Friday, 16 September 2016

Tak boleh jual produk lain!

Kena jual produk ni sahaja. Tak boleh jual produk lain. FOCUS!

Acik tersenyum sendiri.

Yang di arah jangan jual produk lain itu kepada Dropship juga kepada Agent bermodal kecik.

Tidak salah memberi arahan begitu. Namun, mohon bertanya beberapa soalan sebelum taksub mengikut kerana terpengaruh akan kejayaan pengasas mahupun stokis bermodal besar .

1. Adakah no talipon saya di letakkan di website  pengeluar produk?

2. Adakah marketing untuk memperkenalkan saya sebagai Dropship produk di lakukan oleh leader atau stokis saya bernaung?

3. Adakah produk ini hari hari orang beli?

Ketahuilah , kami dropship atau agent bermodal kecil ini memerlukan duit poket bagi SARA HIDUP .

Bukan tugas menaikkan jenama produk pengeluar yang belum mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat ataupun target market 😊.

Di beri didikan tentang produk?
Di beri support grup?
Bla bla bla

Sebab tu kena focus pada jenama produk ini sahaja untuk BERJAYA. FOCUS. Tak boleh Tamak.

Sebagai contoh .
Tudung , telekung , kain pasang , ubat gigi , bla bla bla.

Syarikat tersebut bagi GAJI TETAP kah yang mengikat JURUJUAL?

Sekiranya tidak, mengapa mengongkong jurujual bermodal kecil atau tiada modal ini?

Boleh usulkan pada penama lain. Namun, bukan pihak HKCC😊.

Sekian terima kasih.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang