Wednesday 5 October 2016

Angguk sahaja.

Acapkali apabila patah perkataan berupa nasihat di gunakan . Kita lazim menimbulkan persoalan. Mahu mengetahui SEBAB dari pemberi nasihat.

Mengapa?
Tak boleh erk?

Ketahuilah, bahawa setiap nasihat itu di beri untuk kita sesuaikan dengan keadaan diri kita sebagai pendengar.

Kita yang memisahkan mahu menerimanya bagaimana. Sesuaikah dengan situasi kita dan beberapa faktor luaran dan dalaman yang lain.

Apabila orang memberi nasihat. Angguk saja.
Mahu terima atau tidak. Itu antara minda dan tindakan kita. Bukan antara kita dan pemberi nasihat😊.



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#akademijualan

Abang keutamaan ayang..

Jam 10.45malam sedang aku di dalam bilik solat bersebelahan bilik utama. Terdengar suara si dia memberi salam.

Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.

Pintu bilik di kuakkan.

Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.

Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.

Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.

Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .

Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.

Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.

Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.

Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..

Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.

Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.

Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.

Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.

Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.

Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?

Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.

Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.

Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.

Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Tuesday 4 October 2016

Tips untuk peniaga Online

Tips dan perkongsian untuk rujukan Tuan Puan yang menjalankan perniagaan Online terutamanya Newbie

■ Baru bergiat di  dalam perniagaan  online.

Berkemungkinan terdapat perasaan kecewa apabila status yang di paparkan di fesbuk kita tidak mendapat perhatian  rakan lain melalui LIKE / SHARE.

● Antara kemungkinannya adalah :

1. Sebelum ini kita tidak pernah pos status  berkenaan produk. Tiba tiba muncul  status BERJUALAN.

Fesbuk kita sebenarnya diperhatikan cuma orang SEGAN nak LIKE 😊.

Psikologi manusia biasanya sekali tengok, JARANG sekali orang terus beli  kecuali KEPERLUAN yang MENDESAK.

Nasihat saya, teruskan update status asbab post pada  peringkat permulaan adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual. Sebaiknya , Jangan target mahu menjual terus  tetapi  kongsi tentang manfaat product.  Duit akan datang  selepas wujud keyakinan dan  kepercayaan orang  terhadap kita.

Jangan berhenti berkongsi tentang kebaikkan product jualan kita. Seandainya kita post 2x, 3x sahaja kemudian tiada lagi perkongsian tentang product. Sukar mahu mendapatkan kepercayaan prospek kepada kita akan  NILAI BAIK barangan  tersebut.

Maka untuk permulaan ini, kemaskini status sekerap mungkin, setengah jam sekali setiap setiap hari tanpa henti😊

Perkara ini adalah untuk mencipta stigma pada pandangan pembaca fesbuk kita. Rakan fesbuk nampak sahaja tapisan berita melintas  di  fesbuk  mereka akan status kita , maka kita ni sudah  melekap  di  minda mereka  bahawa kita adalah seorang pengedar produk ataupun peniaga.😊

Lakukan secara konsisten yakni istiqamah. InsyaAllah , setiap usaha yang baik ALLAH  ganjarinya😊

Saya bukanJUTAWAN ONLINE namun  izinNya , Rezeki yang saya  perolehi  bermula 2012 sehingga kini adalah  kepercayaan daripada  pembeli  hanya  melalui FESBUK.

Wallahu'alam .



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Part 19 : Zatul

Menjalani hidup sebagai pelajar yang tiada wang tanggungan dari sesiapa bukan sesuatu yang mudah . Aku menabung hanya setahun .
Mula bekerja kilang pada usia 17tahun. Umur 18 tahun mengulang sebuah sijil selama 5 bulan di sebuah sekolah . Habis tabungan .
Mengulang sijil semata mahu merealisasikan impian ayah untuk aku masuk askar .

Aku menurut perintah . Alhamdulillah aku lulus .
Berbekalkan keputusan spm pangkat 1 dan keputusan di atas sijil yang baru lulus ayah dan mak mengerahkan aku hadiri setiap temuduga pengambilan perajurit muda .

Namun , setiap yang aku hadir . Pegawai bertugas akan cakap
' Sayang keputusan awak bagus . Nanti pegawai bukak apply . KAGAT taun depan baru bukak pengambilan . Atau awak sambung belajar lagi .'

Bila balik bagitahu kat ayah , aku di katakan tak bersungguh . Adeh!

Aku sambung kerja kilang sehari selepas habis peperiksaan sijil tersebut .
Bermakna dua kali keluar masuk kilang yang berlainan . Usia 17 tahun sehingga 18 tahun .

Pertengahan 18 tahun sehingga usia 20 tahun berkurung di kilang .
Keluar rumah matahari belum terbit , pulang malam saat bulan munculkan diri .

Mengapa aku suka lihat langit ?
Salah satunya aku bersyukur langit itu dahulunya di usia remaja hanya malam dan subuh menemaniku .

Usia 19 tahun , memberi aku satu anjakan paradigma . Sehingga bila aku perlu begini ? Cita cita aku tinggi . Sudahlah ada hati terpaut pada lelaki tidak sekufu pendidikkan .

Apa hala tuju hidup?

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang