Sunday 14 February 2016

Mudahnya bangun pagi..

Macamana mudahnya ko mangkit pagi?

Jawapan:
Anggap ja mangkit pegi jamban. KEPERLUAN. takkan hang nak kencing tilam😊.

Dah mangkit tu pepandai la bahagi masa nak buat apa. 😊

Buleh hadam kot maksud aku neh😊

Chak!

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Saturday 13 February 2016

Mengapa pilih menjadi JURUJUAL? Jawapan ini pasti mengejutkan anda..

HKCC :
Cik Puan Laila Hamzah maaf saya bertanya . Cik Puan lulusan Diploma Pengurusan Pejabat . Mengapa memilih menjadi JURUJUAL?

Pekerjaan ini setahu saya , tidak di angkat sebagai salah satu Cita cita dalam senarai setiap mereka yang berpelajaran😊

Jawapan:
Benar puan.

Puan boleh baca coreta di status fesbuk saya.

HKCC:
Baiklah😊

Maka HKCC membaca status yang di maksudkan oleh Cik Puan ini.

●●●○

Nota Penjual jalanan.

Hakikatnya tugas kami tidak seperti pekerja bank, pekerja badan kerajaan mahupun berkanun, jauh sekali GUARD BANK !

Kami adalah USAHAWAN.
Bermula di JALANAN .
Bercita cita berakhir di sebuah WISMA nama kami sendiri.

Bukan mudah menjadi kami. Namun, kami masih tersenyum😊

MUNGKIN..

Melalui pandangan orang lain , terdetik suara hati mahupun terluah kata bahawa

' Takde kerjelah tu , sebab tu menjual tepi jalan '

' kacau orang sana sini '

Namun, tahukah hakikat bahawa pendapatan kami setaraf pengamal perubatan , Peguam dan Pengurus Bank?

Terima kasih atas hinaan itu . Ia adalah pemangkin semangat untuk kami mencari rezeki yang halal😊

Tahukah Tuan Puan bahawa Dato' Aliff , Dato' Vida dan Pengasas Ramli Burger kejayaan mereka hari ini adalah kerana mereka mengasingkan perkara negatif dalam hidup?

Mereka tidak memandang rendah pada orang lain. Malah mereka sangat merendah diri.

InsyAllah , rezeki tidak pernah salah alamat. Itu yang selalu kami pegang😊.

Man jadda wa jadda😊

Sekian.
I LOVE MY JOB.

JUICE!

Pstt: Hutang PTPTN dan MARA dah bayar ker?

Kalau belum meh la jumpa saya. Kita sembang CARA settlekan HUTANG belajar😊

#businessminded
#adeazhartrading
#adstar
#mnklegacy
#haidakamaruzaman
#hkcc
#kisahkutaksempurna
#AKADEMIJUALAN
#NzlDistributor
#KamiSado

Cadangan bacaan : Apabia Dia Menyapa, Jodohkah Namanya

Buku ini mengupas persoalan jodoh dari sudut spiritual, psikologi dan sosial.


Terdapat 33 isu hot tentang jodoh
RM 15.00/RM17.00 SS.
+ kos penghantaran rm6 sahaja

Buat pemerhati dan sahabat.
Sekiranya berminat dengan bahan bacaan ini boleh whatsapp +60135881194 untuk di berikan no akaun bagi tujuan pembayaran.


Menambah pengetahuan dalam kehidupan.
Kekadang kita lupa sesuatu yang di palam di aqal tatkala emosi menguasai diri.

Yang Benar
Haida Kamaruzaman

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Gelombang tanpa antena

Aku sedar kekurangan diri . Maka aku penuhkan hari hari menyintai dan berbakti pada si dia kiriman Allah Taala.

Misi aku adalah semaian akhirat sana. Biar terpuruk rasa. Aku telan sahaja.

Dosa si dia , si dia tanggung. Dosa aku si dia tanggung. Sekiranya sayang akan si dia mahu melangkah bersama ke syurga janji Allah Taala , maka berpesan pesanlah kita sesama pasangan.

Pagi jumaat ini , aku minta kebenaran si dia.

Abang , bolehkah ayat ini ayang paparkan di fesbuk?

Please sayang. Itu jawapannya.

Aku tersenyum sendiri. InsyaAllah , menjadi baik untuk isteri yang membaca coretan ini.

Gelombang  tanpa Antena

Abg sayang ayang?
Lontaran hati si isteri bisu merenung tingkah sang suami.

Abg sayang ayang?
Gema hati berbunyi lagi.
Tegarkah aku bertanya keramat cinta itu?

Abg sayang ayang?
Banyak mana?
Sampai hujung nyawa atau ada tempoh masa?
Sayang dan Cinta itu bersyaratkah ia?

Tiba-tiba seolah meloncat suara itu dari hati!

'Ayang sayang abg?'
'Abg sayang ayang sampai bila bila. Jangan tanya sampai bila'

Tersenyum si isteri.
Gelombang perasaan mengalir tanpa antena. .
Dia faham sebelum ku tanya.
Itulah manisnya alam berumahtangga.

●●●○
Berpesan pesanlah biar satu ayat:

Berbeza andai wanita hanya pelepas nafsu serakah semata.
Mendamba kasih lelaki yang bukan hak.
Menggoncang rumahtangga sah aqadnya.
Jangan jadi wanita tiada harga diri😊

Wallahu'alam

Yang Benar
Haida Kamaruzamann
Diari seorang Aku
Kuala Lumpur

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Aku dan Nenek

Ramai  yang  mengata  aku . Aku  senyum  buat  tak  tahu 😊. Dulu  si  haida  tidak  begitu . Nampak  dungu dan diam.  Sekarang dia sudah tunjuk belang . ( wei  aku  manusia  la  bukan  harimau  kumbang ) .

Dia bukan macam bodoh bodoh ker dulu ? Masa 2010 tak  silap aku . Dia  jual  kekabu pastu  mengurut .

Itu  dulu. Upin  Ipin  pun  belum  popular lagi. Boboiboy  pun  tak  lahir  lagi.

Aku sengaja  mencipta  watak  bodoh  bodoh  itu untuk  kurangkan  bersembang  benda  tak  perlu😊. Orang  siam  kata  personality aku 'Reserved'  .

Aku mulakan HKCC 3 tahun lepas takdak  yang  tahu motif aku bergaul  dengan  pelbagai  peringkat . Memang  aku  cipta  sikap rileks dan jangan  menonjol . Buat  duit  dediam  sudah .

Aku  ada  seketul  lori pinjam  bank tetiap  bulan  bayar . Seketul  ker  sebuah  lori? Owh  sebuah  penjodoh  bilangangannya. Almaklumlah  aku cipta  bodoh  itu😊 .

Selamani aku  jual  kopi ja . Alhamdulillah  rezeki  kurniaan Allah  Taala .

Tiada  siapa  yang  tahu  aku  pernah  menjadi  guru  persendirian bermula jam 8malam hingga  9malam 😊 . Siang  aku  sumbat  kekabu  takpun mengurut wanita yang  memerlukan  khidmatku😊

Ada kisah  antara  aku dan NENEK  50tahun  yang  aku  simpan  sejak  lama  dulu.

Bagaimana aku tukang  urut , jual  kekabu  juga  sekarang  penjual  kopisusu  seorang wanita  bergelar  boleh  percayakan  aku  untuk  komersialkan  MAGIC  POTION 😊.

Haida Kamaruzaman

Friday 12 February 2016

Perkongsian : Adakah Rasulluah SAW tidak boleh menjadi kaya seperti Nabi Sulaiman?

Aku membaca di sebuah grup whatsapp perkongsian ini.
InsyaAllah , ia memberi manfaat pada pembaca.
Saidina Hassan al-Basri menceritakan sebelum rumah Nabi Muhammad SAW akan dirobohkan utk proses perluasan Masjid Nabawi, beliau dan para sahabat masuk ke rumah Rasulullah SAW buat kali terakhir.
Rumah Rasulullah itu apabila seseorang didalamnya menghulurkan tangan ke atas pasti akan tersentuh bumbung rumah baginda.
Menangislah Saidina Hassan al-Basri seraya berkata
"andai rumah itu tidak dihancurkan dan dibiarkan begitu supaya umat Nabi Muhammad tahu baginda hidup dalam keadaan begitu".
Adakah Rasulullah SAW tidak boleh menjadi kaya seperti Nabi Sulaiman?
Rasulullah bersabda
"Allah swt menawarkan kepadaku untuk dijadikan padang pasir Makkah emas tetapi aku menolak. Aku mahu hidup satu hari kenyang, satu hari lapar. Apabila satu hari kenyang aku akan bersyukur, apabila satu hari lapar aku akan sabar dan memohon kpd Allah swt".
Baginda tolak supaya membiasakan umatnya rasa redha dgn apa keadaan yg Allah tentukan dan menunjukkan bagaimana fitnah dunia itu menjadi cabaran terbesar bg umat Nabi Muhammad SAW.
Di dalam satu hadis Rasulullah berkata kepada para sahabat ansar "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yg aku khawatirkan ke atasmu tetapi aku khawatir kalau kalau kekayaan dunia ini dihamparkan ke atasmu dan membinasakan kamu sebagaimana ia membinasakan umat2 sebelum kamu".
Dengan jaminan Rasulullah tersebut jadi kewajipan kita utk tidak takut miskin. Bukan maksud hanya boleh hidup dlm keadaan miskin tapi jangan takut miskin sehingga menganggu keimanan kpd Allah.
Menganggu bagaimana?
"kalau tidak berduit bagaimana nak bagi makan anak bini"
"hendak makan apa kalau tiada duit"

Ukurannya bukan pd kemiskinan atau kekayaan tapi sikap ketika menghadapi cabaran dlm keadaan kaya atau miskin itu yg akan mengancam seseorang.
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Wallahu'alam.

#kisahkutaksempurna #hkcc #haidakamaruzaman

Thursday 11 February 2016

Anak kecil tidak bersalah

Ada kisah di sebalik kemaskini status TASKA bermula subuh tadi.

Mak dan adikku pernah bekerja di sebuah TASKA . Gaji rm300. Aku pernah sekali sahaja membantu selama sejam di Taska tersebut semasa pulang cuti semester. Pelbagai drama yang aku lihat dalam sejam itu.
Jawapan jika di tanya kenapa sejam sahaja berada di TASKA itu? Jawapannya hatiku tisu.

Dapatkan Tuan Puan bayangkan betapa penatnya Mak dan adikku menjaga lebih 20orang anak anak bermula usia 30 hari sehingga 4 tahun bermula jam 6.30pagi sehingga 5.45petang? Semata mencari rezeki halal RM 300 di TASKA tersebut selepas sebulan arwah ayah pergi meninggalkan kami.
Malam mak dan adik kerja kilang sarung tangan.
( Sebak neh)
*Ok tipu. Bukan sebak ja. Aku teriak dah.*

Waktu ini aku hampir berhenti belajar . Namun aku perlu teruskan demi masa hadapan. Aku tidak mahu di lihat sebagai perempuan bodoh dan mudah di permainkan.

Kembali kepada isu bayaran TASKA. Asbab itu aku katakan NYAWA anak bukan untuk di TAWAR TAWAR. Apabila Tuan Puan tawar menawar bermakna UPAH untuk Buruh memberi kesan pada pentadbiran.

Letakkan diri Tuan Puan sebagai manusia . Anak kita sorang menangis sudah runsing.
Bayangkan 6 orang bayi menangis serentak. Mahukan susu untuk di suap.
Pekerja sudah penat. Anak kecil tidak bersalah.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Soalan lazim kepada pengusaha TASKA

Soalan lazim kepada pengusaha TASKA
1. Tak boleh kurang lagi ker?
2. Per hour berapa?
Sudah di beri harga. Rundingan harga berlaku lagi.
3. Tak boleh kurang lagi ker?

Jawapan professional :
Harga adalah berpatutan dengan kadar yang di tetapkan oleh pengusaha lain. InsyAllah kami berikan jagaan yang baik.

Jawapan untuk bagi minda cakna:
Boleh kurang harga puan. Tiada masalah. Permintaan Puan kami akan tunaikan. Namun, puan perlu menerima syarat ini.
1. Kurang jam.
2. kurang jagaan

Setimpal dengan bayaran puan. Maaf sekiranya ia menyinggung perasaan Puan . Namun , kami perlu menampung pelbagai kos pentadbiran TASKA selain Tenaga buruh.

●●●○○

Tahukah mengapa CINA boleh berniaga?
Kerana mereka mempunyai PERSATUAN yang melindungi Hak peniaga. Harga di selaraskan. Maka semua peniaga dari pelbagai sektor tidak di pandang lekeh.

Just saying. Please Thinking.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

KBAT tu apa?

KBAT tu aper ?
Jawapan:
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

●●○●

Profession Guru adalah antara golongan yang mempunyai kemahiran ini. Seawal Tadika Permata pendidik di sini sentiasa menyebut KBAT. Alhamdulillah.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Berbaloikah nyawa anak anda?

Berbaloikah Nyawa anak berusia 30 hari bermula harga JAGAAN rm200 sehinga rm300 sebulan?

Tuntutan kita sebagai ibu bapa:
1. Mahu jagaan sempurna
Ini yang Pertama dan terutama. Apabila perkara yang satu ini lengkap maka tiada point lain mampu menggantikannya. Waktu hantar seawal jam 6.30pagi sehingga 6.30 petang. Atau Jam 7pagi sehingga 5.30 petang.

Kita ibu bapa keluar bekerja kerna tuntutan hidup perlu bekerja untuk kelansungan hidup. Alhamdulillah.

Soalnya:
Kita ibu bapa selalunya SEBELUM meletakkan syarat:
1. Mahukan Jagaan sempurna
Kita terlebih dahulu meletakkan REQUIREMENT. Lakukan perbandingan HARGA di setiap TASKA.
2. Berapa lama sudah TASKA beroperasi?
3. Berapa ramai anak asuhan di situ?

Berbeza TASKA dan TADIKA.
TADIKA tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Francais banyak tawarkan. Kita ibu bapa boleh DEMAND . TASKA pula ada di kawasan setempat tapi kita sebolehnya mahu FAMILY yang jaga zuriat kita kerna faktor TIDAK PERCAYA pada orang luar.

Benar.

Namun , TASKA ini keperluan buat ibu bapa yang berdikari. Tidak mahu ibu dan ayah bersusah payah menjaga cucu. Mahu TASKA yang BERLESEN. Apabila kita meletakkan satu syarat yang TINGGI . Mengapakah kita tidak sanggup membayar dengan harga yang di tetapkan?

Pstt:
HARGA JAGAAN anak mungkin kita boleh RUNDING. Katakan kita dapat harga yang kita mahu. Kita senyum lebar. Berbeza kita berjual beli barang dagangan. Kita bagi duit kita ambil barang.

TASKA?
Kita bagi duit dan kita tak AMBIL BARANG tetapi kita SERAH NYAWA. Saya tahu , ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA adalah ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Menjawat jawatan yang di hormati.
Maka , mungkin boleh berfikir KBAT.
Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Murah murah sudah lah..

HKCC akan menulis pandangan peribadi melalui pemerhatian/ rungutan orang tentang NYAWA seorang anak seusia 30 hari di TASKA.

Kita mahu bekerja atas tuntutan hidup yang memerlukan suami isteri bekerja bagi mengukuhkan ekonomi atau ia adalah kerja yang di anggap fardhu kifayah. Tugas kita sangat mulia dan penting pada jabatan tersebut untuk seluruh sejagat. Alhamdulillah.

Soalannya:
Tuan Puan mahu senang hati meninggalkan anak yang di nanti 9 bulan 10 hari kemudian berpantang 30 hari sebelum kembali bekerja. Mahu meninggalkan NYAWA pada seseorang yang bukan ahli keluarga Tuan Puan. ( yang family mahu menjaga Alhamdulillah).

Mahu jagaan yang sempurna dan anak kita di beri tumpuan. TASKA tersebut apabila ambil ramai penghuni kita akan merungut ramainya. Risau anak kita tak terjaga. Pekerja TASKA pula seorang sahaja.
Bagaimana Pengusaha TASKA mahu memberikan yang terbaik sekiranya BAYARAN taska belum pun di beri sebut harga sudah kita demand.

' Murah murah sudahlah'

Lebih baik pengusaha taska TUTUP taska dan lakukan khidmat asuhan TANPA LESEN di premis sendiri.

Psst:
Ini soal JUAL BELI NYAWA bukan jual beli produk kecantikan. Ini NYAWA anak. Zuriat. Fikir fikirkan dengan AQAL penulisan ini. Bukan EMOSI .

Wallahu'alam.

#hkcc #haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna

TASKA atau TADIKA?

Mengusahakan TASKA dan TADIKA berbeza. Nak nego harga untuk nyawa anak usia sebulan dengan nego harga beri pendidikan pada umur 4 tahun keatas berbeza.

Beginilah. Andai mahu nego harga asuhan nyawa anak kita di sebuah pusat asuhan tiada masalah. Namun, perlu ingat. Kita meninggalkan anak yang usianya baru sebulan dua pada tempat yang tuan puan nego tadi. Berbeza dengan orang yang tinggalkan pada orang perseorangan. Kos Buruh bayar hanya pada Kos tenaga mengasuh. Apabila kita mengambil keputusan untuk memilih TASKA maka kos buruh bukan seorang makcik atau akak.

Tapi..pengusaha perlu menanggung
1. Kos sewa TASKA tersebut.
2. Gaji pekerja biasa
3. Kos training pekerja
4. Kos gaji Diploma/Degree

Kita mahu yang terbaik untuk anak anak tapi kita tawar menawar harga nyawa.
Maaf ia mungkin menyinggung banyak pihak. Namun , marilah buka minda. Alasan meninggalkan anak atas tuntutan kerja. Kita meninggalkan nyawa anak kepada individu yang perlu membelai anak kita.😊

Bukankah mereka juga BERBISNES? yakni bekerja sama seperti kita?Saya menulis kerna tiada Kompromi untuk nyawa anak.
Pstt:
Jangan membuatkan orang yang mahu mengambil alih tugas menjaga anak kita terasa menyampah dengan kita. Anak itu tidak bersalah😊

Wallahu'alam

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang