Monday 25 April 2016

Tidurlah..

Tidurlah..

Sebelum tidur flashback apa yang kita lakukan hari ini. Adakah memberi manfaat ?

Aku?
Salah satu yang aku muhasabah diri adalah tentang perkhabaran dari seorang sahabat tentang seseorang .

Tiba tiba sawan dan kemudian strok . Aku tidak pernah bersua muka dengan yang di uji. Namun tahu peribadinya.

Orangnya baik . Sepengetahuan aku orangnya Aktif . Bekerjaya .

Bagaimana pula dengan aku ?

Hidup ini singkat . Buangkan rasa benci dan dendam . Berlapang dadalah.

Maafkan semua orang . Kita pun tak baik .

Jaga hati . Jaga mulut.

#haidakamaruzaman
.
.
Haida Kamaruzaman

Thursday 14 April 2016

Abang mahu tengok gambar ayang photoshoot?

Abang , mahu tengok gambar ayang photoshootkah?

Si dia angguk . Mata melihat channel golf .

Boleh tumpu perhatian pada ayang?
Aku meminta perhatian dari si dia .

Si di masih menumpukan pada golf channel.

Ok fine . Aku memberi kata ringkas .

Terus ke dapur . Masak air . Buat teh o ais sekole .

Abang , air . Hotdog ayang dah goreng . Ini sos dan mayonis . Makanlah .

Abang suka gambar ni . Katanya menunjukkan di gambar yang terpapar di google drive .

Owh ok. Nanti ayang buat profile picture di fesbuk.

Inilah gambarnya.

😊


Gembira itu NIKMAT.

Tersenyum melihat pelbagai maklumbalas tentang HASIL dan KESAN SAMPINGAN yang baik di perolehi oleh pengamal kopicino pasaran HKCC .

Berbeza HASIL namun ia suatu yang memaparkan gembira!

Gembira itu bukan keputusan . Gembira itu adalah nikmat untuk setiap insan . 😊

Senyum dan lapangkan dada . Nikmati kehidupan dengan penuh syukur kepadaNya . 😊

Mahu mencuba belian ?
Whatsapp /telegram +60135881194 kami bantu seadanya. InsyaAllah 😊

#hkccway
#haidakamaruzaman


Wednesday 13 April 2016

Allah itu ADA dan MENDENGAR..

Tidurlah..

Kegembiraan itu adalah pilihan bukan keputusan .

Mengapa memilih duka andai gembira itu ada ?
Tiada orang lain selain kita berhak membuat keputusan samada kita perlu bahagia atau melara .

Kita yang pilih jalan hidup kita . Jangan pernah beralasan dan menyalahkan orang lain atas setiap yang berlaku .

Ingat . Allah itu ADA dan MENDENGAR .
MELIHAT segala ingkar kita padaNya .

Haida Kamaruzaman

Part 13 : Zatul

I'm stronger because of my hard times, wiser because of my mistakes ,and happier because of my experiences.

You know abang ? you are that ones give all that ! Aku meluahkan rasa yang selama ini aku pendam .

Mengapa Mar pilih kawan abang ? Mar sengaja nak sakitkan hati abangkan?

Itu soalan Hambali kepadaku semasa dia menantiku di cafe tempat aku bertugas .

Jam 10 pagi aku menerima sms dari hambali selepas 4 tahun peristiwa hatiku di remukkan.

Apa mahunya dia?

Malam semalam aku berpasangan dengan murad di suatu majlis malam raya cina . Murad mahu aku menemaninya untuk menjadi pasangannya .

Mar hanya perlu ikut sahaja apa abang buat . Abang letak sudu mar letak . Abang duduk Mar duduk . Jangan risau . Masa open floor Mar tak perlu involve .

Itu janji Murad semasa mahu aku menemaninya . Aku setuju kerana kebetulan majlis berlansung jumaat malam . Esok sabtu kerja separuh hari.

Di ruang legar aku ternampak kelibat Hambali bersama pasangan . Aku bertanya Murad mengapa tidak maklumkan aku kehadiran hambali bersama ? Murad menjawab asbab aku tidak bertanya .

Betul juga . Buat apa sembang pasal hambali di antara kami berdua .

Suasana cafe lenggang cuma ada beberapa kakitangan yang memandang ke arahku .

Kita bicara tempat lain bang . Zatul tak selesa .

Aku bingkas bangun dari kerusi dan meninggalkan Hambali yang katanya kebetulan lalu di Kajang kemudian singgah ke tempat kerjaku bagi memastikan adakah benar aku bertugas di pusat perubatan swasta ini.

Zatul , abang dah bercerai .

Kita adalah kita

'Abang Mat mesin rosak lagi' jeritku sambil tangan membuang wayar yang NG di convenyor..

'Aduh ko neh Mar..rosak apenyer..aku baru nak lelap..panggil abang epul' sambil menggaru kepala tidak gatal abang Mat memberi arahan dari bawah meja.

'Abang epul lekaslah..banyak NG ni..target tak capai nanti..orang kena ot plak..takmo lah..' aku memprotes akan  kelewatan technician menghadirkan diri segera..

Aku berada di section 'Rm'..section paling mudah..duduk dan lihat wayar  halus melintasi atas conveyor setelah  plat di letak atasnya kemudian mesin menjalankan tugas..kemudian sorok2  main tipon..

Saat itu usiaku 20tahun. Bekerja di kilang  bukan menuntut ilmu di institusi pendidikan.

Malam minggu.

Dulu , aku terkenang. Keluar rumah saat  matahari belum terbit pulang juga tidak  melihatnya. Ada rezeki bulan menjelma.

Upah gaji asas rm300 sahaja sebulan. Tambah tolak sebulan rm400 aku terima. Syukur hanya Allah yang tahu.

Pergi dan pulang kerja bersabung nyawa kerna pemandu van MABUK. Setiap hari  selama 365hari hanya Allah tempat bergantung bagi menyara hidup.

Kekadang sahaja naik motor arwah ayah aku pinjam. Aku kongsi bayar motor rm85 sebulan bayaranku pada arwah.
Harga ansurans rm112 seingatku.

Saat itu, aku tidak pernah fikirkan masa  depan. Aku hanya fikir semuanya sudah tiada makna. Apa yang aku tahu setiap kali temuduga askar arwah ayah suruh aku hadir sejak umur 18tahun.

Umur 17tahun hari pertama saat rakan  lain meraikan di KFC mahupun McD usai SPM , aku sudah berada di dalam kilang  bekerja.

Umur 19tahun aku kembali ke sekolah untuk ambik sijil agama semata amanah arwah nak sangat aku jadi ustazah KAGAT.

Sama juga jalan ceritanya. Aku kembali  mencari nafkah di kilang hari pertama usai peperiksaan.
Keluargaku bukan orang senang maka aku faham erti kehidupan.

Balik kerja jika tak kerja lebih masa jam  lima pagi. Dalam beg letak bata besar nak  baling anjing liar selepas turun 'van tata' sementara nak sampai rumah.

Aku selalu pujuk ajak adik aku balik  jangan kerja lebih masa tapi  section tempatnya di WAJIBKAN kerja lebih masa . Maka adalah sekali  dua Ieman Zahra teman aku baling anjing. 

Tujuan aku menulis ini adalah untuk memberi semangat kepada semua .

Hidup ini andai semangat dan mahu berubah maka tiada halangan .

Kita adalah kita .
Kita yang mencorak masa hadapan.

#haidakamaruzaman
#hkccway
.
Haida Kamaruzaman

Apa TUJUAN menjual?

Pernah tak korang di katakan TAK FOCUS sebab jual banyak barang ?

Namun, yang bijak berkata kata tu boleh pulak jual banyak barang?

Jangan lawan orang macamni . SENYUM jer .

Kenapa tak boleh balas orang mempertikaikan tentang kita?

Tengok yang bagi NASIHAT tu sapa?
Adakah nasihat itu ikhlas atau ada kepentingan atas mereka?

Contoh?
Contohnya pengasas produk tak bagi jual produk lain sekiranya jual produk beliau . Soalnya adakah MARKETING untuk kita company itu lakukan kita hanya terima duit dan bagi barang?

Margin nipis . Marketing pun kita . Mahu jual Satu produk saja? permintaan banyak sangat ker ? Keperluankah? Ubat gigi pun banyak CAP .

Tujuan kita MENJUAL mahu wujudkan ALIRAN TUNAI .

Nak tanya neh .
Kedai tujuh sebelas tu tak focus erk?

Something to ponder .
( wah skipping mak noks pepagi neh )

#haidakamaruzaman
#hkccway
.
Haida Kamaruzaman

Akademi Jualan

AKADEMI JUALAN

Tatkala aku berada bersama AKJ ada beberapa persoalan yang bercambah di dalam kepala hotak aku .

Bersepah AKADEMI sekarang . Semuanya motif zahir di poster mahu membantu . Tak kiralah nak bantu meniaga mahupun mencari diri . AKADEMI berkenaan politik pong ader .

Nama AKADEMI itu sendiri besar . Memerlukan intelek /akademik person di dalamnya . Bukan sekadar letak nama . Module perlu ada .

Alhamdulillah , apabila melihat secara menyeluruh kursus yang bakal di tawarkan di AKJ aku mengukir senyum .

Bukan semata di ajar menjana duit melalui Teknik , Sistem , Strategi Offline dan Online malah ilmu pensyarikatan juga di tawarkan oleh AKJ .

Melihat tenaga penggerak di dalam AKJ dengan pengalaman berada di lapangan masing masing bukan sekadar teori atas kertas tetapi mereka menempuhnya sebagai businessman mengukuhkan yakin itu .

Latarbelakang setiap penggerak di dalam gambar ( lihat status semalam ) adalah keyakinanku 😊.

Owh takda masa nak selak?
Baik . Saya bantu tags nama individu yang berkait .

Mohon tags Yang Budiman :
Puan DSakinah Sallehehh ( Pengetua)
Puan Zalimah Ismailill
Tuan Izmin Johanann
Tuan Faiz Abd Razakakk
Tuan Muhammad Fakhrul Adenan Sharomomm ( MENTOR Street Pitching)

#haidakamaruzaman
#hkccway
#akademijualan

Haida Kamaruzaman

Saturday 9 April 2016

Jangan jadi Yahudi..

Menggunakan dinding sebagai tempat meluahkan perasaan . Mahu mendapatkan perhatian .

Fesbuk adalah laman sosial bukan DIARI .

Jauhkan fesbuk semasa marah . Itu tips yang mudah .😊

Aku bukan baik , cuba jadi baik .

#hkccway
#haidakamaruzaman
.

Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

Eh! Kata bukan DIARI . Die tu tulis DIARI seorang aku tu hape? Cakap tak serupa bikin .

Ha'ahla kan . Mueheheh..

Chak!

Wednesday 6 April 2016

Part 11 : Zatul

K , aku dah bagitahu mak aku . Minggu depan rombongan meminang datang .
Aku pun dah bagitahu mak ko . Mak ko setuju .

Sms ku buka. Read

What?
Send.

Aku sayang hang .
Read .

•••

Sms dua minggu lepas aku buka . Aku kini tunangan orang . Sudah setahun aku bekerja selepas tamat pengajian .

Di dalam tempoh pembelajaran di kolej aku harungi dengan cekal . Biarpun hatiku berdarah saat mengenal cinta .

Ikatan pertunangan di ikat setahun . Selama empat tahun perkenalan aku dengan Syams rupanya dia bijak mengambil hati ibuku . Biarpun aku tidak percaya dengan ikatan pertunangan ini namun aku tahu hukum sebagai tunangan orang . Bagaimana aku mahu maklumkan Murad bahawa aku sudah bertunang ? Biarkan sahaja?

Aku meraup wajah sendiri .

Mak sudah maklum dia tidak suka orang ada ada . Biarlah orang kampung sahaja . Sudah jelas Murad bukan calon menantunya .

Hambali pula sudah bernikah dan punya dua anak . Aku sudah ketemu isterinya . Nur nila sari.

Bagaimana menyantuni seseorang sebelum menambah rakan muka buku..

Assalam,

Cara Hkcc bagaimana  menyantuni seseorang sebelum Menambah RAKAN muka buku  terutamanya seseorang itu  adalah seseorang yang kita kagumi dan mahu menjadi rakan muka buku beliau

Saya tidak pandai menulis  tips tanpa MEMPRAKTISKANNYA. Maka dengan ini saya berikan SKRIP ayat pemula:

Cth:
Salam  Tuan XYZ.

Saya haida kamaruzaman.Kita bertemu  dimeja rundingan pejabat X pada Rabu tempoh hari.

Terperasan oleh saya Tuan like status  komen saya di wall tuan mejar X.

Terima kasih tuan kerna like berkemungkinan  suka atau setuju dengan komen 'up jadi'  saya di wall status tuan X.

Ingin saya menambah rakan Tuan sebagai  rakan Fb Saya jika tuan sudi menerimanya kerna saya yakin banyak perkara baik yang bakal saya perolehi dari status fb tuan yang  budiman lagi bijak  niaga.

Tegurlah saya andai terdapat  status fb saya yang tidak  sepatutnya melintas di  khalayak.

Hkcc spread♡together

■■■

W,salam.
Allahu, saya orang biasa sahaja, juga baru baru belajar berniaga. Andai ada posting yg bermanfaat dari saya, ambil dan guna sahaja tanpa perlu minta izin.

Jika ada posting2 yang tiada manfaat, saya mohon maaf, saya juga masih sedang belajar.

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan FB saya. Semoga saling dapat belajar dari satu sama lain.

*balasan daripada insan  yang  kita approach*

■■■

Alhamdulillah..terima  kasih  sudi membalas mesej saya  tuan yang baik.

Telah saya tekan aplikasi  tambah rakan atas nama Tuan berhubung bersama muka buku saya.

Terima kasih tuan sudi  meluangkan masa.

Salam  Hormat.
Hkcc  spread♡Together 
*aku reply kembali

■■■■

Sama sama. Saya mendoakan puan dan tim terus maju jaya. Di permudahkan segala urusan dan diberi Rahmah dan Barokah dariNYA.

*reply dari empunya  diri..paling mahal adalah DOA ..

SENJATA UTAMA adalah  DOA..

Korang pilih nak DOA atau SINDIRAN dalam  hati manusia..paling pedih  dijaja  pada  rakan..

'KO KENAL ker Minah  neh?TETIBA add friend aku..apa hal?

'Die ni sapa?tak kenal rapat pun nak add aku friend pastu tags aku? Entah  sapa sapa  entah..POYO jer'

'Tau la nak menega..Sifu/Coach  suruh Add orang 10orang  minima sehari utk orang tengok  wall..tapi takyah la add aku  kot..TAK KEMANA la menega  tu' 

■■■■

Santunilah insan  sebelum MENGETUK PINTU rumah orang..JANGAN BAJET  awak GLAMER orang kenal anda..TAMBAH  RAKAN then harap orang TERIMA sbb anda DIPERLUKAN orang..

Itu SOMBONG,TAKBUR  dan  RIAK  namanya..*maaf kasar bunyi dan  PEDIH  TELINGA bacaannya..SENTAP KOT...tetapi  itulah hakikat EGO manusia*

Akulah orangnya tuh..

Wallahu"alam 
Hkcc  spread♡Together

Monday 4 April 2016

Hidup kita, siapa kita

Ima!!Bangun!

Jam menunjukkan 4.45pagi seawal pagi sebelum subuh di kejutkan. .

Hanya sekali kejut , bingkas bangun melipat selimut dan gulung kelambu single hijau askar. Gantung di paku gulungan itu diikat tali 'rapia'. Itulah rutin hidupku sehari harian. .

Rutin seawal usia 9tahun.
Laungan nama itu dari peti suara isteri arwah ayah. Ia  adalah  ibuku  yang  ku  panggil  Mak.

Jangan lewat bangunnya , nanti kena cubit kecik diperut. Sakit!

Mengapa seawal dinihari bangkitnya aku?

Untuk berjalan sekurang kurangnya dua (2) kilometer untuk meletak kueh kacang dan apam pisang buatan mak. Sebelum keluar melakukan aktiviti tersebut aku perlu teman Najwa Kamaruzaman yang tika itu berumur tiga [ 3 ] bulan sepanjang mak siap menggoreng jualan.

Jam enam [6] pagi sewaktu azan surau depan rumah sewa kami berkumandang aku di lorong kawasan taman berjalan kaki membawa kueh kacang, apam pisang utk diletakkan di tiga [3] gerai.

Aku ingat lagi nama gerai meja tepi jalan itu. Meja cik Nab, Cik Imah dan dekat kedai pak Mat.

Itulah duit sekolah pada hari itu iaitu empat kupang.

Jam sepuluh [10] sebelum tunggu 'ferry sekolah' aku perlu kutip bekas kueh utk jualan harian.

Kekadang walaupun tak habis jualan, aku tetap akan dapat wang penuh sementara kueh aku bawa pulang.

Kadang kadang aku makan kueh tu sambil berjalan utk pulang ke rumah.  Sekiranya aku terlihat longgokkan kueh penjual lain yang masih berbaki akan ku bertanya bolehkah aku dapat sebiji untuk makan. Lazimnya akan diberi seketul dua tanpa perlu dibayar.

Aku paling suka kueh sagu.sedap!

Jam 11.30 perlu berkejar tunggu 'ferry sekolah'. Sebelum pergi sekolah kena sapu rumah.

Maka sapulah aku. Menyapu di bawah bumbung hadapan rumah sambil melihat dihujung jalan. Kawan kawan lain sedang menggamit aku tanda ferry dah tiba supaya aku lekas berlari agar tidak di tinggal trak sekolah .

Namun, aku tidak pernah ditinggalkan biarpun lambat tiba kerana pakcik Rashid 'escort' dan pakcik Mat 'driver' tahu aku kena buat kerja rumah dahulu.

Pernah truck 3tan itu berhenti terus dihadapan rumah lorong perpaduan 22, taman perpaduan itu kerna aku lewat lagi hari seterusnya!

Mak aku kena tegur dengan pakcik Laili , 'escort' yang gantikan pakcik Rashid. kebetulan pakcik Laili kawan arwah ayah.

'Kamu rehan, tengokkan si Jepun ni. Kesian tengok dia.time pergi sekolah bior die pegi. Oranng lain takda masa nunggu die je'

Masa tu jugak aku kena cubit kecik kat perut kerna di dakwa mengadu. Padahal aku hanya diam membisu. Balik sekolah kena tambah punishment lagi.

Allah!

Terlalu banyak.
Tidak terbilang.
Jumlah keciknya hati ini.
Hitung airmata ini.
Namun, tidak pernah aku berdendam.
Jika ditanya resepi kejayaan aku.
Jawapannya hadam dan telan.

Acuan yang aku terima menjadikan siapa aku hari ini. .

Alhamdulillah, buat mak sudah ku hadiahkan pekej umrah 2014 dan materil lain utk beliau berasa senang dan tidak kikir utk memberi. berbanding dahulu hidup 'berpekin'..

Wallahu'alam

#hkcc  #hkccspreadlovetogether

Part 10 : Zatul

Mar tak cantik pun bang , tak seksi , tak pandai bersosial . Senang cerita kita tak sekufu pun . Kenapa abang selesa luangkan masa dengan Mar ?

Aku bertanya Murad . Aku malas buang masa tanpa tahu apa sebenarnya tujuan dia mengambil berat urusan hidup aku . Aku mengadu senggugut pun dah beriya ajak pergi klinik. Senggugut jer kot .

Murad diam . Kemudian dia memulas stereng setelah lampu isyarat hijau di simpang tiga Hotel Prescott.

Dia menghantarku pulang seperti di janji selepas majlis tahlil di rumahnya . Saat itu juga Hambali datang bersama dua anak kecil yang comel . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Di khabarkan keduanya adalah anak Hambali .

Mar tanya abang , kenapa diam ?

Kita Nikah . Ringkas permintaannya .

Sudah sampai di hadapan rumah sewaku . Beliau menarik handbreak . Parking di hadapan pagar rumah melintang .

Kawin ? Abang jangan main main . Mar tanya soalan tadi sebab taknak abang salah sangka dengan hubungan kita . Abang ajak kawin pulak . Menangis aweks kat luar sana kalu tau abang ajak Mar nikah .

Aku ketawa kecil . Cuba membuatkan suasana tidak terlalu stress . Padahal hati aku rasa bagai tertikam dengan ajakkan kawin itu .

Abang serius . Kita nikah . Bawa abang jumpa family Mar . Murad mengalihkan tubuhnya mengadap aku . Meletakkan tangan kanannya di stereng dan kirinya di belakang kepala tempat dudukku.

Aku buka pintu dan terus keluar .

Abang , Mar janji tak tanya dah soalan macam tu . Lupakan soalan tadi ya . Then , Mar masih boleh jumpa Umi. Deal ?

Aku menundukkan sedikit badan menjenguk ke dalam kereta satria hitam itu sebelum menutup pintu .

Aku masuk ke dalam rumah . Setelah aku menutup pintu rumah . Aku menyelak langsir tingkap . Kereta satria itu baru meninggalkan rumah .

Itu perkara biasa setiap kali Murad menghantarku pulang .

Tiba tiba ajak nikah ? Huish seram! Panjang lagi masa aku mahu bekerja . Kahwin pula dengan Murad ? Kerjayanya menakutkan aku erti setia . Ramai wanita setahu aku menghimpitnya . Aku belum sedia .

Adakah kehadiran Hambali di rumah ummi tadi memberi rasa cemburunya?

Part 9 : Zatul

Kenapa kau datang bila kapal kau dah karam?
Cukup kemudi satu kapal , bila karam kau hadap sendiri . Jangan cuba rampas kapal orang .

Tapi itu kapal aku . Aku tinggal sekejap ja kau dah ambil kemudi .

Kapal baik siapa suruh tinggal sekejap ? Lanun pun suka . Inikan aku orang yang setia pada negara . Aku ambil , aku jaga . Maka kau takda hak atas dia .

Perbualan dengan nada santai yang aku tidak faham pada mulanya antara Hambali dan Murad .

Perbualan itu berlaku di taman rumah Murad . Aku berada di dalam belakang dapur memetik cabai kecik di dalam pasu .

Ummi kata Murad yang tanam . Sejuk tangan Murad .

Aku mula memahami perbualan mereka tentang apa apabila soal di France di ungkit .

Bukan salah aku . Salah kau bro. Kau yang tak bawa balik Amanah aku pada dia . Maka , jangan salahkan aku bila aku mahu ambil dia semula . Berbeza dia dan Nila .

Kau suami , bentuklah dia . Jangan mahu tinggalkan dia .

Aku tidak tahu mengapa aku rasa gembira mendengar suara Hambali mengatakan begitu .

Kedua duanya pasti kecewa . Kalian yang membuat aku rasa bagai barang yang boleh di hand over apabila perlu .

Let's play dude!

Saturday 2 April 2016

Guna lah..

Tidurlah..

Sabtu sudah meninggalkan kita ,  berdoalah agar kita ke temu sabtu yang akan datang .

Hidup ini pendek , bajaklah kita di bumi untuk semaian hakiki . Matlamatnya Akhirat .

Telan dan kemam nafsu yang menggila .
Amarah , cemburu itu manusia .
Namun , manusia punya Aqal .
Gunalah 😊
.
#hkccway
#haidakamaruzaman

Ini kisah pakcik aku

Kisah hutang kertas A4 pada pengedar kertas Cina .

Ini kisah pakcik aku dan sahabatnya . Semasa aku belum menamatkan pengajian sehingga sudah bernikah aku rapat bersama pakcik . Sehingga kini .

Pakcik belum bertemu jodoh sehingga kini . Maka beliau rapat dengan anak anak saudaranya . Aku yang paling rapat .

Aku melihat kesungguhan beliau dan sahabatnya bekerja .

Azan sudah . InsyaAllah nanti aku sambung bila masa mengizinkan .

#hkccway
#akademijualan

Part 8 : Zatul

Kenapa abang tak amanah ? Abang am bukan kirim keychain untuk Mar kan?

Aku bertanya pada Murad lewat petang semasa dia masih beruniform pulang kerja terus ke rumah sewaku . Aku kata aku sakit perut . Senggugut .

Menyarungkan jaket di luar . Satu perkara tentang Murad yang aku suka adalah sikap ambil beratnya . Baran apabila aku melawan . Namun , cakap sahaja aku sakit pasti dia tiba . Andai dia tiada di sungai besi kerana kerja luar . Akan tiba dua orang di hantar bagi melihat keadaanku.

Pernah terjadi , dia taliponku sejak dari pagi tetapi aku silent mode phone . Petang aku dapat lawatan dua orang wanita . Katanya kawan Murad.

Zatul , diorang neh cari ko kat rumah tadi. Aku bawak datang kolej.

Kata Nina rakan serumah yang membawa dua orang wanita jumpa aku.

Aku baru mahu memanjat tangga mahu ke surau.

Puan zatul sihatkah?

Huih aku Puan pulak. Bujang lagi saya ni kak. Nape yer?

Owh , Tuan minta kami tengokkan puan. Kata tuan adiknya sakit.

Adik? Aku tanya diri aku sendiri dalam hati. Aku adik die yer. Bijak.

Ha'ah sakit , baru keluar hospital . Ni nak masuk balik la ni. Takpa nanti saya call abang saya . Dia memang cepat risau .

Kalau begitu takpalah puan , kami balik dulu . Kebetulan rumah kami dekat sini jer  jadi tuan minta tolong kami tengokkan puan .

Aku menyalami dua wanita berseluar jeans dan berkemeja itu. Sorang kemas berambut pendek . Sorang lagi bertudung bawal.

●●●○○●

Abang , jawab soalan Mar boleh?

Keychain tu bukan dari Am tapi dari Abang . Barang yang Am kirim abang masih simpan . Ada sebab abang simpan Mar.

Kenapa tak amanah? Itu soalannya . Itu sahaja . Mar mahu jawapan.

Kerana abang nak tengok Mar berjaya habiskan belajar . Abang taknak Mar kecewa dan gagal . Repeat paper takpa Mar , repeat Semester sakit Mar .

Kirimkan barang sahaja bukan ? Apa kena mengena dengan kecewa ? Aku cuba memancing jawapan  sedangkan aku sudah tahu apa barang yang sepatutnya aku terima .

Kelihatan ada keluhan berat dari Murad.

Mar ,
Timing is everything . The things you are praying for will show up when you are most ready for them .

Just sabar ok ?

Murad masih enggan menjawab pertanyaanku.

Hamba Allah atau KHADAM dunia

Salam semut...

"Salam buat semua HAMBA ALLAH. .bukan Khadam DUNIA. ."

Kalian semua insan yang disayang Allah dan Rasul. .
Manusia yang selalu lupa. .
Namun sentiasa cepat tersedar dari Alpa..
Kuntumkan senyum pada semua. .
Insyaallah itu resepi mudah mencapai bahagia. .
Berkata-kata yang baik sahaja. .
Insyaallah ia berbalik pada kita. .
Ayuh hirup HKcc/Ccfm sebelum meneruskan ibadah kerja:)

Kita insan luar biasa hebat MINDAnya...
Mantap Jasmaninya..
Tenang Rohaninya..
mengapa memilih utk merosakkannya?
Merosakkan bagaimana?
Dengan reaksi tidak setara. ..

Wallahu'alam. .

Hkcc spread♡Together

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang