Tuesday 4 October 2016

Tips untuk peniaga Online

Tips dan perkongsian untuk rujukan Tuan Puan yang menjalankan perniagaan Online terutamanya Newbie

■ Baru bergiat di  dalam perniagaan  online.

Berkemungkinan terdapat perasaan kecewa apabila status yang di paparkan di fesbuk kita tidak mendapat perhatian  rakan lain melalui LIKE / SHARE.

● Antara kemungkinannya adalah :

1. Sebelum ini kita tidak pernah pos status  berkenaan produk. Tiba tiba muncul  status BERJUALAN.

Fesbuk kita sebenarnya diperhatikan cuma orang SEGAN nak LIKE 😊.

Psikologi manusia biasanya sekali tengok, JARANG sekali orang terus beli  kecuali KEPERLUAN yang MENDESAK.

Nasihat saya, teruskan update status asbab post pada  peringkat permulaan adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual. Sebaiknya , Jangan target mahu menjual terus  tetapi  kongsi tentang manfaat product.  Duit akan datang  selepas wujud keyakinan dan  kepercayaan orang  terhadap kita.

Jangan berhenti berkongsi tentang kebaikkan product jualan kita. Seandainya kita post 2x, 3x sahaja kemudian tiada lagi perkongsian tentang product. Sukar mahu mendapatkan kepercayaan prospek kepada kita akan  NILAI BAIK barangan  tersebut.

Maka untuk permulaan ini, kemaskini status sekerap mungkin, setengah jam sekali setiap setiap hari tanpa henti😊

Perkara ini adalah untuk mencipta stigma pada pandangan pembaca fesbuk kita. Rakan fesbuk nampak sahaja tapisan berita melintas  di  fesbuk  mereka akan status kita , maka kita ni sudah  melekap  di  minda mereka  bahawa kita adalah seorang pengedar produk ataupun peniaga.😊

Lakukan secara konsisten yakni istiqamah. InsyaAllah , setiap usaha yang baik ALLAH  ganjarinya😊

Saya bukanJUTAWAN ONLINE namun  izinNya , Rezeki yang saya  perolehi  bermula 2012 sehingga kini adalah  kepercayaan daripada  pembeli  hanya  melalui FESBUK.

Wallahu'alam .



#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

1 comments:

  1. tq info yg brguna, saya bru thun ini mmulakan prniagaan, saya bnyk pos dkat instag, tpi customer saya rmai dri fb. Tpi biasalah permulaan, seminggu saya hnya dpt 1 or 2 sales jer, untung pun tk bnyk. Saya akan pos dkat intag 1 jam skali, tpi fb saya buat 4 kali shari. Tk sgka fb mmainkan pranan yg pnting. terima kasih untk info yg dberi,,, tq, tq,

    ReplyDelete

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang