Wednesday 5 October 2016

Abang keutamaan ayang..

Jam 10.45malam sedang aku di dalam bilik solat bersebelahan bilik utama. Terdengar suara si dia memberi salam.

Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.

Pintu bilik di kuakkan.

Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.

Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.

Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.

Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .

Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.

Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.

Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.

Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..

Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.

Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.

Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.

Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.

Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.

Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?

Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.

Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.

Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.

Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang