Saturday 19 March 2016

Part 4 : Zatul

Kenapa ko tak masuk kelas Perundangan islam dah 3x kot aku tolong sign. Orang lain perasan macamana ? Tanya athirah rakan sekuliah.

Kami tidak serumah namun kami agak rapat di kolej.

Aku diam membatukan diri. Aku menyelak helaian buku Statistik.
Tebal seperti kayu pemotong.

Mar , ni last aku tolong ko. Lepas ni aku tak sign dah. Athirah memaklumkan akan keputusannya.

Ok. Ringkas aku menjawab dan bangun dari kerusi. Mentelaah di perpustakaan kolej perkara biasa aku lakukan bersama Athirah.

Mar , aku cakap dengan ko neh! Athirah sedikit meninggikan suara.

Beberapa mata memandangnya. Athirah mengangkat tangan mengucapkan sorry kearah mereka.

Aku melihat adengan itu dari pantulan cermin di kaunter buku.

Aku melangkah keluar perpustakaan.

Remuk hati terbayang adengan mesra Hambali bersama wanita yang di perkenalkan sebagai tunang itu masih membuatkan fikiranku gagal menghapuskan negatif gambar itu.

Allah. Kuat Mar! Ko kena kuat! Zatul tiada lagi. Nama ko hanya Mar! Banyak patah nama ko boleh guna lagi tetapi bukan Zatul!

Kelas statistik berlansung sejam yang di sampaikan oleh Cik Mariani gagal aku hadam.

Betullah orang kata seksa putus cinta. Namun, bercintakah aku? Aku yang mengharap selama setahun enam bulan. Setia macam tiang letrik sebatang depan kolej tuh!

Wake up Mar! Muradkan ada. Kelihatan dia senang mahu menabur kasih dan belanja sepanjang ko belajar.

Carik hati boleh bertangkup. Gagal belajar melingkup!

Tapi bagaimana dengan Syam ? Dia menyara aku rm200 sebulan . Katanya dia anggap aku kawan. Ambil sahaja untuk belanja. Nanti keja mahu bayar pun boleh.

Mana cukup duit keja di restoren setiap malam untuk tampung perbelanjaan kolej. Tiga tahun bukan jangkamasa yang pendek.

Murad tidak tahu tentang Syam.

Aduh! Apa kena dengan aku ni. Yang di depan mata jelas menanti. Lelaki yang hanya minta kau tunggu tanpa apa ikatan kau setia pada janji!

Kau memang bongok Mar!

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang