya iman suami itu adalah kita tempat kita menampalnya.

Allah .. hanya Allah berhak memberi ganjaran syurga buat Puan.

Saya mengerti puan. Usia rumahtangga puan lebih matang berbanding saya.

Saya perlu banyak belajar dari puan. Saya hanya mampu menjadi pendengar .
InsyaAllah , segalanya ada kebaikkan selepas kesulitan

Jawapan yang ku beri dengan harapan dapat menenangkan sedikit relau di jiwanya.

Amin amin..InsyaAllah Puan Haida.doakan saya puan agar terus bertahan..usia rumahtangga sahaja matang puan, tetapi kadangkala sebagai wanita, kita hampir jadi seperti keanak anakan bila diuji dengan pelbagai ujian...hanya iman sahaja yang mampu menjadi penyelamat..

Terima kasih banyak banyak Puan Haida. Sebenarnya puan lah sumber inspirasi wanita wanita di luar sana. Kematangan kita bukan diukur berapa lama usia perkahwinan mahupun usia kita, tetapi cara kita untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. teruskan menulis ya puan..saya sentiasa menyokong sepenuhnya usaha puan๐Ÿ’๐Ÿ’

Allah..
InsyaAllah ada rezeki kita bertemu.
Balasku.

InsyaAllah,.. itu juga impian saya..mahu bertemu dengan puan.

Tatkala membaca impiannya bertemu a

ku . Terasa malu. Hanya Allah yang tahu.

Aku kagum dengan kemampuan Puan ini berusaha menulis dengan ayat penuh setiap patah kata.

Ternyata , Puan ini mengetahui bagaimana menarik perhatianku membaca .

Allah..



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Friday 16 September 2016

Tak boleh jual produk lain!

Kena jual produk ni sahaja. Tak boleh jual produk lain. FOCUS!

Acik tersenyum sendiri.

Yang di arah jangan jual produk lain itu kepada Dropship juga kepada Agent bermodal kecik.

Tidak salah memberi arahan begitu. Namun, mohon bertanya beberapa soalan sebelum taksub mengikut kerana terpengaruh akan kejayaan pengasas mahupun stokis bermodal besar .

1. Adakah no talipon saya di letakkan di website  pengeluar produk?

2. Adakah marketing untuk memperkenalkan saya sebagai Dropship produk di lakukan oleh leader atau stokis saya bernaung?

3. Adakah produk ini hari hari orang beli?

Ketahuilah , kami dropship atau agent bermodal kecil ini memerlukan duit poket bagi SARA HIDUP .

Bukan tugas menaikkan jenama produk pengeluar yang belum mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat ataupun target market ๐Ÿ˜Š.

Di beri didikan tentang produk?
Di beri support grup?
Bla bla bla

Sebab tu kena focus pada jenama produk ini sahaja untuk BERJAYA. FOCUS. Tak boleh Tamak.

Sebagai contoh .
Tudung , telekung , kain pasang , ubat gigi , bla bla bla.

Syarikat tersebut bagi GAJI TETAP kah yang mengikat JURUJUAL?

Sekiranya tidak, mengapa mengongkong jurujual bermodal kecil atau tiada modal ini?

Boleh usulkan pada penama lain. Namun, bukan pihak HKCC๐Ÿ˜Š.

Sekian terima kasih.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Kisah daun beko dan khasiatnya

Suatu hari, aku jatuh sakit . Mak kata dari kecik bila demam mak akan lumur daun beko untuk aku mandi.

Aku jarang demam. Setahun mungkin sekali dua sahaja. Namun, apabila sakit demam tak kebah. Tujuh hari pun boleh jadi terlantar. Mengerang bila demam.

Klimaks demam panas pada umur 8 tahun. Enam bulan terlantar di Hospital Gerik.

Lupakan tentang kisah aku. Aku akan coretkan bagaimana aku sangat bergantung pada daun beko ini sehingga dewasa.

Seingat aku, pokok beko ini juga dipanggil pokok ketua kampung semasa aku dan keluarga tinggal di Gerik. Aku pun tak tahu mengapa.

Semasa kecil aku menggunakan buah tua dari pokok beko ini bermain sebagai senjata. Aku jadikan sebagai pedang.

Buah beko berbentuk leper .

Sepengetahuan aku. Khasiat daun pokok beko ini adalah

1. Hilangkan demam budak .
2. Di jadikan air mandian lepas bersalin. Semasa  aku menjaga mak dalam pantang. Arwah ayah rebus daun beko
3. Makan buah beko untuk menambahkan susu badan . Kena bakar dulu buah beko untuk buang kulit.
4. Kata arwah ayah untuk ubat sakit kepala dan elakkan angin meroyan.
5. Buah beko ini boleh cuci darah.

Aku pernah main masak masak dengan orang asli kampung air kala. Kami main masak masak betul betul. Bukan olok olok .

Buah beka mereka jadikan kerabu dan ulam. Kemudian Buah beka yang muda dipilih untuk dijadikan kerabu atau ulaman kerana yang tua buahnya keras.

Kami bakar Buah beka atas bara sebelum dijadikan kerabu atau ulaman. Lepas bakar mudah buang kulit dan dapat kurangkan rasa pahit.

Semasa suami mandikan aku semalam.
Aku mintak gosok belakangku dengan daun untuk lihat berlendir atau tidak.

Sekiranya badan bertoksik atau penyakit,  lumuran ramasan daun ke badan akan mengeluarkan lendir walaupun daun ini sifatnya tidak berlendir.

Ajaibkan. Namun, itulah hakikatnya.

Sejak kecil, aku akan di mandikan tanpa merebus daun . Hanya lumur dan akan di lumur daun beko sehingga lendir di badan sudah tiada. Mak aku kata 'mayseng'.

Seingat aku semasa kecil . Pokok ni tak besar mana. Banyak tepi sungai . Aku selalu terjun tiruk pokok kelempong.

Pernah aku jatuh dalam lubuk lepas buat dua setengah balik kuang sangkut kat dahan. Berdarah kepala. Kawan kawan ambik buah beko dan bakat untuk hentikan darah.

Lepas tu baru abang bawak aku pulang. Kalu tak,mampuih kena rembas dengan mak.

Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.

Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.

Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.

Akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.

Bila aku selsema bila pergi main. Anak orang asli yang datang dari Air Kala akan tumbuk halus akar beka kemudian campur sedikit air. Lepas tu dia akan pupuk di tepi batang hidung aku.

Bila sakit kepala aku akan tumbuk akar ni juga dan 'pupuk' kat kepala. Sejuk jer.

Camtulah ceritanya..sampai ke tua bangka neh aku demam ja . Aku kerahkan si dia cari daun beko.

Alhamdulillah, semalam selepas mandi izinNya , aku boleh bangun makan nasi dan sup daging yang si dia masakkan khas untukku. Sejak dari pagi perut tidak terisi.

Sobsobsob.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Setiap insan ada ujianNya..

Mereka datang kepadaku mengadu tentang tekanan tiada beranak . Keluarga Mertua begini. Suami begitu. Keluarga sendiri perli perli. Ipar duai bangga beranak ramai.

Alhamdulillah , mereka lebih tenang selepas kami berbicara .

Jangan lihat perkara yang tiada . Setiap insan ada Ujiannya. Yang mengata tentang tiada beranaknya Tuan Puan. Lihat pula kehidupan ujian bagi yang beranak .

Rezeki itu bukan anak sahaja. Rezeki bahagia itu hanya pada kita bagaimana menikmatinya.

Hidup ini indah. Rezeki kewangan. Rezeki melancong. Rezeki kesihatan. Rezeki MASA.

Adakah perlu Tertekan dengan manusia?
Tiada pasangan NORMAL bernikah tiada mahu beranak๐Ÿ˜Š.

Banyak topik boleh di bawa bicara selain ANAK tatkala berkumpul.

Jangan salahkan Anak menantu mahupun saudara sekiranya tidak hadir ke majlis yang di adakan sekiranya mulut kita lancang menyentuh sensitiviti seseorang.

Lihat di mana silap kita. Bukan sibuk bercerita tentang orang lain.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Thursday 15 September 2016

Daun Beko

Daun beko ni sangat bagus dan khasiatnya hanya Allah yang tahu. Acik tak reti nak describe terutamanya bab berlendir apabila di tonyoh di badan .

Mandi air daun beko ini jangan lupa tonyoh badan dengan daunnya. Bukan mandi sahaja.

Tahap kesihatan di ukur dari tahap lendir . Berlendir itu adalah tanda badan sedang keluarkan penyakit.

Mandi dan tonyoh setiap kali mandi bagi yang hidup dalam kebun beko ini.

Bagi yang sakit cuba mandi bila sakit terutamanya khas untuk anak kecil yang demam , muntah , selsema.

Mandi berapa kali?
Mandi dan tonyoh badan ikut suka berapa kali.
Mandi dan tonyoh sehingga apabila tonyoh badan lendir dah tiada.

Cubalah. InsyaAllah . Mujarab.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Kau diuji dengan kasih sayang Allah!

Saat senyuman di pamerkan. Menyorok galau di hati. Ada insan yang juga bertindak sama dengan kita semua.

Wanita kuat . Menyandang gelaran seorang ibu , di ataa kertas beliau bersuami . Dalam ujian Allah, ibu bapanya masih setia menerima dan bersamanya saat sukar.

Tanya diri,
Adakah Ujian tiada beranak lebih besar dari ujian bersuami di atas kertas namun tidak di alam realiti ?

Menanggung keluarga sendiri . Alhamdulillah bagi wanita yang kuat menempuh hidup. Menganggap anak sebagai anugerah terindah bagi perjuangan hidup.

Bagaimana bagi wanita yang hilang pedoman?

Allah sayang kita . Keluarkan diri dari kelompok manusia yang bicaranya merobek jiwa . Butir perkataannya mengoyak tubir mata.

Semalam , saat lirik lagu hidup dalam mati menerjah masuk ke ruang serebelum . Medula oblonga juga sereberum bersatu. Aku teringat seorang sahabat yang ku kenali melalui fesbuk.

Bermula sebagai pelanggan kopicino sejak 2012 , beliau akhirnya membuka pekung di dada. Penuh rahsia yang di tanggungnya sendiri.

Alhamdulillah, beliau bijak memilih Allah tempat mengadu berbanding berkongsi cerita dengan manusia selama ini. Sehingga beliau mengenali aku yang jauh di atas talian fesbuk.

Beliau membalas ingatanku melalui ruang 'messengger' . Panjang bait katanya.

Aku kongsikan sedikit antara baris yang di tulis wanita tabah ini. Buat pedoman dan kekuatan buat kita yang memerlukan.

Assalammualaikum. Teringat kat saya dan anak anak ye? Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Dengan rutin kehidupan ibu tunggal yang belum diiktiraf lagi.

Aidiladha disambut dengan ala kadar sebab si dia tidak memberi apa apa untuk anak anak empat orang ini.
Even wang ringgit 50 untuk membeli seekor ayam juga sebatang lemang pun tidak.

Saya tetap bahagiakan mereka empat beradik. Balik kampung atok diorang. Taklah terasa sangat.

Saya memang takde rasa apa dah...nak sedih ke nak happy ke...saya biasa saja. Cuma andai mahu menitiskan air mata , ia adalah tanda perasaan kasihhan anak anak terutamanya Mariam saya.

Langsung tak tahu siapa ayahnya. Macamana rupa, malah pegang tangan ayahnya pun tidak pernah.

Aku helakan keluh kecil . Mengambil nafas untuk meneruskan bacaan.

Allah, besar ujian buatmu.

Ku meneruskan bacaan di ruang mesej fesbuk.

Saya cuma bersangka baik padaNya. Dia kurniakan saya tiga anak lelaki untuk menjaga saya dan adiknya.
Untuk bantu saya buat kerja yang memerlukan tenaga lelaki... ada hikmahnya kan sahabat?

Saat soalan itu di titik. Aku menjawab spontan.

Ya! Kau di Uji dengan kasih sayang Allah. Kau kuat sahabat!

Mataku meneruskan patah perkataan yang di sambung menjadi ayat..

Walaupun pada masa ini air mata mengalir kerana menceritakan apa yg di alami . Tiada siapa tempat saya berkongsi cerita melainkan Dia yang Maha Mengetahui.

Bermakna aku adalah manusia hidup yang di pilih olehnya untuk menjadi pendengar. Allah..

Si Mariam sudah petah berkata kata. Lagaknya lasak macam abg kembarnya Hanif dan Hafiz.

Pantang melihat Hafiz dan Hanif hilang dari pandangan. Pasti dicari dan di tanya.

Doakan Mariam saya kuat hatinya dan tabah ya sahabat.

Saya bimbang dia tiada kasih dari seorang ayah. Abang abang nya sudah tahu dan faham sedikit kenapa abahnya tiada di sisi mereka.

Saya...seperti biasa...fb saya memang di khaskan untuk anak anak.

Khas bercerita tentang mereka supaya apabila sudah besar, mereka akan tahu kisah cerita saat mereka bersama ibu.

Kekuatan saya ada pada empat orang anak.

Walaupun saya rasa berdosa kerana tidak dapat menjadi seorg isteri yg solehah kepadanya.

Atas rasa sebagai isteri. Melahirkan zuriatnya yang sah.

Saya lunaskan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat anak saya bagi menebus segalanya.

Tanpa sedar , tubir mataku robek. Di koyak waktu. Berkolam pada mulanya. Pecah empangan akhirnya.

Aku seka air mata itu dengan hujung jari ibu. Ku lihat jam sudah 5.45pagi. Lima minit lagi Azan subuh bakal berkumandang dari corong surau sebelah blok kediaman.

Surau yang hanya di pisahkan dengan tembok pagar besi bewarna hijau ku jenguk dari bilik bacaan.

Menyambung baca luahan seorang sahabat ini, sementara menanti azan.

Urusan saya belum selesai lagi. Doakan selesai. Urusan pembelian rumah saya .

Saya juga usahakan untuk dapatkan sijil nikah kami. Saya cuba buat sesuatu dengan cara baik dan berlandaskan syariah.

Oh ya..dia ada wassap saya seminggu sebelum raya haji...intipatinya, hanya maklumkan bahawa  dia akan berpindah kerja di Kuantan.

Dia bertanyakan saya dan anak anak memang tidak mahu balik duduk bersama dia ke?

Saya just jawab,

In shaa Allah ada masanya kita bersua kembali. Dengan izin Allah . Andai rezeki saya masih di sana adalah saya dan anak anak di sisinya.

Kemudian tiba tiba dia berkata,

'" tak apalah kalau taknak balik ke Kuala Lumpur sebab nanti jauh pula saya nak menjenguk dari kuantan. .."

Dari jawapan balas yang dia maklum itu , saya mengesyaki sesuatu. Sesuatu yang bermain di fikiran saya. Namun,  saya biarkan ia berlalu pergi. Tidak mahu fikirkan sangat.

Janji saya tak buat dosa besar.

Kemudian saya balas whatsapp tersebut ,

" kalau macam tu usahakan dapatkan sijil nikah berdaftar walaupun status nikah kita dah sah. Saya perlukan sijil nikah untuk urusan pindah ke sana jika awak masih mahu kami ke sana. (Saja nk sedapkan hati dia )

Send
Double Tick
Blue Tick.

Dia typing kemudian jawapan ini saya terima.

" Tahun depan baru saya uruskan sebab dah dekat dungun dan kuantan"

Saya just baca saja apa yang di kirimkan melalui whatsapp dan tidak membantah..

Panjang lagi isi luahannya.

•••••••

Mariam nama si anak perempuan wanita tersebut bukan nama sebenar.

Aku ubah demi menjaga sebuah maruah seorang anak gadis dan wanita yang di uji ini .
Kisah di kongsi buat pemerhati yang perlukan pil 'motibasi'.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Rezeki tu bukan semata ANAK

Gadis sunti bertutup penuh sebelahku itu bertanya.

Ibu, Kenapa tak pakai penutup muka ni? *merujuk kepada niqab*

Adeh! Telan air liur aku.

Muka bukan aurat . InsyaAllah, suatu hari nanti.

Ibu nak tanya pulak. Kenapa along pakai tutup muka tu?

Orang Alim boleh tengok aurat kita .

Aku paused seketika.

Siapa cakap macamtu?
Aku tanya lagi semasa berjalan bersamanya melihat alam dan hidupan di Zoo Taiping.

Ustazah yang cakap. Jawabnya.

Begini, minta pada ustazah dalil akan hal tersebut. Setiap apa yang ustaz dan ustazah sampaikan minta rujukan . Sekiranya tidak dapat jawapan dalam bentuk dalil mahupun kata ulamak . Diam.

Belajar dan cari nas sebelum kemukakan apa apa jawapan.

Baik ibu. Jawap gadis sunti ini.

Dah hafal berapa surah? Aku tanya lagi.

Saat itu kami sedang lihat gajah mandi.

Hurmm..jap. jawab gadis itu.

Surah al mulk, Assajadah, al waqiah dengan ar Rahman. Empat!

Sambil tersengeh sengeh. Walaupun tidak nampak memek mukanya . Dari mata yang sejak kecil bersamaku dapat di baca tingkahnya.

Alhamdulillah. Satu lagi surah dah boleh potong ibu neh. Aku memberi kata semangat.

Ibu hafal surah ape satu lagi?

Toha . Ringkas jawapanku.

Cuti seminggu ni jangan lupa baca setiap hari. Arahku.

Ha'ah. Ateh dengan Opah semak wan baca. Balasnya.

Hafal 15 juz dan faham tafsir , hadith . Ibu hantar pegi Madinah dengan Haiqal. Lepas tu kawen.

Ala, malulah wan ibu. Cakap pasal kawen pulok.

Kami meneruskan tinjauan seketika sebelum menuju pintu keluar Zoo.

Rezeki itu banyak perkara . Bukan semata ANAK.

Arwah ayah aku selalu dengar berpesan pada mak.

'Han, takyah nak harap anak anak jaga bila dah tua'

Ayah di jemput ilahi sebelum beliau sempat melihat setiap kejayaan dunia yang di pinjamkan di atas dunia oleh anak anaknya.

Al fatihah.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Wednesday 7 September 2016

Cinta itu mudah.

Pada hakikatnya cinta itu mudah.
Yang sulit adalah merawatnya.

Ayat ini melintas di fikiran . Rupanya ada insan yang menjadi kuat apabila membaca status kehidupan yang di baca melalui coretan acik.

Terdiam tanpa kata . Hanya mampu membaca luahan di mesej.

Selepas acik memuatkan naik status berkenaan  status merenung ke langit di rindui pemerhati fesbuk . Namun , acik perlu utamakan berkongsi berkenaan bagaimana fesbuk personal di jadikan tempat berkawan kawan bagi membina 'Trust' untuk kerjasama perniagaan dan jualan.

Saat status ini di taip. Acik sedang merenung ke langit melalui bilik bacaan . Kesihatan kurang memberangsangkan. Esok perlu bertemu seseorang atas urusan kerja .

Aku mengeluh kecil . Banyak hati yang remuk dalam rumahtangga . Banyak luahan yang ku terima . Pembaca yang aku kenali sebagai pelanggan kemudian bertukar menjadi lebih rapat urusan hati .

Allah , Hanya Kau tempat bergantung.

InsyaAllah, akan aku kongsikan antara luahan tersebut. Dengan harapan menjadi kekuatan buat pemerhati fesbuk kisah kehidupan .

Hidup ini bukan tentang kita sahaja.
Suami adalah pinjaman . Sampai masa , ia pergi tanpa kita tahu bagaimana caranya.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Monday 5 September 2016

Belajar menerima dugaan dihadapan..

Usah di ungkit kisah semalam
Belajar menerima dugaan di hadapan
Bersatulah kita dengan alam
Di situ terdapat ketenangan .










#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Sunday 4 September 2016

Pokok kunyit ni selalu berbunga..

Selepas di jamu hidangan bihun sup tulang , kambing panggang . Di jemput makan nasi pula namun aku terpaksa menolaknya .

Sendat perut acik noks!

' Pokok kunyit ni selalu berbunga . Aku selalu bagi orang ja . Nah aku bagi mu '

Di cantas daun kunyit dan di ikat getah bersama bunga .



'Nah macam convo ' kata tuan yang menyantuni  kedatanganku ke Nilai , Negeri Sembilan .

Pstt : Jauh aku datang Kuala Lumpur ke Nilai .

Ada sesuatu rencana yang sedang aku bina . Bina Channel ๐Ÿ˜Š

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Review : Testimoni BERSIH dan TIDAK MENYINDIR

[ Haida Kamaruzaman Review ]

Untuk berurusan tentang kesihatan dalaman wanita selain Pakar Sakit Puan atau pegawai perubatan adalah satu perkara paling peribadi bagi acik.

Jamu Susuk Dara sangat terkenal sebagai jenama yang kukuh. Sebut sahaja , siapa tidak kenal?

( Tuan Puan yang tidak kenal insyaAllah boleh google ya. Alhamdulillah di beri peluang membaca coretan ini.)

Produk mudah jual. Ramai yang menjadi pengedar produk terbaik ini.

Lihat gambar profile badge yang di gunakan tanpa membaca status fesbuk sudah tahu si polan jual produk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Acik berada di Kuala Lumpur . Acik memilih Puan Rapidah Ramli untuk urusan belian produk atas ciri ciri berikut

1. Fesbuk beliau bersih dari testimoni korek dan tidak mempamerkan testimoni kekotoran hasil penggunaan produk.

2. Beliau menjual di Instagram . Melihat fesbuk beliau tidak terasa rimas dengan aktiviti menjual.

3.Fesbuk beliau juga tidak menyindir prospek yang membaca status seperti prospek tidak membuat belian produk dengan status kira kira , menyentuh emosi prospek dengan ayat yang mempamerkan sebuah penyesalan andai tidak di buat belian produk .

4. Beliau memberi personal touch apabila penghantaran produk secara bersemuka dengan memberi saguhati seperti buah mempelam di gambar.

Pstt : Harga bukan ukuran apabila kita selesa di santuni.

Ini adalah pendapat peribadi acik di dalam criteria memilih penjual product JSD.

Tiada salah di dalam MARKETING untuk meneruskan hebahan di muka buku atau medium atas talian dengan cara Tuan Puan.

Target audience seperti acik adalah memilih penjual dengan kriteria di atas.

Tips Personal Branding
1. Ramai orang yang menjual produk yang sama . Cari X faktor mengapa prospek perlu membuat belian produk dari kita?

2. Ramai juga yang menjual produk dari jenama lain. Walaupun jenama jualan yang kita daftar sebagai agents glamer adakah menjamin kita boleh buat duit?

3. Sebelum berserah dengan ayat Rezeki tak salah alamat . Kaji apakah Doa Usaha Ikhtiar Tawakal kita sudah sepenuhnya pada DIA?

Wallahu'Alam



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#diariseorangaku
#akademijualan

Amanah dan kepercayaan..

' Aku takda harta , aku ada anak anak jer untuk doakan aku mati nanti . '

Semalam , aku menemani seorang kawan bertemu sahabatnya . 

Ayat di atas adalah ayat biasa menyanyi di telinga apabila bicara tentang ANAK . Aku senyum sendiri .

Aku duduk di meja berasingan . Namun , cukup dekat untuk aku mendengar buah bicara mereka .

Usai pertemuan antara dua sahabat itu aku bertanya kepada kawan yang aku temani sewaktu kami beriringan ke kenderaan di parkir ' basement '

Selesai dah ? 

Dia nak pinjam duit lagi . Nak bayar taska anak dia pulak kali ni .

Ada keluh dalam suara itu .

Owh , ko bagi berapa ?

Aku tak bagi . Dah bosan dengan sikap dia . Bergaya sakan . Boros . Gunakan alasan anak nak pinjam duit . 

Owh . Begitu . Balasku pendek .

Aku bukan taknak tolong , tapi dia berlagak berduit . Taknak mengaku susah . Alih alih nak pinjam duit .

Dia kerja apa? Aku bertanya .

Agent insurans .  Banyak sangat aku bertolak ansur . Banyak kali dah insurans aku lapse . Dia guna duit aku bayar insurans . 

Kenapa ko tak buat autodebit jer ?
Aku sangsi .

Sebab aku percaya dia . Sekarang aku dah hilang percaya . Serabutlah Da . Tak tolong kawan . Bila tolong di ambil kesempatan . Bla bla bla..

Aku mendengar luahan kawan sepanjang perjalanan .

•••
Moral dari cerita .

AMANAH , KEPERCAYAAN itu sebuah NILAI . Hilang dua perkara ini . Hancur segalanya.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Saturday 3 September 2016

Kurangkan berat badan sebab suami ke?

Wow! Memang berbeza puan dulu dan sekarang.
Just nak tanya . Jangan marah tau puan . Hehehe.
Puan kurangkan berat badan sebab suami ker?  Suami puan memang smart!

Aku hanya menghantar gambar senyum.
Alhamdulillah , ada lelaki sempurna rupa parasnya itu sudi menikahiku . Terima kasih sudi menerima kurangnya aku seadanya .
Andai di hakimi sepadan atau tidak aku dan dia . Allah sudah memberi jawapannya .

●●●

Jangan buat sesuatu demi suami . Buatlah untuk diri .
Suami hanya Pinjaman . Sampai masa dia pergi dalam pelbagai cara .
Saat perginya di jemput ilahi kita redho .

Bagaimana jodoh kita sudah tamat tempoh hidup bersamanya?
Kita akan kemurungan .
Kita akan menyalahkan banyak perkara .

Puan Puan yang sentiasa di Rahmati Allah dan di sayangi Nabi Muhammad S.A.W .
Ingatlah , kita jatuh cinta dengan suami kita , mengapa tidak wanita lain? Lelaki dua alam juga mungkin mengagumi dan mahu memiliki mereka .
Jangan terlalu bergantung pada siapa suami kita .
Jangan bangga memiliki hati mereka sedangkan tubuh mereka bergerak di luar radius penglihatan kita .
Lelaki nafsunya satu .
Perempuan banyak kurangnya .

Masih ingat Syidah ?
Bersuamikan Imran lelaki yang kelihatan sempurna menyintainya . Namun , dua setan betina merantai hidup suaminya .
Seorang janda anak dua di negeri seberang .
Seorang isteri orang beranak dua hasil jodohnya yang pertama .
Mempunyai hubungan sulit dengan imran sehingga selingkuh lakukan penzinaan . Rejam hukumnya!

Syidah mengetahuinya . Kononnya sudah putus hubungan mereka . Berkahwinlah wanita itu dengan suami kedua . Di kurniakan dua cahaya mata menjadikan tiga .
Rupanya , wanita itu kembali menjalin cinta dengan imran . Mengajar pula si imran supaya di letakkan kata laluan pada talipon pintar . Bagai lembu di cucuk hidung Imran mengikut arahan .
Bodohnya wanita itu tidak tahu dalam masa yang sama Imran menjalin hubungan sulit sekali lagi dengan wanita seberang .
Alasannya Anak . Syidah rela bermadu . Tidak mahu Imran bergelumanh dosa berzina .

Alasan Imran belum bersedia . Mahu habiskan urusan yang perlu di uruskan . Syidah redho . Asalkan jangan berzina mata melalui whatsapp dengan gambar separuh bogel yang di hantar oleh wanita itu . Namun , setan tetap setan .

Bagaimana hidup Allah mahu berkati ?
Allah tahu syidah tidak PERLUKAN anak lagi dengan benih penzina .
Allah tangguhkan rezeki Anak buat Syidah . Syidah bekerjaya. Tinggal di Shamelin Perkasa .
Kini , Syidah hanya membiarkan waktu menentukan segala .
Syidah sayangkan Imran . Namun , kekurangan tiada beranak membuka laluan dosa Imran berzina.

Imran seorang bekerjaya . Namun , solat selalu di lewat lewatkan .
Bagaimana Syidah mahu percaya Imran sedangkan dengan Penciptanya yang memberi nyawa tidak di takuti?

Allah Allah Allah .
Dalam tenang wajah seseorang , pekung rahsia rumahtangga di simpan .
Maka , jangan hairan mengapa drama melayu memaparkan fantasi bukan realiti kehidupan .
Sorok bau busuk dari pandangan manusia .
Allah bagaimana?
Wallahu'alam

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Monday 15 August 2016

Lain individu, lain matlamatnya

Abang dah balik .

Aku menguntum senyum menyambutnya pulang petang tadi . Aku berada di bilik utama saat si dia muncul di muka pintu .
Sudah dua hari pergi dan pulang beruniform putih no 3 .
Tugas aku pasangkan aksesori di uniform . Nama , pingat .

'Appaulet' sejak awal perkahwinan sebalak setengah sehingga sekarang dua balak setengah .

' Badge ' perlu berada di tengah . Penanda arasnya butang pada poket baju .

Sejak bernikah aku tidak pernah membasuh uniform putih . Hantar dobi .
Pelbagai faktor yang ku ambil kira akan uniform putih ini untuk aku uruskan pembersihannya . Alhamdulillah , si dia bersetuju .

Aku berjalan ke penjuru kepala katil mengambil talipon di meja sisi . Melihat jam di talipon jam 6 petang .

Awal abang balik harini . Aku memeluk dan melihat ke dalam anak matanya .
Pelukkan di lerai .
Lazimnya , jam 7.30malam baru kelihatan batang tubuh lelaki yang ku cintai kiriman dari Allah itu .
Cukup masa , di panggil pulang . Ada tempoh tamat . Aku perlu menggunakan masa yang diberi sebaiknya menyintai dan memberi perhatian pada hubungan ini .

Habis presentation baliklah yang . Jawabnya sambil meleraikan uniform di tubuh .

Macamana presentation abang?

Huh ,bolehlah yang . Kedengaran keluh kecil .

Apabila keluh sebegitu sudah kedengaran . Aku tahu ada perkara yang si dia perlu luahkan .
Aku biarkan si dia menuju ke ruang tamu .
Aku ke dapur mengeluarkan ikan untuk masak makan malam .

Abang mahu keropok ? Ayang gorengkan . Aku bertanya sambil berdiri di muka pintu dapur pemisah ruang makan dan ruang tamu . Memandangnya.

Tanpa bersuara , si dia menggeleng .

Aku kembali ke dapur . Ikan ku simpan kembali ke dalam peti ais . Cadang mahu masak asam ikan dan ikan goreng . Aku batalkan niat .

Abang , kita makan nasi arab nak malam ni . Ayang teringinlah . Aku berada di sisinya di sofa coklat cair hak kerajaan .

Boleh boleh boleh . Balasnya .

Aku tahu si dia akan setuju . Tidak pernah berkata tidak akan mahuku .
Aku tahu si dia perlukan aku untuk berbicara .
Hanya aku yang tahu caranya dan suasana bagaimana si dia mudah berbicara segalanya denganku .

●●●

Saat go live di lakukan ,si dia sudah separuh meluahkan apa yang berlaku .

Bertabahlah sayang , adat mendapat tugasan kerja berkumpulan . Sementelaah pula , setiap kalian adalah individu yang lain matlamatnya .
Kita tahu hakikat itu .

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Part 18 : Zatul

Kenapa kerja kilang ?
Kenapa tak kerja lain?
Banyakkan lagi kerja . Kenapa pilih kilang?

Lima bulan di sekolah mengambil sijil . Hanya tuhan yang tahu gelora di jiwa .
Aku berkorban perasaan untuk kembali . Hati aku ini hanya tuhan yang tahu betapa runsingnya .
Namun , demi ayah dan mak . Aku kembali .
Aku kembali dan terpaksa berdepan dengan orang yang aku memperlekehkan keputusan aku bekerja kilang selepas habis spm .
Seorang yang tidak dapat terima aku kerja kilang . Dia tidak tahu bahawa keputusan bekerja kilang salah satunya adalah sengaja membangkitkan kemarahannya .

Kerja kilang ini rendah martabatnya . Dia mahu aku kerja taska setidaknya sementara menanti keputusan Spm .
Adik beradiknya yang ramai , apesal aku nak kena keja taska ? Perlu sambung belajar selepas habis Spm .
Keputusan Spm aku baik . Boleh dikatakan dia juga faktornya . Menekan aku belajar untuk buktikan tentang hubungan aku dan dia bukan faktor kegagalan .
Alhamdulillah , keputusan Spm aku antara yang tersenarai pangkat 1 tahun itu . Aku tersenyum .

Hubungan kami makin jauh . Sudah tidak berutus surat . Mak juga dah bagi amaran bahawa jauh darjat keluarga kami . Mak taknak aku kawin awal .

Pernah dia talipon rumah . Adik yang angkat . Mak bising . Mak cakap taknak aku berselabey pakai tudung labuh . Mak tak restu . Aku lega .
Cuma dia susah terima .

Caranya adalah buat perkara yang dia tak suka .
Allah Maha Besar . Setahun kemudian aku terpaksa berhadapan dengannya selama aku perlu habiskan pengajian .

Bersyukur , tiada satu subject pun aku perlu hadir untuk pelajaran di dalam pengajian yang di ajarnya . Namun , sampai bila mahu mengelak ?
Sekolah tu bukan unibersity . Besar . Banyak jalan alternative .
Maka selama lima bulan itu , aku berdepan dengan ujian mental . Aku tahu aku kuat mental apabila ujian ini aku berjaya lalui .
Mulutnya pedih memerli aku . Seolah di lepaskan segala amarah yang selama ini terbuku . Aku diam . 

Diam aku membuahkan hasil . Dia sudah dapat menerima bahawa hidup ini bukan perlu berbalah apabila kehendak tidak di turuti.
Kami berpakat bahawa tiada siapa perlu tahu hal sebenar . Biar ia menjadi gossip semata.

Biar aku di persalahkan . Nama baiknya perlu di jaga . Aku hanya seorang murid . Bukan sesiapa berbanding dia .
Aku terlalu muda untuk berfikir begitu saat itu . Namun , apabila sabar mengatasi segala . ALLAH kan ada.

Menghafaz subjek di dalam bahasa Arab bukan mudah bagi aku .
Aku mesti kuat ! Andai gagal sia sia aku kembali . Setiap hari aku memotibasikan diri .

Alhamdulillah aku berjaya lulus . Dapatlah sekeping sijil .
Belajar semata kerana sekeping sijil . Kosong jiwa .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Bila waktu sesuai memuatnaik status?

Celik pagi ini , jam 4.30pagi aku sudah menganalisis coretan aku semalam .

Status fesbuk di kaji bermula stastus pagi membawa ke malam .

Bila waktu sesuai di muatnaik status ? Kesannya bagi pemerhati ? Siapa pemerhati itu ? Apakah sumbangan mereka . Apakah kaitan setiap status dengan status berkesinambungan . Bagaimana coretan mampu menghubungkan ukhwah dan memecahkan tembok pemisah.

Analisis perang saraf aku lakukan . Teknik dan taktik aku perhalusi . Strategi apa yang menjahit jiwa pemerhati .

53 like untuk pertanyaan :
Sudi membaca coretan malam ini?
Hanya 27 like untuk coretan malam yang di muat naik .

Di manakah baki yang suka akan pertanyaan itu?
Bermakna baki itu tidak suka coretan yang di lakukan . Hanya membaca .

Mengapa tulis perkara yang orang tidak suka?
Jawapannya , tulis sahaja . Hargai 27 orang yang suka .

Mengapa mahu fikirkan baki yang tiada ?
Adakah sedikit berkurang banyak menambah?
Sekiranya tidak memberi kesan , maka teruskan coretan supaya yang sudi membaca mendapat pelajaran dan input baik dari pembacaan.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Abang lewat tidur semalam.

Ku rindukan kelompok awan hamparan di langit Sarawak .
Subuh tadi , hujan seketika menimpa bumi . Hanya lima minit awan kandung air singgah mencair . Tidak sejuk mungkin tempat ini .

Awan nanti kata aku kandung air , sampai tempat sejuk aku pun cair .
Pagi ini , aku berlagu asas kehidupan yang di selitkan di dalam pedagogi laras pendidikan awal kanak kanak . Mengenal alam melalui ritma lagu.

Abang lewat tidur semalam . Pukul 4 baru abang tidur .

Aku berdiri memegang jeriji besi . Daun tingkap ku kuakkan saat si dia memaklumkan fakta itu .

Abang testkan harini . Gudluck ya .
Ayang dah siapkan bekal nasi goreng abang .

Aku berjalan ke arahnya yang baru keluar bilik air bertuala .
Hah! Jangan pegang . Ada air sembahyang . Amaran darinya sambil membuat isyarat jari telunjuk menandakan jangan .
Aku tahu , saja mengusik .

Alah nak peluk suami sendiri pun tak boleh , peluk orang lain kang .
Aku sengaja membuat rajuk .

Eh , rasa sesuatu kat sini . Si die memegang dada dengan telapak tangan .

Eh tak bang , tak bang . Sorry, ayang main main jer . Aku meluru kepadanya memeluk .

Jatuh sudah air sembahyang . Kena ambik lain .

Syarat si dia memegang dada selalunya menyatakan rasa 'sakit' apabila aku bicara begitu .

Abang , bagaimana dengan sakit hati ayang ini ?

Paused . Memang tidak pernah berjawab .

Aku senyum sendiri . Menghantarnya ke luar rumah berjihad mencari rezeki buat keluarganya .
Tangannya ku cium , pipi kanan dan kiri . Si dia membalas extra di dahi .

Jaga diri bang , Jaga Iman , Jaga agama .

Tiga perkara wajib setiap kali kami berpisah seketika demi tugas masing masing .

salam di beri , ungkapan I love you meniti di bibir .

Ku jawab salam , membalas sayang .

I love You more ...

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Sunday 14 August 2016

Part 17 : Zatul

Mar , abang tak galakkan masuk army buat masa sekarang . Memang ramai yang sambung belajar dalam khidmat . Namun , abang tak rasa Mar akan sambung belajar bila dah kawen . Pergi belajar . Sambung Diploma Syariah  . Bagitahu ayah .

Mesej Tuan Fawzi ku baca . Sampai sudah beliau tak tolong aku masuk perajurit . Dia pulangkan semua sijil kepadaku . Gambar aku 4 keping dapat kembali 3 keping . Sekeping entah apa di buatnya .

Selepas pertemuan di rumah Pakcik Rani , kami selalu berhubung melalui mesej . Pada usiaku 19tahun umurnya 24 tahun .
Hanya empat sehingga lima bulan kami berhubung . Kemudian dia bertukar ke Kuala Lumpur .

Hubungan adik angkat abang angkat . saat itu , aku sedang mengenali seseorang yang belajar di Lumut . Aku maklumkan pada Tuan Fawzi .
Nasihat beliau sangat berharga tentang mengenali seorang lelaki yang matang . Terutamanya tentang watak lelaki beruniform .

Jangan mudah menaruh percaya Mar . Jangan letakkan hati . Abang bimbang Mar kecewa .

Katanya tiada seorang lelaki yang berpangkat mahu bergandingan gadis kilang . Mahu di bawa ke majlis apabila di tanya kerja apa . Sanggup mendengar di katakan operator kilang ? Keluarga lelaki itu dapat menerima ?

Maka , saat itu aku memutuskan bahawa jangan kecewa . Biar mengecewakan atau tidak  perlu berhubungan istimewa selagi aku belum upaya keluar dari kepompong gadis kilang .
Keras hatiku semakin menjadi .

Mar , sambung belajar bagitahu abang . Walau bila tahun pun . Andai abang tukar no talipon .Ini no talipon rumah ibu . Simpan .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Saya give up la..

"Abg.. saya give up la...
Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."

"Berapa lama dah meniaga?"
"Seminggu dah bang..."
(Kata seorang gadis dengan nada yang sayu)
.
Pesanan Abg :
Dik...kau bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita.

Sekurang-kurangnya 3 BULAN
.
Saya pun kalau nak beli online, hanya kat orang yang saya percaya je
.
Customer pulak macam-macam ragam. Antaranya:

✔Ada yang tanya sekali, terus beli..
✔Ada yang tanya 18 kali tak beli2..
✔Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung..
✔Ada yang mintak no akaun, 10 bulan lepas tu baru bank in.

Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?

Ingat senang ke nak meniaga hari² duit masuk dalam akaun?

Tak senang! Tapi tak mustahil..

Rezeki datang dari Allah

Yang penting kita Berusaha

●●●●●

Ini versi abang . Mengkalu versi aku ?
Mudah jer aku jawab .

Ko beli ker apa orang jual ONLINE sebelum ni ?

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Buka mulut pada tempatnya

Buka mulut pada tempatnya .
Diam juga pada tempatnya .

Diam itu adalah sebaik bicara
Banyak bercakap lebih banyak membuka Aib kita .

Mengapa bisu pekak dan buta sebaik perkara?
Antaranya dosa hanya dia dan Pencipta .
Menjaga hati manusia bukan enteng perkaranya .

Wallahu'alam

Haida Kamaruzaman

Saturday 13 August 2016

Kakjojes nak terbang ke mana?

Tutup mulut , biar ku telan segala rasa
Kak jojes nak terbang ke mana ?












Yes yes yes pantun aku kena!
Kofkofkof .

Pstt : #kainela tu buat dress macam #kakjojes tu mesti cun yoja! * mirror attact tetiba*

Nieta Nozie ko boleh bayangkan tak ? Mengkalu tak boleh nanti esok lusa tulat tonggeng aku tags gambar full dengan kepala kak jojes berdiri pakei dress cekelat die hat lawa neh .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Thursday 11 August 2016

Betullah minum HKCC boleh kurus?

Maknanya betullah minum Hkcc boleh kurus ?
Aku hanya hantar icon senyum sahaja .

Kemudian , Aku selak perbualan 2012 di messenger . Masih ada .

Perbualan 2014 juga masih ada . Malangnya yang bertanya , Allah belum bolakbalikkan hatinya untuk membuat belian #kopisusu  aka #hkcc .

Aku kagum dengan semangat mahu kurusnya . Namun , masih bertanya .

Berapa yer Hkcc sekarang ? Hehehe. Tengok gambar akak pakai baju kawen rasa excited pulak saya . Sorrylah , sebelum ni tanya jer tak beli kat akak . Saya beli kat si polan sebenarnya .

Alhamdulillah , belilah kat siapapun asalkan manfaat seluruhnya buat puan yang baik .๐Ÿ˜Š
Apa yang saya boleh bantu puan yang baik?

Nak tahu , macamana puan boleh kurus erk minum kopi tu ?

IzinNya Puan , saya amalkan setiap hari #kopicino tambah #susukambing .
Pagi sepeket hkcc + #skbp . Bermakna dua peket ( sepeket hkcc , sepeket skbp) dalam mug .

Minum air mineral 3liter sehari .

30 minit sebelum lunch saya bancuh lagi sama seperti sarapan pagi .

Malam , sebelum tidur saya bancuh Skbp lagi .
Ini amalan saya sejak 2012 sehingga 2015 .

Tak makan nasi ker puan ?

Makan . Alhamdulillah .

Oooo..saya nak belilah . Minum sepeket jer sehari boleh tak?

Boleh ๐Ÿ˜Š .

Harga sekarang berapa? Lama dah tak beli . Hehehe.

Harganya rm3 sahaja sepeket .
Minima belian 20peket rm60 termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju .

20peket tu untuk sebulan ker?

Sebulan ada 30 hari minima .
Bermakna 30peket .
Puan mahu 20peket atau 30peket ?

Belian 60peket hanya rm165 JIMAT rm15 termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju .

Oooo..nanti saya fikir dulu yer puan .

Baik puan yang berikhtiar . InsyaAllah di permudahkan urusan seharian seluruh kehidupan puan๐Ÿ˜Š.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Jaga diri, jaga iman, jaga agama..

Buka semua tingkap sebelum subuh , biar rezeki masuk .
Tutup tingkap rapat sebelum maghrib , setan berkeliaran .

Daun tingkap ku kuak subuh ini , pesanan dalam satu perkara dua masa tersebut menerobos waktu . Itu pesanan seorang tua pada suatu ketika . Aku masih ingat namun , kadang kala lupa perbuatan .

Ayang , selamat pagi..

Tersengeh sengeh menolak pintu pemisah dapur dan ruang makan bersebelahan meja berkaki dua berkerusi lapan .

Memasuki dapur berkeluasan 12 x 10 persegi .

Di dapur terdapat sebuah bilik kecil ukuran 8 x 8 persegi . Muat sebuah almari pakaian , katil bujang juga 'drawer' kecil penyimpanan buku berukuran 1.5 inci lebar .

Si dia berkain pelikat , tshirt biru kolar bulat melekap di tubuh.

Morning bang . Wajah ku maniskan bersama senyuman . Menyambut sapaan . Aku sedang menadah air alkali menerusi mesin kangen .

Mesin Kangen ini berada di dapur setelah 7 bulan mengamalkan air alkali dari botol yang di bekalkan oleh Puan Kina tanpa jemu kepadaku .

Penerangan tentang Air alkali ini kepadaku ambil enteng . Aku hanya minum air yang di bekalkan mengikut saranan .

Pada suatu ketika , aku terdetik mahu membaca buku yang di bekalkan tentang Air Alkali . Bulan kedua aku mengamalkan air alkali dan membasuh muka dengan beauty water .

Ayang nanti pasangkan apullet . Accessories sekali kat Bush Jacket ya .

Baik bang . Ringkas jawapan di beri . Mulut masih menguntum senyum .

Eh , awal bangunnya die bangun harini . Hatiku berkata .

Aku melangkah 5 tapak kebelakang menekan talipon pintar . Mahu melihat jam .

Baru pukul 4 suku pagi . Hurrmm..ada apa harini di kolej ? Bush jacket setahu aku , akan pakai andai kena mengadap . Takpun CN datang melawat . Aku bermain teka teki sendiri .

Air Alkali sudah penuh sebotol 4liter untuk di habiskan harini . Aku menadah Beauty Water pula untuk cuci muka dan mandi .

Jadual hidupku bermula 4.05minit pagi . Pasti terjaga seawal itu sejak tiga tahun lalu .

Pukul 5.30 nanti aku perlu masuk dapur untuk sediakan bekalan buatnya . Nasi goreng .

Abang , awal bangun harini . Ada test ker ?
Aku masuk bilik bacaan . Ku lempar pandang ke jalan utama menerusi tingkap membelakangi kabinet buku berwarna coklat .

Si dia duduk di kerusi , tekun mengadap komputer riba di  kabinet yang tersedia ruang mentelaah .

Ada laporan yang nak kena siapkan . Compile dulu .Isnin hantar .
Ringkas jawabnya .

Nak tanya boleh ? Aku membelakanginya saat bertanya .

Yer yang..
Seperti biasa lanjut bunyinya apabila beliau seperti malas melayan bicara .

Harini ada apa kat kolej ? Pakai Bush jacket ?
Menyibuk betul aku neh . Jarang aku bertanya tentang kerjanya .

CN datang . Ringkas jawapannya .

Baik . Aku membalas . Sorry , saja jer tanya . Aku menyambung bicara .

●●●

Assalamualaikum yang , I love you .

Waalaikummussalam , love you more .

Jam 6.45 pagi aku menghantarnya keluar rumah sehingga habis pandang memasuki lift .

Jaga diri , Jaga iman , Jaga Agama .

Pesanku yang terakhir buatnya sebelum pagar besi ku kunci mangga besi .

Melangkahnya dia keluar rumah . Dia bukan berada dalam radius pandanganku .

Tuhan jagakan dia untukku . Dosa dia , dia tanggung . Dosa aku , dia tanggung . Jangan KAU biarkan dia berdosa dan terus berdosa atas khilafnya sebagai hamba .

Peliharalah dia dan lindungilah dia dari SETAN BETINA .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Bagaimana konsisten menulis di Facebook

Bagaimana konsisten menulis di fesbuk

1. Tetapkan matlamat mahu lakukan JUALAN online atau Offlinekah?

2. Mahu online maka perlulah minima 12 jam Hidup di atas talian .

3. Bahagi tugas dengan Tim . Offline dan Online. Posisikan diri Tuan Puan pada brand atau sales ?

4. Kerja bina TRUST di Fesbuk bukan sebulan mahupun dua bulan . Harini kita jual kopi brand A kata sedap Esok Brand Z kata sedap .

Dua dua ko minum ker ?

Andai ya . Atau tipu pun. Ada caranya MENJUAL .

Contoh?
Sekarang HKE berminat dengan Agross Coffee . Laki aku minum habeh takdan nak langgah aku neh .

Namun , HKE masih sabar tak cakap apa apa lagi . Make sure setiap yang kita mahu TULIS ada pulangan buat kita tanpa audience sedari ia menguntungkan .

Tikan jiwa secara halus . SABAR kuncinya .

5 . HKE sejak 2015 tidak hanya CLOSED SALES bagi satu produk . Kami cuba CLOSED DEAL dengan pengeluar produk atau sesiapa yang berminat . Makan sikit tapi berpanjangan .
Hanya yang tahu GAME boleh teruskan .

6. Fesbuk bukan medan MENJUAL . Fesbuk medan SOSIAL . FAKTA bahawa menjual di fesbuk tanpa BAYARAN peluang ulang beli tiada  tanpa TRUST .

7. Bagaimana gabungkan 4 ,5 produk dalam satu STATUS dengan santai ? Buat storyboard .
Rancang status dan plot apa yang mahu di serlahkan pada SATU TEMPOH .

boleh lihat fesbuk pertama Haida Kamaruzaman . Bagaimana percutian di Sarawak di jadikan storyboard #hkcc #kainela dan #glossyfoundation.

Ini bagi yang bertanya bagaimana sesuatu produk mahu di jadikan WATAK dalam penulisan .

Saya sudi menjawab andai ada yang keliru . Boleh komen saya jawab terus. InsyaAllah.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Wednesday 10 August 2016

Macamana presentation abang?

Abang dah balik .

Aku menguntum senyum menyambutnya pulang petang tadi . Aku berada di bilik utama saat si dia muncul di muka pintu .

Sudah dua hari pergi dan pulang beruniform putih no 3 .

Tugas aku pasangkan aksesori di uniform . Nama , pingat .

'Appaulet' sejak awal perkahwinan sebalak setengah sehingga sekarang dua balak setengah .

' Badge ' perlu berada di tengah . Penanda arasnya butang pada poket baju .

Sejak bernikah aku tidak pernah membasuh uniform putih . Hantar dobi .

Pelbagai faktor yang ku ambil kira akan uniform putih ini untuk aku uruskan pembersihannya . Alhamdulillah , si dia bersetuju .

Aku berjalan ke penjuru kepala katil mengambil talipon di meja sisi . Melihat jam di talipon jam 6 petang .

Awal abang balik harini . Aku memeluk dan melihat ke dalam anak matanya .

Pelukkan di lerai .

Lazimnya , jam 7.30malam baru kelihatan batang tubuh lelaki yang ku cintai kiriman dari Allah itu .

Cukup masa , di panggil pulang . Ada tempoh tamat . Aku perlu menggunakan masa yang diberi sebaiknya menyintai dan memberi perhatian pada hubungan ini .

Habis presentation baliklah yang . Jawabnya sambil meleraikan uniform di tubuh .

Macamana presentation abang?

Huh ,bolehlah yang . Kedengaran keluh kecil .

Apabila keluh sebegitu sudah kedengaran . Aku tahu ada perkara yang si dia perlu luahkan .

Aku biarkan si dia menuju ke ruang tamu .

Aku ke dapur mengeluarkan ikan untuk masak makan malam .

Abang mahu keropok ? Ayang gorengkan . Aku bertanya sambil berdiri di muka pintu dapur pemisah ruang makan dan ruang tamu . Memandangnya.

Tanpa bersuara , si dia menggeleng .

Aku kembali ke dapur . Ikan ku simpan kembali ke dalam peti ais . Cadang mahu masak asam ikan dan ikan goreng . Aku batalkan niat .

Abang , kita makan nasi arab nak malam ni . Ayang teringinlah . Aku berada di sisinya di sofa coklat cair hak kerajaan .

Boleh boleh boleh . Balasnya .

Aku tahu si dia akan setuju . Tidak pernah berkata tidak akan mahuku .

Aku tahu si dia perlukan aku untuk berbicara .
Hanya aku yang tahu caranya dan suasana bagaimana si dia mudah berbicara segalanya denganku .

●●●

Saat go live di lakukan ,si dia sudah separuh meluahkan apa yang berlaku .

Bertabahlah sayang , adat mendapat tugasan kerja berkumpulan . Sementelaah pula , setiap kalian adalah individu yang lain matlamatnya .

Kita tahu hakikat itu .

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Jangan hidup dalam kenangan.

Apa pengalaman ayang dapat selama berada di Sarawak ?

Si dia bertanya kepadaku .

Tshirt Polo warna biji kundang di sarungnya . Dia tahu aku sukakan warna itu melekap di tubuhnya bersama Jeans Levis .

Stereng kereta di pusing ke kiri selekoh memasuki stesyen minyak Petronas .

Banyak sangat bang . Abang tahu , tadi sebelum balik Kieyna Hiskichna bawak ayang dengan Ai pergi Central Market Sibu .

Ayam , itik diorang jual balut dalam surat khabar . Anak Anjing pun diorang jual bang . Dalam sangkar . Tengok gambar ni bang .
Aku slide talipon dan ke galeri album . Menunjukkan beberapa gambar berkaitan .

Ayang tolong letak minyak jap . Abang nak masuk dalam .

Saat aku sudah membuka mulut , kereta di parkir di dalam kotak kuning berhadapan tangki minyak dua nozel .

Aku mengangguk , keluar dari kereta . Si dia melangkah masuk ke dalam kedai mesra .

Aku humming lirik lagu Sesal separuh nyawa .

Andai pastiku tahu takkan tinggalkanmu
sesal separuh nyawa takkan hilang
Di hembus bayu membawa
Tapi sulit ku teruskan

Berterabur lirik entah kemana .

Dalam lirik lagu itu , Jangan hidup dalam kenangan . Berikan peluang pada diri untuk bahagia . Bantu diri sendiri untuk bahagia .



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

NadeaRamly.com

NadeaRamly.com
https://www.facebook.com/kakjojes/

Alhamdulillah, Kak Jojes menawarkan kerjasama untuk pihak #HKCC menggunakan platform page ini untuk berkongsi pautan blog.

Maka dengan ini , insyaAllah bagi sahabat fesbuk yang mempunyai pautan blog serta berminat untuk di letakkan pautan hubungi saya.
Jelas tawaran ini untuk blogger yang BARU . InsyaAllah, kita bersama menggunakan platform ini untuk berkongsi karya.

NILAI TAMBAH jelas terpampang untuk Tuan Puan yang mahu menyebarkan manfaat produk.

InsyaAllah manfaat sepenuhnya apabila kita berbaik sesama insan tanpa mengira siapa kita.

Manusia tidak hebat kerana nama , hormatilah sesama kita. Bercakaplah dalam bahasa yang mana kita sendiri mahu mendengarnya dari manusia lain.

Tak mati dek keji. Tak hidup dek puji.

Part 8 : Syidah

She'd rather be on the lake , than in the Mall.
Kata syidah .

Ini betul betul marah. Getus hatiku.
Gila tak marah ? Isteri mana tak hilang aqal bila tahu suaminya curang?
Aku biarkan situasi itu seketika. Kemudian aku berkata .

Dik ,you know what. You have to do what is right for you. Nobody else is walking in your shoes .

Kali ini tiada air mata lagi . Syidah cool . Katanya dia tenang kerana dia ada gambar dan screenshoot perempuan yang terlibat .
Itu senjatanya untuk mengajar kedua dua  perempuan sundal itu. Perempuan penyedap.

Takut gambar bogel terdedah konon. Masa menyundal tak malu! I nak cari husband die then show murahnyer wife die . Then perempuan tu akan tahu nasib rumahtangga die.

Sudah ! Naik balik temperature minah neh. Setan dah mula berjaya menguasai diri neh.

Aku sembur air alkaline kang . Bacaan 30juz . Andai berkesan boleh aku komersialkan. 

Uih jauh aku berfikir perniagaan dalam pada sahabat berduka.

Just because i don't react ,doesn't mean i didn't notice . I have six sense.
Syidah mahu menghantar ayat itu menerusi mesengger kepada wanita bersuami itu . Namun, aku tegah . Jangan rumitkan keadaan .
Fikirkan implikasi pada emosi . Akan berlaku berbalas mesej . Emosi syidah akan terganggu. Kerja akan memberi kesan .

Learn to smile at every situation . See it as an opportunity to prove your strengh and ability. 

When you are really determined to get there , no obstacle will be able to stand in your way .

Got it dear?

Send.

Allah kak..beratnya burden ni. Balas syidah kepadaku melalui mesej malam ini .

Jagalah lisan dan perkataan

Perasan tak ?
Kita selalu mahukan perhatian . Namun , kita gagal memberi perhatian itu .
Kita mahu di hormati . Adakah kita menghormati ?
Kita mahu itu dan ini . Soalnya adakah kita memberi ?
Semuanya tentang kita . Tentang kau , aku dan mereka .
Ambil masa , berteleku seketika . Muhasabah diri lugha bahasa . Aku juga .
Sudah ? Tarik nafas dan lepas .
Rasainya rasa kotor dan hinanya kita .
Aib kita Allah simpan . Mengapa kita tonjolkan?
Tidak ?
Kita selalu berada di zon penafian .
Tiada siapa mahu kelemahan kelihatan .
Maka , jagalah Lisan juga perbuatan .

Selamat siang . ( tetiba loghat seberang )
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Tuesday 9 August 2016

Dia bolehla, takda anak..

Pagi ini di sebuah Pasar raya di tengah kotaraya . Aku terdengar perbualan dua wanita .

Seorang mendukung anak .
Seorang memimpin anak .

Wanita mendukung anak memulakan perbualan .

Permulaan bercerita pasal kereta parkir di luar kawasan bahaya , kemudian makin melarat bersembang pasal kisah hidup orang lain.

Antara perbualan yang menangkap cuping telingaku adalah .

Die tu bolehlah , senang anak takder . Mudah nak kemana mana .

Ha'ahlah kan . Jarang ada rumah . Kita ni dengan anak sekolah lagi . Nak ambik anak sekolah lagi . Dah 12 tahun kawenkan . Tak beranak lagi . Mandul kot .

Mereka berdua memandangku yang menanti di belakang . Aku sekadar melemparkan senyuman . Tidak campur perbualan .

Sekadar mendengar .

Kita ni pulak terlebih subur . Tapi tulah saham dunia akhirat kitakan?

Aku masih menanti . Di atas kaunter terdapat milo sepeket , minyak masak cap buruh sebotol . Barangan puan yang menggendong anak .

No ahli di sebut untuk mendapat diskaun. Dari no ahli tersebut aku dapat tahu pekerjaan pasangannya .

Yang memimpin anak sebelah tangan memegang sabun pencuci Koa Attact .

Wajah keduanya lembut sahaja . Wajah keibuan . Bukankah bagus bicara juga sebaik wajah kelihatan ? Aku menghakimi di dalam hati .

Allah Allah Allah . Berdosanya aku menghakimi begitu . Aku istiqfar . Astaqfirullahalazim . Spontan terkeluar dari mulut .

Mereka berdua terus terdiam . Aku terpana bila mereka memandangku serentak . Perlahan aku menguntum senyum . Mengangguk sedikit tanda hormat .

Terdiam mereka tanpa kata kata . Pembayaran di lakukan dan mereka keluar dari premis perniagaan tersebut . Tanpa kata . Senyap .

Giliran aku pula membuat bayaran . No ahli aku sebutkan pada penjaga kaunter .

Lama tak nampak akak . Penjaga kaunter menyapaku mesra .

Owh ada . Akak malas turun jer . Beg kecil berwarna hitam yang ku pegang terdapat tiga ruang aku buka zipnya .

Menyerahkan bayaran dan mengambil keropok ikan bersira . Terasa mahu mengudap .

●●●

Die tu bolehlah , senang anak takder . Terngia ngia ayat tersebut di telinga . Memeta di fikiran .

Berlawan soalan .

Andai Senang anak takder adakah di anugerakkan Anak itu suatu bebanan ? Menyusahkan mahu ke mana mana ?

Tiada topik lainkah mahu di sembangkan selain kekurangan orang ? Di buat andaian mandul pula .

Seronok ya sembang pasal orang ?

Aku tersenyum sendiri . Inilah manusia yang tidak reti bersyukur dan banyak waktunya memikirkan pasal orang .

Layak menjadi biro kebajikan .

Aku senyum sendiri lagi . Lift tingkat 3 terbuka .
Kaki melangkah keluar menuju ke kediaman .

Rezeki bukan berkenaan Anak sahaja . Biarpun tazkirah nikah tujuan bernikah mahu meramaikan anak adam .

Kesian orang sebegitu . Berbicara hanya tentang orang . Terlalu banyak masa .

Kita begitukah? 😊

Wallahu'alam

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Friday 5 August 2016

Part 2 : Kembara Sebuah Cinta Sang Lelaki

Tebingan Sungai Rajang , Sarikei berhadapan dengan Pasar Sungai Rajang .



Masih ingatkah akan Borneo Bas parkir di Stesyen Bas yang di kongsikan semalam ?

Borneo Bas yang membawa seorang lelaki menemui bapa seorang wanita untuk di sunting menjadi Suri di dalam hidupnya ?

Stesyen Bas tersebut mengadap Sungai Rajang . Di tebingan Sungai Rajang ini terdapat Tandas Awam yang berwarna kuning .

Abang Adi . Lelaki yang tertulis jodohnya buat Puan Kieyna Hiskichna .

Saat gambar ini di ambil . Panas terik . Mujur aku tempek #glossyfoundation. Wajah selama berada 4hari 3 malam di Sarawak menjadi dayang perantin tidak terjejas tona warna . Berbelang dek 'sunburn' tidak kelihatan.
( jap g aku belanja muka besarr talam na)

Warga tempatan berbisik . Wartawankah?

Aku tersenyum . Babak yang sama sewaktu aku berada di Pasar Pagi Sarikei di bisik tanya oleh penjaja .

Pakai talipon jer pong. Wartawan hapenyer.

Kofkofkof.

Kita sambung episode seterusnya di Fesbuk kedua ๐Ÿ˜Š

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Sayang tertinggal di Sarawak

Pasar Sungai Rejang .
Panas Litlit .

Namun , Muka maintain tempek #glossyfoundation .












Cikgi Ida ida ada yang butirannya .

Dalam bulat merah tu Pilot cum translator cum travel partner dalam negeri .

Aku hanya buat review bila travel dengan beliau sahaja . Andai seorang ke tempat lain ,aku simpan sebagai kenangan peribadi untuk di nikmati .

Salam Sayang tertinggal di Sarawak.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kameksayangsarawak
#sarikei
#kisahkutaksempurna

Part 1 : Kembara Sebuah Cinta Sang Lelaki

Borneo Bas ini adalah saksi membawa kasih si dia menemui keluarga Cik Kina . Proses merisik juga meminang .


Alhamdulillah , di hari kelahiran beliau bertukar status kepada Puan ๐Ÿ˜Š

Perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke Sarikei bukan singkat . Pecah peluh oii!

Dari Lapangan terbang Sibu ke Bandar Sibu 45minit menaiki Teksi . Dari Bandar Sibu ke Sarekei menaiki Bas henti henti ini .

Bukan aku yang tempuhi menaiki bas ini ,tetapi pengantin lelaki sebelum sah menjadi Suami .

Aku katakan pada Abang Adi . Suami Puan Kina.

'Bang , andai abang ...'

Kita sambung cerita di fesbuk kedua ya kata kataku ini๐Ÿ˜Š

Kita layan gambar #kainela kat Whatsapp galeri dulu sambil hirup #susukambingbeepollen .

Fuh..nikmat . Alhamdulillah.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Thursday 4 August 2016

Ikan tanpa nama

Saat ketam yang masih hidup di proses , aku tidak berada di tempat kejadian .

Aku tidak sanggup . Jemarinya masih bergerak saat cengkerang di pisahkan dari badan. Aku mundur . Tidak mahu hati berputik kesian .

Aku mahu menikmati ketam . Andai kesian bertandang , Haram untuk di jamah , apatah lagi telan .


Di pasar pagi Sarikei , kami bertemu jodoh dengan ikan ini . Tanpa nama . Garing di goreng .

Ratah dengan kicap . Itu aktiviti aku saat perang antara ketam dan manusia terjadi .

Raya korban semakin menghampiri . Andai ketam aku tak sanggup lihat di sakiti . Bagaimana menyaksi sembelihan korban yang atas namaku ?

Daging korban bukan untuk penama dan keluarga makan . Namun , ada juga yang mengambilnya .

Jangan . Ingatlah ia untuk yang memerlukan .

Wallahu'alam .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#syukurselalu

Raga kami penuh..

Sapa kata takdak makanan kat Borneo ?
Penuh haih raga kami dengan makanan ja .
* utagha tetibe*












Sebelum panjat gunung , kita bawak bekal duluk!

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Perahu bawah rumah.












Belakang kami adalah aktivitii perahu sedang di bina . Kagum .

Sungai di Sarawak besar .
Airnya Warna coklat .

Rumah ini apabila air pasang , di limpahi air sungai di bawahnya .

Rumah ini kedudukkannya di muara sungai Sarikei .
Di lindungi paya bakau . Di kelilingi pokok Nipah .

Teruja apabila di kebanyakkan rumah tersedia perahu di bawah rumah .!

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Wednesday 3 August 2016

Rampingnya!

Nak habaq neh .

Tetiba aku terbayang model neh pakai tudung N'LOPA , kain DAUN ANZALNA .






















Depa kelahi ' buat duit' .
Kita kelahi ' buat apa' ?
Perabeh duit ikut pesyen depa?

Eh!

Pastu lagikan..rampingnyer Model tuh . Pakai korset kat blog ni ker ?

Jap nak share link blog http://perfectbody-corset.blogspot.my/2016/08/perut-anda-yang-buncit-boleh-ramping.html

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Tuesday 2 August 2016

Kembara

Kembara ,
Melihat kerenah manusia
Bagaimana bertuahnya kehidupan setiap insan

Kembara ,
Hidup ini kembara .
Siapa kita bukan ukuran
Siapa mereka mengundang kekaguman

Kembara ,
Membuka banyak keinsafan .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Bezanya apa?

Menghirup udara yang sama ,
Berpijak di bumi yang sama ,
Payungnya langit yang sama ,

Bezanya apa ?

Tiada beza antara kita , rupa darjat dan harta , kita adalah manusia .

Struktur geografinya berbeza , indahnya bumi Allah menggetarkan jiwa .

Kopi yang di hidangkan tidak dapat membuatkan tunas rasaku melupakan #kopisusu yang sentiasa menjadi peneman .

Kueh tradisi yang ku jamah mengingatkan aku pada air tangan #akakpopiah .

Terasa takungan air mata terasa basah saat subhanallah bergetar di bibir pinjaman dari Allah .

Jemari halus sempurna sepuluh menyentuh cermin burung besi . Melihat mentari menyinar . Penerbangan subuh adalah pilihan .

Di pilih supaya dapat melihat perubahan malam kepada siang dari atas awan . Allah Allah Allah .

Bibir . Katuplah . Buka pabila perlu . Jangan kau sakiti hati sesiapa .

Ku renung telapak tangan . Janganlah tangan ini menyakiti tubuh sesiapa . Janganlah jemari ini menulis perkara yang tidak membawa manfaat .

Memberi jiwa terasa gembira . Tenang membacanya .

Rangga ku , Apa khabarmu di sana ?

Rangga? Alamak! Aku nampak #kainela la wei . Jap yer aku kongsi kat komen tau .

Chak! 😊

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Thursday 21 July 2016

Part 16 : Zatul

Aku pulang dan tunjukkan pada arwah ayah sijil yang aku berhempas pulas selama lima bulan .
Mendapatkannya dengan bebanan otak yang sudah berkarat . Setahun lebih menjauh dari zaman persekolahan . Setiap hari mengadap mesin di kilang . Tidak pernah terfikir perlu mengadap segala kertas bahasa arab kembali .

Hanya tahu pergi kerja balik kerja . Hujung bulaj terima upah . Gaji pokok rm300 sahaja . Tambah tolak kerja lebih masa , epf ,socco elaun baju . Maka bersih rm450 sebulan .

' Kak Chak dah buat apa yang ayah suruh .'

Lani hang pergi jumpa pakcik Rani habaq kat dia ayah suruh jumpa . Bagi dia sijil hang ni . Cakap kat dia apapun nak masuk dulu askar . Dalam askar baru sambung belajar .

Aku pun menurut kata . Pergilah aku rumah kawan arwah ayah .

Baguih result hang ni ima . Hang sambung lagi belajar buleh mintak pegawai kagat . Sijil ni hang simpan .

Apabila pakcik Rani maklumkan begitu , aku sampaikan pesan ayah .

Pakcik Rani akur . Sijil aku di ambil .

Esok mai opis jumpa pegawai yang incharge . Arah Pakcik Rani . Aku angguk . Akur lagi .

Esok aku pergi kem renjer seperti di arahkan . Pakcik Rani bawak aku jumpa pegawai yang bertugas .

Tuan , ini anak buah saya . Boleh tuan pertimbangkan untuk pemilihan Kagat ? Kata pakcik Rani .

Aku ingat lagi pakaian aku pada hari tersebut . Baju kurung ,tudung bawal putih . Beg sandang converse tiruan . Sandal hitam .

Pegawai yang sama semasa pemilihan di Sekolah Anderson tahun lepas . Bisik hatiku . Aku lihat nama di tag nama fawzi .

Saya pernah hadir temuduga tahun lepas di anderson Tuan . Tuan suruh saya sambung belajar .

Tanpa di pinta aku menerangkan kejadian tahun lepas .

Ooo . Saya suka semangat kamu . Betul kamu nak jadi askar ni ? Tanya pegawai askar berbaju hijau muda . Berseluar hijau tua . Macam kaler seluar sekolah menengah . Aku tak tau nama uniform tu nombor berapa .

Tak betul tuan . Ayah saya suruh .
Adeh! Bendul pulak aku jawab . Aku pandang pakcik Rani yang bermisai lintang . Mampus aku!

Aku menundukkan kepala .

Bagus result Spm kamu . Bahasa arab . Wah syariah dapat Dua . Alquran sunnah 3 . Pangkat 1 . Sijil thanawi pun ada . Aktif sukan . Pidato juga . Nyata pegawai itu sambil mengasingkan sijil yang andai di gabung kata arwah ayah sebesar poncho.

Kamu nak jadi pegawai atau under rank?

Pegawai tuan . Ayah saya suruh masuk dulu askar kemudian sambung belajar . Aku menerangkan hal sebenar .

Aku tidak memanggung muka . Masih menunduk .

Tengok saya . Kata Tuan pegawai itu .

Kamu jangan paksa diri andai tak minat . Bidang ketenteraan ini bukan setahun dua kamu boleh berenti . Kemudian beliau mengalihkan pandangan ke arah pakcik Rani .

Anak buah sarjan ni bijak . Tambahnya

Terima kasih tuan . Kata pakcik Rani .

Nanti saya tengok apa yang boleh saya bantu . Awak bagi saya 4 keping gambar pasport . Esok datang jumpa saya .

Datang lagi tuan ? Aku bertanya .

Ya , ada apa apa masalah ? Tanya pegawai muda itu . Aku kira usianya lingkungan 24 tahun ke atas . Bawah 30 tahun . Berkumis nipis .

Saya keje esok tuan . Harini dah ambik cuti tanpa gaji .

Awak keja apa ?

Keja kilang jer tuan . Kat chemor . Aku terangkan ringkas .

Owh , bila awak cuti ? Tanya beliau .

Ahad cuti tuan .

Ok . Kalu macam tu nanti saya jumpa awak ahad ni . Encik ok ker saya jumpa anak buah encik ahad ni ? Saya takda buat apa apa weekend ni . Saya ke rumah encik .

Boleh tuan  , saya ok jer . Jawab pakcik Rani .

Oklah kalu macamtu . Kata pegawai itu mengemaskan salinan fotostate sijil aku dan di masukkan ke dalam file .

Kami bangun dari kerusi . Keluar bilik . Pakcik Rani memberi tabik kepada pegawai yang menyantuni kami . Keluar dari pejabat , pakcik Rani menguntum senyum padaku .

Terima kasih pakcik . Aku mengucap kata tanda penghargaan .

Hang nanti ahad mai rumah aku . Pegawai tu nak jumpa hang . Arah pakcik Rani .

Baik . Aku menutur kata .

●●●●

Sms berbunyi .
Assalamualaikum , awak dah sampai rumah ?
Aku membaca mesej di screen talipon sony erikson .

W'salam . Maaf sapa ni ? Aku balas . Lima belas duit telan kredit .

Saya Tuan Fawzi . Aku membaca mesej.

Eh, ada dokumen tak lengkap kah tuan ?
Saya tak dapat masuk askar?

Aku menonong membalas . Lima belas duit di potong . Kredit plak tak topup lagi . Ada 5 kupang ja neh . No 016 pulak tu . Aku 012 .

Ya , jangan lupa gambar 4 keping . Saya nak ingatkan awak .

Huih , bagus betul customer service ashkar neh . Sampai dah balik ker belum di tanya .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang