Saturday 17 September 2016

Suami mohon nikah lagi

Mesej masuk ku tekan . Antara berderet mesej yang belum di lihat, aku mengetik pada satu nama .

Terpapar mesej.
salam puan..rasa ter over pulak meluah
maaf ya puan..

Memang saya sedang beremosi sekarang puan. kadang kala sesak nafas dibuatnya. kebergantungan saya pada Allah sekarang sangat sangat tinggi. Saya harap apa uiian yg saya terima ada ganjaran sebaiknya dari DIA.saya harap Allah tak alihkan hati saya untuk terus redha dengan segala dugaannya.

Sejak tahun lepas saya diuji dengan suami. suami mohon nikah lagi dengan bekas teman wanita masa sekolah dulu.
Entah macam mana mereka dapat hubungi semula sehinggakan saya rasa benar benar kehilangan. Saya cuba kumpul kekuatan tetapi gagal...

Hasrat dan niat itu tidak terlaksana kerana saya memang tentang habis habisan untuk bermadu..saya letak banyak syarat sekiranya dia mahu juga teruskan niat tersebut.

sejak dapat tahu saya memang menyampah sangat sangat pada suami sendiri, sehinggakan saya sendiri mengalami kecederaan pada awal tahun ni.

Sejak peristiwa tu, suami sedikit berubah kerana terasa bersalah kerana kecuaian dia juga saya mengalami kecederaan...tapi kepercayaan saya pada dia terus hilang 100%..
saya tekad untuk berpisah tetapi anak anak menghalang untuk berbuat demikian..

memujuk saya untuk kembali seperti biasa hidup bersama suami demi anak anak..jadi saya teruskan walau dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Allah itu Maha segalanya puan..DIA uji kami dengan anak anak...pelbagai ujian..saya cuba positifkan diri sebaik mungkin..mungkin ujian ini untuk eratkan kembali hubungan kami yang kian renggang

Sebab tu saya antara follower puan yang suka baca apa yang puan post kan dalam fesbuk puan terutama kisah kehidupan apatah lagi rumahtangga..pelan2 saya cuba menerima hakikat bahawa suami itu hanya pinjaman..anak anak adalah amanah...jadi skrg saya cuma bertahan untuk anak anak...

sebenarnya dah lama saya nak luah pada puan tapi saya segan sehinggalah malam ni baru berani nak buka cerita sebab saya dah hampir hilang kekuatan...

Dan kerana itu juga saya cuba berani untuk berniaga kerana saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya pada lelaki bernama suami..tetapi semangat tu hilang kerana saya diuji diuji diuji sampai satu saat saya fikir :

Apa dosa saya sehingga saya terus diuji..? sebab tu saya banyak mendiamkan diri sekarang  puan..post dlm fesbuk pun biasa biasa ja.hanya sekadar utk suka suka...mana pergi matlamat saya sebenarnya pun tak taulah ..saya lost..!

Maaf tau puan haida..meluah pada puan..tak sepatutnya saya jadikan puan tmpt bercerita..tetapi ntahlah..terasa mahu berkongsi sahaja..bukan niat utk memohon cara penyelesaian..insyaAllah saya masih kuat puan cuma perlu masa utk semua ni...terima kasih puan haidaπŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Aku tidak tahu bagaimana dan apakah ayat yang sesuai untuk menenangkan jiwa wanita tabah ini .

Aku membalas secara spontan.

'Ambil masa untuk ruang diri puan. Diri kita selagi masih bernama isteri . Koyaknya iman suami itu adalah kita tempat kita menampalnya.

Allah .. hanya Allah berhak memberi ganjaran syurga buat Puan.

Saya mengerti puan. Usia rumahtangga puan lebih matang berbanding saya.

Saya perlu banyak belajar dari puan. Saya hanya mampu menjadi pendengar .
InsyaAllah , segalanya ada kebaikkan selepas kesulitan

Jawapan yang ku beri dengan harapan dapat menenangkan sedikit relau di jiwanya.

Amin amin..InsyaAllah Puan Haida.doakan saya puan agar terus bertahan..usia rumahtangga sahaja matang puan, tetapi kadangkala sebagai wanita, kita hampir jadi seperti keanak anakan bila diuji dengan pelbagai ujian...hanya iman sahaja yang mampu menjadi penyelamat..

Terima kasih banyak banyak Puan Haida. Sebenarnya puan lah sumber inspirasi wanita wanita di luar sana. Kematangan kita bukan diukur berapa lama usia perkahwinan mahupun usia kita, tetapi cara kita untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. teruskan menulis ya puan..saya sentiasa menyokong sepenuhnya usaha puanπŸ’πŸ’

Allah..
InsyaAllah ada rezeki kita bertemu.
Balasku.

InsyaAllah,.. itu juga impian saya..mahu bertemu dengan puan.

Tatkala membaca impiannya bertemu a

ku . Terasa malu. Hanya Allah yang tahu.

Aku kagum dengan kemampuan Puan ini berusaha menulis dengan ayat penuh setiap patah kata.

Ternyata , Puan ini mengetahui bagaimana menarik perhatianku membaca .

Allah..



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang