Saturday 5 March 2016

Dia tetap MAK.

Aku tidak pernah mendedahkan perihal hidupku bersama Mertua.

Hari ini aku terpanggil berkongsi bagaimana aku menyantuni mertuaku.

●●○○


Biarpun siapa dia. Dia tetap MAK.
Biarpun pelbagai kata yang aku tahu tidak enak di dengar. Aku tidak pernah ambil Hati.

Aku tahu kurangnya Aku.

Tapi mak di hadapanku melayanku baik sekali.

Mengapa kita perlu melepaskan moment indah semata emosi menguasai diri?

Terima kasih kita seorang Isteri kepada Mertua kerna melahirkan si dia hadiah buat kita apabila tiba masanya.

Kita juga sebagai ibu pasti tiba masanya menerima menantu.

Jagalah hati mertua. Berikan apa yang di pinta selagi terdaya.

Percaya atau tidak. Aku tidak pernah MENYOGOK ibu mertuaku dengan DUIT.

Cuma aku tidak pernah lupa mengingatkan si dia menghulurkan seberapa yang ada biarpun potongan ehsan setiap bulan sudah di laksana buat ibunya.

Mak seorang ja bang. Biarlah mak nak berjalan. Dia sunyi di rumah keseorangan.

Ayang mungkin senasib seperti mak suatu hari nanti.

Itu hakikat😊

Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang