Wednesday 2 March 2016

Hidup ini bukan tentang kita saja

Sahabat yang sudah lama berdamping denganku tahu hidupku terlalu berahsia.

Mereka boleh bercerita apa sahaja denganku tetapi untuk mereka memasuki hidupku bagi mengetahui sesuatu adalah sukar๐Ÿ˜Š

Seawal jam 4 pagi jam loceng sudah berbunyi.  Paling lewat jam 5 pagi.

Ini adalah peraturan hidup yang aku tetapkan pada diri.

Sudah menjadi kebiasaan . Apabila tubuh sudah sebati dengan rutin ini sebelum jam loceng berbunyi aku sudah celik mata.

Aku pernah cuba pejamkan mata untuk tidur kembali namun tubuhku menolak arahan itu. Wajib jaga arahannya.

Perkara pertama apa yang aku lakukan?

Minum air putih . Sesiapa yang pernah ketemuku pasti dapat melihat sebotol air di kelek tidak kira masa.

Sebelum meneguk air putih spontan selawat ke atas nabi di baca. Ia seperti kita membaca 4 qul sebelum pejam lena malamnya beserta ayatul qurdsi maka spontan jua di amalkan.

Aku suka melihat langit. Aku selak langsir melihat langit sekiranya di rumah sendiri.

Ada kisah mengapa aku selalu menjadi penunggu setia langit setiap kali bangun tidur.

Ini perkara ganjil. Semasa kecil dalam usia 7 tahun sehingga 10 tahun aku selalu bermimpi langit runtuh serta aku di  kejar sebiji batu besar bergolek . Basah tilam tempat tidurku dengan peluh bersimbah.

Aku maklumkan mak dan arwah ayah. Jawapan mereka?

Jangan nak merapu sangat. Tido tu baca doa.

Bayangkan aku sengsara jiwa sejak kecil akibat mimpi itu. Sehingga aku takut untuk melelapkan mata.

Biarpun aku penat bermain di siang hari , aku tetap alami mimpi itu di malam hari.

Selama beberapa tahun itu aku mengubat diri sendiri. Berkata pada diri bahawa ini ujian hidup untuk aku kuat.

Bayangkan di usia kanak kanak aku sudah berfikir matang. Aku matang sebelum usia.

Apabila aku punya 'teman' di usia lapan tahun , aku bercerita pada mereka.

Hanya mereka yang faham perasaan aku itu. Dan kami terus 'berkawan' sehingga suatu masa 'persahabatan' kami di putuskan atas faktor aku manusia .

Sedarilah , sejak itu ungkapan ini selalu menemaniku.

' Hidup ini bukan tentang kita sahaja.' ๐Ÿ˜Š

Wallahu'alam

Yang Benar ,
Haida Kamaruzamanan

Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang