Monday 4 April 2016

Part 9 : Zatul

Kenapa kau datang bila kapal kau dah karam?
Cukup kemudi satu kapal , bila karam kau hadap sendiri . Jangan cuba rampas kapal orang .

Tapi itu kapal aku . Aku tinggal sekejap ja kau dah ambil kemudi .

Kapal baik siapa suruh tinggal sekejap ? Lanun pun suka . Inikan aku orang yang setia pada negara . Aku ambil , aku jaga . Maka kau takda hak atas dia .

Perbualan dengan nada santai yang aku tidak faham pada mulanya antara Hambali dan Murad .

Perbualan itu berlaku di taman rumah Murad . Aku berada di dalam belakang dapur memetik cabai kecik di dalam pasu .

Ummi kata Murad yang tanam . Sejuk tangan Murad .

Aku mula memahami perbualan mereka tentang apa apabila soal di France di ungkit .

Bukan salah aku . Salah kau bro. Kau yang tak bawa balik Amanah aku pada dia . Maka , jangan salahkan aku bila aku mahu ambil dia semula . Berbeza dia dan Nila .

Kau suami , bentuklah dia . Jangan mahu tinggalkan dia .

Aku tidak tahu mengapa aku rasa gembira mendengar suara Hambali mengatakan begitu .

Kedua duanya pasti kecewa . Kalian yang membuat aku rasa bagai barang yang boleh di hand over apabila perlu .

Let's play dude!

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang