Tuesday 15 March 2016

Part 1 : Zatul

Zatul , abang pergi tak lama. Setahun jer. Boleh tunggu abang balik?

Perbualan di Gloria Jeans petang itu masih aku ingat.

Setahun? Baik. Zatul pun masih belajar.
Setahun tak lama.
By the Way , tunggu untuk apa ya? Aku mahukan pengesahan status perhubungan.

Hambali memandang keluar arah siar kaki Lot 10.

Abang harap satu hubungan yang lebih serius. Bila abang dengan zatul , abang rasa selesa.

Setahun di France abang mungkin sibuk kerana tugas abang menuntut penuh komitment. Kita boleh bersembang melalui Skype. Cadang hambali kepadaku.

Abang pergi bila? Tanyaku

Bulan depan. Jawab hambali pendek.

●●○○○●

Selama setahun setiap bulan sekali setidaknya aku menerima email dari Hambali. Aku masih belajar. Aku bukan anak orang berada yang mempunyai komputer peribadi. Untuk membaca emailnya aku terpaksa ke makmal komputer.

Hambali mahu skype tetapi aku segan di makmal komputer pasti wajahnya di lihat pelajar lain sewaktu melintasi. Maka aku putuskan Ym sahaja.

Selama setahun , kami berhubung begitu. Selama setahun itu juga aku menumpukan pada pelajaran. Aku tak hebat mana tapi sepanjang berkuliah empat kali aku dapat anugerah dekan.

Zatul , abang tidak dapat hubungi zatul dalam dua bulan ini . Abang ada tugasan di luar kawasan. Kapal akan melintasi kawasan bergolak.

Zatul jaga diri ya. Ini no phone kawan abang di Sg Besi. Abang ada kirimkan barang untuk Zatul melalui Murad.

Baik. Aku jawab pendek.

Selama dua bulan itu , aku sepi setiap kali check email. Hatiku rasa kosong.

Aku ada menemui Murad di Lrt Masjid Jamek untuk mengambil barang yang di kirim.

Murad bahasakan dirinya Abang. Aku tidak betah memanggilnya begitu. Aku bahasakan dirinya Tuan Murad.

Dalam dua bulan itu , Murad seperti mengisi kekosongan itu. Namun, aku menafikan perasaan perasan aku. Parah andai aku jatuh cinta dengan orang yang aku tidak tahu perasaan sebenarnya.

Dia bahasakan dirinya Abang bermakna dia anggap aku adik.

Aku jadikan menara efel yang di berikan kepadaku sebagai pengubat rindu.

Kini sudah melewati tempoh dua bulan , aku mahu check email. Hatiku berbunga.

Usai kelas aku bergegas ke makmal komputer untuk buka email dan melihat ym.offline. Aku kecewa.

Tempoh masa sudah memasuki bulan ke tiga masih tiada email dari Hambali. Aku mahu bertanya Murad namun aku segan.

Aku membiarkan perasaan kecewa itu sendiri. Tempoh setahun di France untuk Hambali kembali aku kira sudah cukup.

Aku cuba hubungi hambali melalui email. Namun, tiada jawapan.

Zatul , abang nak ke kajang beli barang. Zatul dah habis kelas? Teman abang boleh? Sms dari Murad aku terima.

Hurmm..aku pun nak kena pegi keje. Bolehlah tumpang mamat neh.

Boleh Tuan, lepas tu hantarkan Zatul pergi De limau nipis ya. Zatul keje malam ni.

Aku keje sebagai pelayan. Ambil order makan.

Boleh. Lepas zohor abang ambil zatul. Abang cuti harini.


Bersambung..

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang