Wednesday 27 January 2016

Hidup ini bukan tentang kita sahaja

Jelas sekiranya aku mahu melingkupkan produk ini serta memberi gambaran buruk setelah berhenti di kiraan 526 kehamilan adalah BOLEH SANGAT
Ada yang mesej aku nyatakan
'Jangan bos , aku tahu keupayaan ko'
Aku malas tanya ko sebab aku tahu ko mesti senyum jer. Walaupun aku banyak benda nak tanya. Hehe
Ini bukan produk aku pun. Namun, hidup ini bukan tentang kita sahaja.
Di lihat ramai yang masih bergantung hidup atas jualan #kopisusu ini.
Kenal potensi diri , hidup ini banyak perkara yang mampu kita terokai.
Harga produk andai mahu LELONG pun boleh. Apa barang setakat CABUT HARGA? 
Maka , teruskan menerokai potensi diri dan menyebarkan manfaat 
InsyaAllah , whatsapp +60135881194 sekiranya Tuan Puan terfikir mahu membantu saudara, sahabat , te

Saturday 23 January 2016

DHUHA dan SUNAT SUBUH

Kenapa perlu solat bhgn 9
30minit ustaz Don.
TV ALHIJRAH
'Barang siapa solat dua rakaat sebelum subuh dapat dunia dan isinya'
Saat mendengar huraian tentang hadith inu melalui rancangan yang di nyatakan , aku terus teringat status fesbuk . Ramai dan kebanyakkan sahabat mewawarkan Dhuha untuk KAYA ( Seluruhnya dari kesihatan sampailah harta benda)

Namun ,
Jarang aku melihat WALL Fesbuk status di muat naik SEBELUM SUBUH mengajak solat sunat sebelum subuh dan solat subuh yang WAJIB itu.
Mengapa?
Jawapan yang MUNGKIN diberikan adalah kerana pagi sibuk dengan urusan rumahtangga dan persediaan ke pejabat.
Belek fesbuk ni waktu lapang jer. Waktu rehat kat pejabat.
Benarkah?
Aku membuat kajian tentang waktu sahabat fesbukku update status adalah jam 10.30 pagi dan keatas. Paling ramai online adalah hari isnin malam dan ahad malam.
Ya aku mengkaji. Aku bukan semata 10x sehari update fesbuk sejak 5(lima) tahun lalu.
Andai tidak kelihatan aku update status di fesbuk bermakna ia ada sesuatu yang tidak dapat di elakkan seperti masalah kesihatan , keluarga atau teknikal fesbuk/ talian internet yang tidak mengizinkan.
Aku bukan baik cuma cuba jadi baik.
Wallahu'alam

Friday 22 January 2016

Konsep IKAN

Mahu berjaya dalam sesuatu.

Fahami konsep
'Pegang KEPALA dapat MAKAN semua'

( Buka aqal cerna dan cakna😊)

Satu lagi ,

CAKAP bila PERLU barulah tak banyak MERAPU 😊. EMOSI jaga . AQAL guna.

Hidup jangan OVER CONFIDENT

Orang muda kekadang terlalu bersemangat mahu menunjuk hebat sehingga lupa rasa hormat 😊

Mereka lupa bahawa mereka berurusan sesama manusia 😊

-unknown-

😊 aku senyum jer. Macam pernah dengar tapi di mana ya😊

Mengapa sertai Team Blogger Area?

Puan sertai TBA?
● Puan tak perlu pun sertai kumpulan ini.
● Puan sudah mampu lakukan marketing sendiri.
● Puan saya mahu minta pandangan Puan , perlukah saya terus berada dalam TBA? Saya sudah ada jawapan cuma saya mahu pendapat puan.
● Kak , aku dah lama tahu pasal TBA ni tapi aku tak selesa dengan cara bla bla bla . Ko boleh masuk plak . Ko memang kental kak.
● Saya tak nampak mengapa akak perlu join TBA
● Aku berblog sejak 2009 kak ,tak tergerak hati lansung nak join kak.
Ini antara maklumbalas apabila pemerhati melihat dan mengkaji mengapa aku menggunakan #TBACENTRAL #TBANEXT dan baru baru ini #TBACREW.
● Awak betul betul komited ni haida. Sehingga menjadi CREW . Saya tidak sabar melihat apa hasilnya.
Jawapan bagi setiap maklumbalas tersebut di rangkumkan dalam satu pernyataan ini.
' Apabila mahu membentuk bekerjasama,  Melepaskan EGO dan berlagak pandai WAJIB di bunuh. Saling menghormati adalah jambatan menuju MATLAMAT'
InsyaAllah setiap dari kita saling memerlukan.
Hormat bukan di pinta tetapi di beri. Manusia punya AQAL menilai. Emosi mendalam.
Wallahu'alam.
#haidakamaruzaman #HKCC

ANAK anugerah TERINDAH (2)

Mengapa tidak teruskan MENJUAL kopicino tu sebagai JUALAN kopi KURUS?

●Perempuan ni pantang tengok produk KURUS. Pasti beli punya!

Aku senyum sahaja. Malas banyak bicara. Jarang ada yang boleh nampak MISI dan VISI aku 20 tahun ke hadapan.

Orang mahu nampak HARINI punya kerja SEMALAM dapat imbuhan dan melihat KEJAYAAN😊.

Kami berhenti mengira 526 kehamilan tercatat bersama HKCC juga ada sebabnya😊.

Andai ada di kalangan pemerhati fesbuk yang melihat status ini mempunyai sahabat , saudara atau Tuan Puan yang budiman dan di sayangi Rasul mahu mencuba belian kopicino whatsapp +60135881194 . InsyaAllah kami bantu seadanya.

Istiqamah dalam mengamalkan sesuatu yang baik. InsyaAllah kesannya berterusan. Jangan STRESS dalam kehidupan. Lalui dengan berlapang dada.

Allah beri apa kita PERLU bukan apa kita MAHU

ANAK anugerah TERINDAH

Terhenti kiraan 526 kehamilan bersama HKCC.

Di dalam kiraan 526 ini aku perlu menyemak kembali database pelanggan untuk merealisasikan impian ini.

Mengapa HKCC bersyarikat selepas tahun ke tiga salah satunya adalah kerna mahu merealisasikan impian ini.

InsyaAllah , buat ibu dan bapa BABY HKCC boleh hubungi HKCC melalui +60135881194 sekiranya membaca imbasan impian ini.
( menepati syarat di imbasan sahaja)

Wallahu'alam

Thursday 21 January 2016

Nikmat hidup

Pesan mak Shasha

PERCUMA kongsi BLOG

NadeaRamly dot com
https://www.facebook.com/kakjojes/

Alhamdulillah, Kak Jojes menawarkan kerjasama untuk pihak #HKCC menggunakan platform page ini untuk berkongsi pautan blog.

Maka dengan ini , insyaAllah bagi sahabat fesbuk yang mempunyai pautan blog serta berminat untuk di letakkan pautan hubungi saya.

Jelas tawaran ini untuk blogger yang BARU . InsyaAllah, kita bersama menggunakan platform ini untuk berkongsi karya.

NILAI TAMBAH jelas terpampang untuk Tuan Puan yang mahu menyebarkan manfaat produk.

InsyaAllah manfaat sepenuhnya apabila kita berbaik sesama insan tanpa mengira siapa kita.

Manusia tidak hebat kerana nama , hormatilah sesama kita. Bercakaplah dalam bahasa yang mana kita sendiri mahu mendengarnya dari manusia lain.
😊

Tak mati dek keji. Tak hidup dek puji😊

Pstt: Tiada bayaran di kenakan😊

Wednesday 20 January 2016

Janam tui!

Janam tui!

Anak jiran depan rumah aku tegur pagi ni.

Shahrul namanya. Memula adik ni bagitahu namanya aku pandang suamiku. Hehhe.

Lepasan Spm Tuan Muda ini. Berbudi bahasa.

Tuan Muda ini panggil aku akak. Well.

Tuan muda tegur apa?

Kak, tengok Dilwale yer. Best lagu janam janam tu.

Tegur beliau melalui kaki siar menuju ke lift.

Aku di dapur sedang masukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

Aku on lagu janam janam janam tu melalui talipon pintar.

( mak aku siap share lagu ni kat grup family)

Mujur aku bertudung apabila keluar ke bahagian balkoni dapur pagi ini.

Hehe. Ha'ah best . Sharul dah tengok ker?
Aku berbasi tanya.

Belum kak . Nanti saya dowload jer.

Owh , nak tengok wayang tak? Nanti akak belanja.

Aku bertanya. Tembok memisahkan bicara kami.

Namun, masih boleh bertentang mata bicara kerana  batu bata itu  setakat hidung. Bahagian atas di pasang pagar besi .

Boleh juga. Katanya.

Nanti akak tanya abang. Kita pergi sekali tau. Aku memberi kata putus.

Ok kak! Jawabnya.

Aduai..kantoi aku dengar janam janam janam.

Kofkof

Tuesday 19 January 2016

Shasha jatuh cinta

Lunaknya suara kawan tuan Meran.

Shasha tunggu lamaran Tuan Meran

Lihatlah siapa yang memberi suamimu

Shasha seorang yang Tenang

Mak Shasha marah meroyan

Shasha ikut pesan Toknek

Jangan biarkan kata kata negatif pengaruhi minda

Shasha nak buat duit

Shasha mahu mendaftar di Akademi Tentera.

Eh Akademi Jualan

Shasha hadapi kegagalan

Shasha anggap kegagalan adalah mimpi buruk

Bodoh lama tak habis datang bodoh baru

Shasha dan kebodohN

Shasha sayang suami

Shasha takut seksa neraka

Shasha insaf

Shasha takut akan dosa lalu

Shasha mahu berubah

Janji taknak meroyan lagi

Shasha Belajar meniaga sebenar

Shasha mahu jadi jurujual

Shasha tanya Apa salahnya Confident?

Shasha owh Shasha

Aku pernah GEMUK

Niat KURUS utk apa?

Jika..
■utk memudahkan pilihan menyarung kain  baju menjolok mata..LUPAKAN saja! 
Neng nak ja pakai seksi.Eh!

■Utk di puji ajnabi CANTIKnya dia!..MENIKAH  saja!

■Utk menayang body..aku dah KURUS la!..tayang je JEMARI tangan  anda!

Betulkan NIAT yang baik2 sahaja bukan  BONGKAK nak  MENUNJUK BANGGA! 

Ingat..ALLAH itu ADA..

Nak KURUS mudah..nak MAINTAIN berat  badan yang SUSAH..anda  setujukah?
■■■■■
Ramai rakan muka buku mahu melihat GAMBAR DULU..maka aku naikkan  kembali AKU YANG DULU BUKANLAH YANG  SEKARANG..
DULU ku -------- sekarang Ku ------- 

Motibasi untuk tidak KEMBALI kepada jolokan bini Shrek oleh sahabat Sahabat bermula 2010 sehingga 2012..

Aku dan Tugas isteri Tentera.


Masak untuk jodoh adalah WAJIB bukan Sunat muakad.
Ini adalah KPI yang aku tetapkan sejak aku mengambil keputusan berada di sisi jodoh pada december 25, 2010.
Sekiranya aku terlalu penat pulang dari mengurut pada 2011 , aku gagahkan diri masak seawalnya . Sampai waktu makan panaskan sahaja.
Aku masak atas api. Tiada periuk karen mahupun ape saja yang di cucuk plug kecuali peti es.
Apa sahaja aku tumbuk sampai lumat dengan lesung batu. Ada ketuhar bakar kek mahupun bakar ayam aku hadiahkan kat sahabat yang suka memasak.
Andai di koleksikan resepi ringkas masakkanku boleh buat album. Malangnya aku tak rajin selfie makanan.
Andai aku upload gambar masakan aku maknanya talipon pintarku berdekatan.
Contohnya gambar ni. Hehe.chak!
Ini nasi putih . Udang masak masam manis . Tauhu goreng dengan Kucai.
Nampak botol tulis lime tu? Ini ceritera hikayat seribu satu malam andai nak huraikan.
Kita lazimnya makan, air limau suam atau teh o ais limau di pesan.
Kekadang bancuh sedap kekadang gula terlebih. Takpun masam kiok!
Bancuh teh o ais limau? Spoil bila rasa kelat tea potong sedap limau.
Tujuan kita minum air limau mahu elakkan muak makanan juga sebagai penuetral hadam makanan. Itu akulah. Korang aku tak pasti.
Aku tak pernah mimpi nak minum limau nipis dalam botol.
Masa pertemuan bersama ‪#‎SINDIKETTBACENTRAL‬ aku terminum air limau nipis ni.
Tetiba rasa perghhhh! Boleh sumbat macam macam makanan neh. Air ni bertindak macam ENO.
Alah ENO yang berbuih macam panadol soluble tuh bila tambah air. Iklan talibisen ada.
( Aku nampak ENO terus nampak ambulan masuk perut )
Penyelamat sebu perut neh , aku mintak tolong jodoh berurusan dengan Tuan Muda Jang Zint .
Beliau saudagar Air Limau neh.
In future pemilik ladang limau seluruh dunia . *Ini Doa. Tak tipu punya

Tipu!Minum air limau mana boleh kurus!


BAB : AKU , FESBUK dan KEAZAMAN
Mengapa aku setuju dengan tulisan di kotak minuman Limau Nipis pada post Tuan Muda Jang Zint semalam?
(Boleh semak kembali status)
Minum air limau nipis boleh kurus?
Air botol plak tu. Mesti bergulakan?
Sebut BAB kurus gemuk neh aku dah lali.
Aku pernah GEMUK tahap di gambar.
Tulis 75kg rasanya kilo sebenar 80 gram pun tak mampu tampung kiraan. Tahap timbang kati punya rendah diri.
Sobsob..
Maka sesiapa yang beli dan minum air limau kat Tuan Muda ni . Pujuklah diri.
Tak kurus takpa , asalkan boleh sumbat makan lagi. Eh!
Serius weih! Minuman limau nipis neh buatkan perut tak rasa KETAT penuh makanan. Walaupun makan nasik berulamkan air limau neh.
Nyamannn jer.
Kekadang kita muak, rasa mual lepas makan akibat sumbat macan perut stoking krismas ( bajet santa claus la plak kan).
Minum air ni sehinggit sebotol. Belilah banyak sikit buat stok 24hari . Itupun kalu sempat menemui hari ke 24 botol botol itu.
Aku nampak nanti 12 hari dah reload . Andai sorang minum ler kan.
Orang kata Tuan muda ni hensem macam Fahrin Ahmad punya jiran.
Eh!
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang