Wednesday 6 April 2016

Bagaimana menyantuni seseorang sebelum menambah rakan muka buku..

Assalam,

Cara Hkcc bagaimana  menyantuni seseorang sebelum Menambah RAKAN muka buku  terutamanya seseorang itu  adalah seseorang yang kita kagumi dan mahu menjadi rakan muka buku beliau

Saya tidak pandai menulis  tips tanpa MEMPRAKTISKANNYA. Maka dengan ini saya berikan SKRIP ayat pemula:

Cth:
Salam  Tuan XYZ.

Saya haida kamaruzaman.Kita bertemu  dimeja rundingan pejabat X pada Rabu tempoh hari.

Terperasan oleh saya Tuan like status  komen saya di wall tuan mejar X.

Terima kasih tuan kerna like berkemungkinan  suka atau setuju dengan komen 'up jadi'  saya di wall status tuan X.

Ingin saya menambah rakan Tuan sebagai  rakan Fb Saya jika tuan sudi menerimanya kerna saya yakin banyak perkara baik yang bakal saya perolehi dari status fb tuan yang  budiman lagi bijak  niaga.

Tegurlah saya andai terdapat  status fb saya yang tidak  sepatutnya melintas di  khalayak.

Hkcc spread♡together

■■■

W,salam.
Allahu, saya orang biasa sahaja, juga baru baru belajar berniaga. Andai ada posting yg bermanfaat dari saya, ambil dan guna sahaja tanpa perlu minta izin.

Jika ada posting2 yang tiada manfaat, saya mohon maaf, saya juga masih sedang belajar.

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan FB saya. Semoga saling dapat belajar dari satu sama lain.

*balasan daripada insan  yang  kita approach*

■■■

Alhamdulillah..terima  kasih  sudi membalas mesej saya  tuan yang baik.

Telah saya tekan aplikasi  tambah rakan atas nama Tuan berhubung bersama muka buku saya.

Terima kasih tuan sudi  meluangkan masa.

Salam  Hormat.
Hkcc  spread♡Together 
*aku reply kembali

■■■■

Sama sama. Saya mendoakan puan dan tim terus maju jaya. Di permudahkan segala urusan dan diberi Rahmah dan Barokah dariNYA.

*reply dari empunya  diri..paling mahal adalah DOA ..

SENJATA UTAMA adalah  DOA..

Korang pilih nak DOA atau SINDIRAN dalam  hati manusia..paling pedih  dijaja  pada  rakan..

'KO KENAL ker Minah  neh?TETIBA add friend aku..apa hal?

'Die ni sapa?tak kenal rapat pun nak add aku friend pastu tags aku? Entah  sapa sapa  entah..POYO jer'

'Tau la nak menega..Sifu/Coach  suruh Add orang 10orang  minima sehari utk orang tengok  wall..tapi takyah la add aku  kot..TAK KEMANA la menega  tu' 

■■■■

Santunilah insan  sebelum MENGETUK PINTU rumah orang..JANGAN BAJET  awak GLAMER orang kenal anda..TAMBAH  RAKAN then harap orang TERIMA sbb anda DIPERLUKAN orang..

Itu SOMBONG,TAKBUR  dan  RIAK  namanya..*maaf kasar bunyi dan  PEDIH  TELINGA bacaannya..SENTAP KOT...tetapi  itulah hakikat EGO manusia*

Akulah orangnya tuh..

Wallahu"alam 
Hkcc  spread♡Together

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang