Thursday 17 March 2016

Jaga dia untukku

Abang dah balik.

Aku melemparkan senyuman . Mengambil uniform yang bergantung di penyangkut baju dari tangannya . Si dia meletakkan beg galas berwarna hitam di atas meja ruang tamu .

Si dia berpakaian sukan . Aku menyalami tangannya. Ku peluk erat tubuhnya .

Leganya bang dapat peluk abang . Dah lama sangat tak peluk abang.

Si dia menolak kepalaku . Bohong sangat la ayang neh. Hari hari abang pegi keje tu aper.

Ala abang neh. Baru nak buat ayat maneh. Dah spoil. Aku melepaskan pelukan itu.

Eh , abang potong rambut ya . Aku masih bergantung di batang tubuhnya.

Abang miang neh yang . Si dia memicit kepalaku sambil aku masih melekat memeluknya.

Ouch! Aku mengaduh . Terasa sakit apabila si dia memicit bahagian belakang tengkukku.

Tegang tengkuk ayang ni. Banyak pikir . Cuba rileks . Si dia memberi saranan. Aku sudah melepaskan pelukan itu .

Ha'ah ayang banyak perkara admin perlu di siapkan . SOP dan a few things that was my accountability . Not yet have been done.

Aku melaporkan pada si dia.

Rileks yang . Semua tu makanan ayang . Si dia memberi semangat.

Si dia pulang jam 9 malam hari ini . Semalam jam 12.30 malam . Rasanya minggu ini isnin sahaja aku bertemu dirinya berbicara di waktu malam . Selebihnya si dia pulang saat aku sudah melelapkan mata.

Jam 4 pagi aku bangun si dia sudah berada di sisi . Aku cium dahinya .

Allah , jagalah dia untukku . Ambil nyawaku sebelum dia .

Itu sahaja pintaku.

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang