Monday 13 June 2016

Part 7 : Syidah

Rational . Ayuh kita temukan dua perempuan itu! Cadangku pada syidah .

Saya tak kuat kak. Jawab syidah.

Sekarang dua orang perempuan tu tak tau lelaki yang diorang duk hantar pornografi itu melayan sesiapa ajer yang sanggup memberi .

Biar ketahuan dua orang ajnabi itu . You seorang isteri . Jangan emosi. Tangani dengan rasional.

Kita tahu dua orang perempuan ini sahaja. Jangan salahkan mereka. Andai Imran tak melayan tak jadi.

Kita perempuan ,mereka perempuan. Bezanya kita ada AGAMA mereka berdua itu hanyut dalam asmara. Sorang tak insaf lagi hubungan sulit dengan laki orang . Fesbuk muat naik perkara agama. Shame on her! Paling memalukan bertudung .

Yang sorang lagi pun sama . Kedua duanya ada fesbuk. Mahu dedahkan nama fesbuk mereka?

Jangan! Ingat. Allah jaga Aib kita. Maka kita jaga Aib mereka. Jangan sama taraf dengan mereka . Jadilah wanita yang matang .

Syida mengangguk bagai di pukau oleh kata kataku.

Sekarang , kita biarkan mereka tahu bahawa lelaki yang di puja itu bukan curang dengan isterinya sahaja untuk bersama mereka . Namun , curangnya pada betina lain juga!

Sebagai isteri , ia bukan mudah . Namun , Allah Uji tandanya DIA sayang.

Allah Allah Allah , mampukah aku ?
Memberi nasihat A , namun rumahtangga sendiri bagaimana?

PSTT : Maruah itu adalah MAHKOTA ISTERI bukan sahaja wanita . Jagalah Mahkota isteri . Taatlah suami.

Jangan berhubung dengan pasangan 'memipit' sekiranya sudah INSAF . takda istilah kawan . Nak pulak pernah berselingkuh.

Wallahu'alam

Part 6 : Syidah

Jangan risau ,dia tak tahu tentang kita .

Itu bait tulisan di Whatsapp . Ayat itu masih berbaris di hadapan mata aku. Balas imran pada perempuan bersuami itu.

Allah . Aku meraup muka.

Dunia akhir zaman. Jangan merungut mengapa Allah Murka .

Isteri tak tahu tentang kalian . Namun ingatlah , Allah itu Maha MELIHAT . DIA Maha BERKUASA .

Jangan hairan juga andai perbelanjaan tidak pernah cukup biarpun pendapatan tinggi .

Allah menarik berkat itu . Suami itu ketua rumahtangga.

Mengapa aku yang tidak setia . Mengapa .. bait lagu Wings nyanyian Awie secara automatik memetik suis mindaku.

Aku menangis. Andai aku adalah Syidah bagaimana? Aku pandai memberi nasihat .

Jangan aibkan wanita itu. Kita cari suaminya.
Itu perempuan pertama .

Jangan aibkan wanita itu . Dia bukan warganegara . Namun dia islam. Janda anak dua juga .

Hebat! Apa yang kurang dalam rumahtangga?

Kata Syidah. Dia meletakan terlalu banyak percaya .

Di rumah di suami . Di luar mampukah kita menjaganya? Hanya berharap pada ALLAH setiap kali melepaskan suami keluar bekerja mahupun pintanya keluar atas sesuatu urusan tanpa isteri di sisi.

Namun , ke mana arah tuju suami?

Allah Allah Allah . Ketat dadaku ini.
Terganggu urusan kerjaku . Aku yang bermuhasabah diri.

😭

Part 5 : Syidah

Gambar half naked wanita itu masih tersimpan. Ada perbualan terbaru antara suaminya dengan wanita bersuami itu. Anaknya dua menurut syidah .

Tahu takut sehingga risau ketahuan umum gambar bogel itu . Masa bodoh hantar gambar bogel itu pada laki aku tak pikir!

I will make her crazy one day! Bukan seorang rupanya dia melayan . Dua orang .

Dia lupa kak , talipon dia tu previously talipon i . Talipon S3 dia rosak . Dia nak fix but i said never mind guna phone i .

Then , i take his phone to fix it on Thursday sebab teringat pertanyaan you kak.

Then all revealed! Allah nak tunjuk. Bayangkan andai phone Im hantar kedai sebelum ni?

I dah maafkan pasal Perempuan pertama . Itu kisah lama . Perempuan tu dah kahwin sebelum ni janda masa kenal Imran . Mungkin gersang masa tu . But now ? What's next akak?

Syidah mengongoi di pelukkan ku.

Kita cari suami perempuan tu . Ada fesbuk tak? Pasti ada setidaknya sekeping dua gambar dia dan suami .

Syidah terus klik nama perempuan tersebut dan terpacul wajah perempuan itu .

Guess what? Muka suami perempuan tu iras Imran!

Bertaubatlah kita dari berbuat dosa yang nyata . Takutlah mati . Mati itu menyeksakan .

Yes , your bisnes is you own . But ko telah mengheret orang lain ke dalam dosa ko neh.
Aku monolog sendiri.

Geram pulak haku. Namun , aku perlu kelihatan tenang . Membawa kebaikkan pada satu penyelesaian rumahtangga yang kelihatan bahagia di mata umum .

Syidah , Did you still love im? Aku bertanya soalan bangang.

I don't think so kak. He's betrayed me twice!

Allah Allah Allah
Aku istiqfar.

Part 4 : Syidah

Jam 1 pagi aku teringatkan syidah.
Apa khabar emosinya?
Maka aku mencapai talipon dan melihat Whatsapp.

Owh ,syidah online. Its means dia sedang memegang talipon.

Tanpa berlengah aku menyusun ayat . Hayun sahaja asal bunyi dan di fahami .

Assalam Dear,
I'm sorry texting you middle nite . I saw you still online .
Are you ok. Its nonsense question but i have too dear . I can't closed my eyes . Worried about you .

Send via Whatsapp.

Syidah typing.. just few second pop up mesej.
I did what you advise kak.
Thanks lot . Its work.
I notice everything , i just act like don't.

Read. Aku mengeluh kecil.

Aku pula membalas memberi kata semangat.

Dear , we known it..
Flirting while in a relationship is highly disrespecful and while it may seem harmless , it can be very hurtful that to the person that loves you .

Don't  rush things , they will happen when they are supposed to . Let things fall into place

Forget the past , Remember the lesson .

Be so busy loving your life that you have no time for hate ,regret or fear.

Believe in yourself and there will come a day when Imran's  will have no choice but to believe with you.

Send.

Part 3 : Syidah

Jangan Aibkan wanita itu . Allah tutup Aib kita . Maka kita tutup Aib orang lain .

Gambar bogel dan separuh bogel wanita itu di majukan dan di simpan oleh syidah di dalam taliponnya. Screenshoot whatsapp wanita itu juga di simpan.

Syidah mahu viralkan mesej dan gambar bogel wanita itu .

Aku menghalang . Itu bukan penyelesaian . Itu perasaan marah . Fikirkan natijahnya!

Bitch!

Berulang kali ayat itu menguasai ruang perbualan kami . Aku tidak menghalang. Luahkan apa sahaja andai itu yang menenangkanmu tika ini . Jangan ketahuan umum .

Mummy dah tahu? Aku bertanya .

Yup! She' the one after you kak i'm telling .

Her reactions? Aku melihat ke dalam anak mata syidah.

Mummy akan sampai tengari ni.

You story details? Aku bertanya lagi.

Nope. I'm just telling her that i need her . Her son's make me sick kak.

Ok looked , be calmed and please uruskan sendiri . Ini urusan rumahtangga sayang . Selagi kita boleh sorok . Kita sorok . Ini perkara dalam kain .

I'm here now. The outsider . After what we discuss you consider done and Imran still didn't notice that you now what he did . Well done!

So, i believe that we can settle it sofly ok ?
You still love Im kan?

Syidah mengangguk.

Then , we settle with rasional act. Be a women not a cheap women. You are his wife. Kekurangan dalam rumahtangga adalah tanggungjawab bersama. Apabila berkahwin kita jadi SATU .

Syidah menggangguk lagi .

Bengkak matanya . Imran tidak perlu tahu aku tahu akan hal ini. Ia bakal menjatuhkan air muka lelaki itu .

Aku beri kredit atas ketabahan Syidah tidur sekatil sepanjang malam bersama seorang lelaki yang bergelar suami telah meremukkan hati seorang isteri .

Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Namun dosa itu terpalit sama .

Bertaubatlah andai anda yang membaca ini lakukan perkara yang sama .

Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah.

Aku bukan baik , cuba jadi baik.

Rumahtangga aku sendiri entah bagaimana. Hanya doa di panjatkan pada yang Esa. Jauhkan dari setan ifrit durjana.

Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Sunday 12 June 2016

Bukan kerna nama

'Aku menulis bukan kerna nama. .'
(Bait puitis Papa Rock Tuan Ramli Sarip pagi  ini spontan meluncur laju keluar dari peti  suara  terzahir melalui kumat kamit bibirku.)

Aku baru menghantar pandangan kepergian si dia ke tempat kerja..

'Kerja lillahitaala ya sayang..insyaallah rezeki  Halal abang bawa pulang untuk  keluarga'

Pandanganku hilang selepas selekoh ladang sawit 100meter di hadapan rumah kakak  saudara suamiku di banting.

Nyaman dan tenang suasana persekitaran perumahan disini..ku dengar cicip burung sama seperti di Balok Perdana!Aku  senyum  sendiri mengambil udara pagi seketika di  pangkin garaj parkir..

Banting seperti ada kenangan antara aku dan dia..kenangan pesanan ringkas kecewanya seorang pejuang negara pemula kerjayanya memerlukan sokongan seorang wanita kekononnya bernama  Haida Kamaruzaman tetapi tidak  diendahkan oleh  wanita itu kerna ego..

'Aku kat Banting rumah kakak sedara aku sekarang. Esok aku harap dapat jumpa hang kat Klia.'

Hagham aku tak balas pesanan ringkas  tersebut..aku baca kemudian padam.
Sony Ericsson 'flip' kelabu kecik besar tapak  tangan semasa itu aku gunakan.

Saat ini,kenangan semalam menerjah fikiran. Ego menghalang untuk hadirnya aku ke KLIA bagi menghantarnya terbang melintasi laut china selatan. Beliau pertama kali di tempatkan tugasnya selepas tamat latihan adalah negeri di bawah bayu,Sabah.

Aku tersenyum sendiri..

■■■

Demi sebuah kertas banyak perasaan aku tinggalkan. .
Aku adalah aku. .
Sebolehnya aku menyorok dari kehidupan...
Walaupun buku lama ditukar. .
Mengharapkan ia sejernih semasa dibuka. .
Namun aku tahu, banyaknya alpa. .

Wallahu'alam. .

Thursday 9 June 2016

Ayang, ayang jangan macam ni..

Abang ada 5k?
Itu soalan pertamaku tanya..di corong talipon sesaat selepas keluar bilik pemeriksaan doktor..

Aku ingat lagi..
Tiada riak takut yang aku tahu esok aku  mahu segera dibedah..keizinan suami belum  ku pinta tapi aku yakin beliau redho.

Takda cash yang..ayang nak buat apa?
Tanya kembali oleh suamiku..

Hurmm..takpa bang ayang ada emas kita pajak! Yakin sungguh aku memberi cadangan tanpa menjawab soalan si dia..

Emas ini adalah Emas Public Gold yang mana aku berjinak jinak menjadi penyimpan bermula tahun 2009 sewaktu berkhidmat di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka negara..

Yerlah yang..tapi nak buat apa 5k tu?
Suamiku kembali bertanya..

Aku dengan tegas memberi penjelasan..Tiada sebak ketika itu..

Umpama..'sungguh keras hatimu Roy..'
[scene gila gila remaja]

"Ayang ada baby dalam perut tapi tak boleh besar tersekat tumbesaran di tiub follopio kanan sbb ayang ada ketumbuhan maka doctor sajes makan ubat untuk biar jatuh  sendiri tapi ambik masa or undergo surgery. Kos 5k.Esok bedah buang. Abang  belayarkah? Jika belayar takpa..ayang akan  fikirkan segera how to make it done tomorrow "

Paused seketika perbualan kami suami  isteri  saat itu..masing  masing masih ditalian tapi  sunyi..

Keputusan sendiri dibuat..suami pun aku tak tanya buleh ker tidak main belah belah ni..punya selfish!

'Ayang..jangan macamni..balik dulu kita  bincang..abang balik sekarang..atau ayang  nak  abang ambik ayang di setiawan?Ayang  boleh drive tak ni?

Allah..Allah..Allah..

Saat suamiku bertanya begitu.. aku tahu dia tahu aku lemah..juraian  airmata terhambur walauku cuba menyekanya..

'Ayang boleh drive..abang tunggu ja di rumah'..aku mengawal suara agar tidak  terdengar pilunya  jiwaku saat  itu..

Aku  memandu pulang ke  rumah..hanya  istiqfar peneman saat  itu walaupun  cd ku  pasang lagu tokyo  drift..

Bersambung..

Ayang kenapa?

Embrace the rain . I'll teach you something you'll remember forever .

Aku tersenyum seketika . Ayat itu pernah aku dengar dari mulut seorang sahabat . Marah yang tidak dapat di bendung . Kini , luka itu di jahit kemas seorang lelaki bernama suami .
Kecewa menyintai lelaki yang salah dahulunya terubat . Bertahun peristiwa itu berlalu , namun masih terasa baru .

Semalam yang hilang , tidak kembali di masa akan datang . Bunyi hujan semalam masih menyimpan data . Lebat seketika kemudian renyai menimpa bumi .

Segar lepas hujan . Itu subuh semalam . Langit pagi ini di hiasi satu bintang .

Azan sudah berkumandang dari surau kejiranan. Jarak hanya 50meter . Lompat sahaja pagar sekiranya mampu .

Sayang , mahu ayang pasang 'ampoulate' di uniformkah?

Aku bersuara pada si dia saat mataku tertacap pada uniform putih no 3 tergantung di pemegang pintu almari .

Keadaan kesihatan si dia sejak minggu lepas kurang baik . Batuknya menjadi jadi waktu malam .

Akanku sapu MRS di belakang badan , leher dan dadanya sambil berselawat . Apabila di tanya mengapa di leher juga mahu aku yang menyantuninya . Boleh sapu sendiri .

Ayang pandai jampi .

Melawak pulak die . Aku selawat terang dan jelas kedengaran .

Abang , andai ayang pandai jampi . Seluruh dunia ayang nak jampi tiada sengketa terutamanya mengunci nafsu , mulut dan tindakan menyebabkan deritanya jiwa .

Saat aku berkata demikian , daun aku di loh mahfuz di timpa oleh daun yang gugur . Berdesing telinga . Kerap desingan itu sejak kebelakangan ini . Sehari kadangkala 4 ,5 kali.

Cepat cepat istiqfar menguasai suasana.

Ayang kenapa ? Si dia bertanya tatkala melihat aku istiqfar . Ku renung mata redupnya dalam kesamaran lampu tidur .

Daun ayang bergegar lagi . Nyataku perlahan . Membisik ke telinganya .

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Wednesday 8 June 2016

Part 2 : Syidah

You must always be willing to listen , for how can you expect to understand anyone else , if all you hear is your own voice .

The keys to happiness are in your hands dear .

Merangkak dan terhegeh hegeh aku menyusun ayat di atas .

Betul atau salah nahu sorofnya aku tinggalkan di belakang.

Satu satu ayat melayu ke omputih aku translate pada Syidah saat aku memeluknya semalam . Korang boleh bayang subtitle citer talibisen.

Aku gagal dalam bicara selalunya. Tanganku lebih pantas dari lidah .

Bersama syidah aku perlu dwi bahasa . 60% adalah omputih celop .

Pagi ini selepas subuh , aku hubungi beliau . Alhamdulillah , beliau ada di corong talipon.

Dear , Did you do what we discuss?

Yup! But i'm still shivering . I'm weak .

Selawat , closed your eyes , breath .

Terdengar hela nafasnya .

Sebelum pulang , aku nasihatkan beliau supaya berbincang dengan tenang .
Jangan meroyan . Lakukan reversed psikologi.

Ini perkahwinan . Institusi yang suci. Perkara yang berlaku pada perkahwinannya adalah ujian keteguhan .

Bukan semua mampu rasional saat di uji . Ia pedih dan aku pasti ia merobek hati .

Jaga Allah , Allah jaga kita .
Jangan tinggalkan HAK Allah . DIA tak pernah tinggalkan kita .
Jangan tanya Im bagaimana dan mengapa . Kita pasti tidak mahu mendengar jawapannya . Tiada alasan yang baik atas perkara nafsu begini .

Esok , lepas Azli keluar bekerja i will come beside you sayang. But after 9 . I must meet someone before 9 .

Sepanjang perjalanan sehingga pagi ini . Jiwa aku kosong . Minda aku sarat .

Allah. Aku mengeluh kecil . Ini bukan kisah drama . Ini realiti kehidupan.

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Hari ini rupanya

Ya Allah..harini rupanya..

Aku terdiam seketika..fikiranku kembali  tarikh harini bulan yang sama tahun berbeza..

2012..
Kisahnya bermula apabila 4 [empat] bulan darah haid aku tidak berkunjung..

Allah..aku perlukan kekuatan saat ini..tika  ini pada  tarikh ini..sahabatku  Puan Haliza Jalil , Puan Nur Kartini Jamari , Puan Amalina Ahmad sentiasa disisi..

Hanya suamiku dan mertua insan yang  aku maklumkan sehingga selesai  pembedahan barulah kisah sebenar di  maklumkan pada ketiga sahabat di atas. ..hatta keluargaku  sendiri tidak  dimaklumi..

Bagaimana jika mati?
Sudah ku pesan pada suami bayarkan  hutang serta minta maaf atas kesalahanku sesama manusia..

Apa yang berlaku?
InsyaAllah..nantiku cerita..

Haida Kamaruzaman

#kopiberanak
#hamilbersamahkcc
#babyhkcc

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang