Thursday 21 July 2016

Part 16 : Zatul

Aku pulang dan tunjukkan pada arwah ayah sijil yang aku berhempas pulas selama lima bulan .
Mendapatkannya dengan bebanan otak yang sudah berkarat . Setahun lebih menjauh dari zaman persekolahan . Setiap hari mengadap mesin di kilang . Tidak pernah terfikir perlu mengadap segala kertas bahasa arab kembali .

Hanya tahu pergi kerja balik kerja . Hujung bulaj terima upah . Gaji pokok rm300 sahaja . Tambah tolak kerja lebih masa , epf ,socco elaun baju . Maka bersih rm450 sebulan .

' Kak Chak dah buat apa yang ayah suruh .'

Lani hang pergi jumpa pakcik Rani habaq kat dia ayah suruh jumpa . Bagi dia sijil hang ni . Cakap kat dia apapun nak masuk dulu askar . Dalam askar baru sambung belajar .

Aku pun menurut kata . Pergilah aku rumah kawan arwah ayah .

Baguih result hang ni ima . Hang sambung lagi belajar buleh mintak pegawai kagat . Sijil ni hang simpan .

Apabila pakcik Rani maklumkan begitu , aku sampaikan pesan ayah .

Pakcik Rani akur . Sijil aku di ambil .

Esok mai opis jumpa pegawai yang incharge . Arah Pakcik Rani . Aku angguk . Akur lagi .

Esok aku pergi kem renjer seperti di arahkan . Pakcik Rani bawak aku jumpa pegawai yang bertugas .

Tuan , ini anak buah saya . Boleh tuan pertimbangkan untuk pemilihan Kagat ? Kata pakcik Rani .

Aku ingat lagi pakaian aku pada hari tersebut . Baju kurung ,tudung bawal putih . Beg sandang converse tiruan . Sandal hitam .

Pegawai yang sama semasa pemilihan di Sekolah Anderson tahun lepas . Bisik hatiku . Aku lihat nama di tag nama fawzi .

Saya pernah hadir temuduga tahun lepas di anderson Tuan . Tuan suruh saya sambung belajar .

Tanpa di pinta aku menerangkan kejadian tahun lepas .

Ooo . Saya suka semangat kamu . Betul kamu nak jadi askar ni ? Tanya pegawai askar berbaju hijau muda . Berseluar hijau tua . Macam kaler seluar sekolah menengah . Aku tak tau nama uniform tu nombor berapa .

Tak betul tuan . Ayah saya suruh .
Adeh! Bendul pulak aku jawab . Aku pandang pakcik Rani yang bermisai lintang . Mampus aku!

Aku menundukkan kepala .

Bagus result Spm kamu . Bahasa arab . Wah syariah dapat Dua . Alquran sunnah 3 . Pangkat 1 . Sijil thanawi pun ada . Aktif sukan . Pidato juga . Nyata pegawai itu sambil mengasingkan sijil yang andai di gabung kata arwah ayah sebesar poncho.

Kamu nak jadi pegawai atau under rank?

Pegawai tuan . Ayah saya suruh masuk dulu askar kemudian sambung belajar . Aku menerangkan hal sebenar .

Aku tidak memanggung muka . Masih menunduk .

Tengok saya . Kata Tuan pegawai itu .

Kamu jangan paksa diri andai tak minat . Bidang ketenteraan ini bukan setahun dua kamu boleh berenti . Kemudian beliau mengalihkan pandangan ke arah pakcik Rani .

Anak buah sarjan ni bijak . Tambahnya

Terima kasih tuan . Kata pakcik Rani .

Nanti saya tengok apa yang boleh saya bantu . Awak bagi saya 4 keping gambar pasport . Esok datang jumpa saya .

Datang lagi tuan ? Aku bertanya .

Ya , ada apa apa masalah ? Tanya pegawai muda itu . Aku kira usianya lingkungan 24 tahun ke atas . Bawah 30 tahun . Berkumis nipis .

Saya keje esok tuan . Harini dah ambik cuti tanpa gaji .

Awak keja apa ?

Keja kilang jer tuan . Kat chemor . Aku terangkan ringkas .

Owh , bila awak cuti ? Tanya beliau .

Ahad cuti tuan .

Ok . Kalu macam tu nanti saya jumpa awak ahad ni . Encik ok ker saya jumpa anak buah encik ahad ni ? Saya takda buat apa apa weekend ni . Saya ke rumah encik .

Boleh tuan  , saya ok jer . Jawab pakcik Rani .

Oklah kalu macamtu . Kata pegawai itu mengemaskan salinan fotostate sijil aku dan di masukkan ke dalam file .

Kami bangun dari kerusi . Keluar bilik . Pakcik Rani memberi tabik kepada pegawai yang menyantuni kami . Keluar dari pejabat , pakcik Rani menguntum senyum padaku .

Terima kasih pakcik . Aku mengucap kata tanda penghargaan .

Hang nanti ahad mai rumah aku . Pegawai tu nak jumpa hang . Arah pakcik Rani .

Baik . Aku menutur kata .

●●●●

Sms berbunyi .
Assalamualaikum , awak dah sampai rumah ?
Aku membaca mesej di screen talipon sony erikson .

W'salam . Maaf sapa ni ? Aku balas . Lima belas duit telan kredit .

Saya Tuan Fawzi . Aku membaca mesej.

Eh, ada dokumen tak lengkap kah tuan ?
Saya tak dapat masuk askar?

Aku menonong membalas . Lima belas duit di potong . Kredit plak tak topup lagi . Ada 5 kupang ja neh . No 016 pulak tu . Aku 012 .

Ya , jangan lupa gambar 4 keping . Saya nak ingatkan awak .

Huih , bagus betul customer service ashkar neh . Sampai dah balik ker belum di tanya .

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Part 15 : Zatul

Kenapa kerja kilang ?
Kenapa tak kerja lain?
Banyakkan lagi kerja . Kenapa pilih kilang?

Lima bulan di sekolah mengambil sijil . Hanya tuhan yang tahu gelora di jiwa .

Aku berkorban perasaan untuk kembali . Hati aku ini hanya tuhan yang tahu betapa runsingnya .

Namun , demi ayah dan mak . Aku kembali .

Aku kembali dan terpaksa berdepan dengan orang yang aku memperlekehkan keputusan aku bekerja kilang selepas habis spm .

Seorang yang tidak dapat terima aku kerja kilang . Dia tidak tahu bahawa keputusan bekerja kilang salah satunya adalah sengaja membangkitkan kemarahannya .

Kerja kilang ini rendah martabatnya . Dia mahu aku kerja taska setidaknya sementara menanti keputusan Spm .

Adik beradiknya yang ramai , apesal aku nak kena keja taska ? Perlu sambung belajar selepas habis Spm .

Keputusan Spm aku baik . Boleh dikatakan dia juga faktornya . Menekan aku belajar untuk buktikan tentang hubungan aku dan dia bukan faktor kegagalan .

Alhamdulillah , keputusan Spm aku antara yang tersenarai pangkat 1 tahun itu . Aku tersenyum .

Hubungan kami makin jauh . Sudah tidak berutus surat . Mak juga dah bagi amaran bahawa jauh darjat keluarga kami . Mak taknak aku kawin awal .

Pernah dia talipon rumah . Adik yang angkat . Mak bising . Mak cakap taknak aku berselabey pakai tudung labuh . Mak tak restu . Aku lega .
Cuma dia susah terima .

Caranya adalah buat perkara yang dia tak suka .

Allah Maha Besar . Setahun kemudian aku terpaksa berhadapan dengannya selama aku perlu habiskan pengajian .

Bersyukur , tiada satu subject pun aku perlu hadir untuk pelajaran di dalam pengajian yang di ajarnya . Namun , sampai bila mahu mengelak ?

Sekolah tu bukan unibersity . Besar . Banyak jalan alternative .

Maka selama lima bulan itu , aku berdepan dengan ujian mental . Aku tahu aku kuat mental apabila ujian ini aku berjaya lalui .

Mulutnya pedih memerli aku . Seolah di lepaskan segala amarah yang selama ini terbuku . Aku diam . 

Diam aku membuahkan hasil . Dia sudah dapat menerima bahawa hidup ini bukan perlu berbalah apabila kehendak tidak di turuti.

Kami berpakat bahawa tiada siapa perlu tahu hal sebenar . Biar ia menjadi gossip semata.

Biar aku di persalahkan . Nama baiknya perlu di jaga . Aku hanya seorang murid . Bukan sesiapa berbanding dia .

Aku terlalu muda untuk berfikir begitu saat itu . Namun , apabila sabar mengatasi segala . ALLAH kan ada.

Menghafaz subjek di dalam bahasa Arab bukan mudah bagi aku .

Aku mesti kuat ! Andai gagal sia sia aku kembali . Setiap hari aku memotibasikan diri .

Alhamdulillah aku berjaya lulus . Dapatlah sekeping sijil .

Belajar semata kerana sekeping sijil . Kosong jiwa .

Part 14 : Zatul

Menjalani hidup sebagai pelajar yang tiada wang tanggungan dari sesiapa bukan sesuatu yang mudah . Aku menabung hanya setahun .

Mula bekerja kilang pada usia 17tahun. Umur 18 tahun mengulang sebuah sijil selama 5 bulan di sebuah sekolah . Habis tabungan .

Mengulang sijil semata mahu merealisasikan impian ayah untuk aku masuk askar . Aku menurut perintah . Alhamdulillah aku lulus .

Berbekalkan keputusan spm pangkat 1 dan keputusan di atas sijil yang baru lulus ayah dan mak mengerahkan aku hadiri setiap temuduga pengambilan perajurit muda .

Namun , setiap yang aku hadir . Pegawai bertugas akan cakap

' Sayang keputusan awak bagus . Nanti pegawai bukak apply . KAGAT taun depan baru bukak pengambilan . Atau awak sambung belajar lagi .'

Bila balik bagitahu kat ayah , aku di katakan tak bersungguh . Adeh!

Aku sambung kerja kilang sehari selepas habis peperiksaan sijil tersebut .

Bermakna dua kali keluar masuk kilang yang berlainan . Usia 17 tahun sehingga 18 tahun .
Pertengahan 18 tahun sehingga usia 20 tahun berkurung di kilang .

Keluar rumah matahari belum terbit , pulang malam saat bulan munculkan diri .

Mengapa aku suka lihat langit ?
Salah satunya aku bersyukur langit itu dahulunya di usia remaja hanya malam dan subuh menemaniku .

Usia 19 tahun , memberi aku satu anjakan paradigma . Sehingga bila aku perlu begini ? Cita cita aku tinggi . Sudahlah ada hati terpaut pada lelaki tidak sekufu pendidikkan .

Apa hala tuju hidup?

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Friday 15 July 2016

Amanah itu berat..

Saya rela tak mengandung puan .
Saya baca pasal Raja farrah mengandung tadi .

Anak saya dua dengan bekas suami . Kedua dua muka dan sikap anak semuanya mewarisi dia . Benci saya melihatnya . Sekarang anak anak saya lepaskan hak penjagaan pada bekas suami . Itupun dia tak mampu nak sara .

Maaflah puan , saya percaya pada puan untuk dengar masalah saya ni . Apa yang perlu saya buat ? Kejam sangat ker saya ni ?

Aku terdiam . Terdiam dan terdiam .

Sepuluh minit kemudian aku membalas .

Assalam puan yang baik ,  Allah duga tandanya DIA sayang . Anak itu AMANAH . Bermakna puan dan bekas suami di beri AMANAH mendidik mereka .

Pecah amanah di dalam kehidupan manusia sesuatu yang di pandang jijik dan berdosa . Bagaimana dengan pecah amanah kiriman Allah ?

Saya bukan baik . Saya juga bukan orang yang layak menghakimi puan kejam atau tidak .

Puan seorang yang kuat , sentiasa di rahmati Allah dan di sayangi Rasul . Emosi memang parah apabila benci tertanam . Untuk saya mohon puan berlapang dada , saya tidak berada di tempat Puan .

Cadangan saya , puan berbincang dengan suami demi mendidik AMANAH Allah .

Amanah itu BERAT . Anak itu Amanah sekali lagi saya ingatkan puan .

Saya sentiasa ada untuk mendengar luahan puan . Tulis sahaja ya . Samada lewat atau cepat sahaja saya akan membalas . InsyaAllah.

Salam hormat .

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang