Thursday 3 March 2016

Jangan BERGANTUNG hidup pada lelaki

Abang ada hoki harini.

Baik. Maka tidak perlu masakkah malam nanti untuk abang?

Tunggu abang bagi arahan.

Baik.

Dialog di atas perbualan pagi saat aku menyantuni si dia keluar berjihad.

Menyarungkan jersey hijau muda lambang hornet tertulis JITRA di belakang. Berseluar track tiga suku dan berkasut sukan.

Aku menghantarnya keluar rumah bersama bekal nasi goreng serta Kopicino di dalam flask.

Si dia menggalas beg sandang hitam.

Jaga diri , pesanku setelah pintu pagar besi di kunci.

Oke. Balasnya.

Ku lepaskan si dia keluar rumah dengan hati terbuka. Di rumah dia milikku , di luar aku tidak tahu.

Pegangan hidup aku di dalam melayari alam rumahtangga berbeza. Aku tahu ramai isteri mengatakan aku cakap sahaja saat membaca ini.

Bagi yang rapat dan mengenaliku bagaimana aku menyantuni si dia mereka tahu ia hanya tulisan sahaja atau penyedap mata membaca.

Kembali kepada hakikat.
Dosa isteri suami tanggung. Dosa suami di tanggungnya sendiri.

Maka , tanya pada diri wahai isteri. Apa yang sebenarnya kita mahu?

Jangan terlalu BERGANTUNG hidup pada lelaki. Benar suami itu hak kita. Namun, sampai bila?

Sudahkah mental dan fizikal kita bersedia?

Aku melihat banyak kisah.
Mak juga hilang arwah ayah sekelip mata.

Ayah pergi subuh hari tanpa tanda ia akan pergi.
Usai solat subuh arwag mengaduh sakit dada kemudian di jemput ilahi selang kurang lima minit.

Suami mak meninggalkannya kerna kematian.
Suami aku pula bakal pergi meninggalkan aku jua. Cuma mengapa dan bagaimana?

Andai kita di jemput ilahi dulu tiada perkara di duga di dunia. Hanya kita dengan yang Maha Esa.

Dosa kita sesama manusia.

Selagi nyawa di kandung badan.
Kendonglah amanah , jagalah aurah
Takut akan ALLAH.
Bumi ini hanya tempat MEMBAJAK.
Akhirat adalah semaiannya.

Puruklah rasa biar kecewa , kerna kita isteri yang mudah ke syurga.

Jaga kemaluan , puasa dan Taat perintahNya.

○●●●●

Hidup ini bukan tentang kita sahaja.😊

Yang Benar ,
Haida Kamaruzamann
Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang