Monday 4 April 2016

Hidup kita, siapa kita

Ima!!Bangun!

Jam menunjukkan 4.45pagi seawal pagi sebelum subuh di kejutkan. .

Hanya sekali kejut , bingkas bangun melipat selimut dan gulung kelambu single hijau askar. Gantung di paku gulungan itu diikat tali 'rapia'. Itulah rutin hidupku sehari harian. .

Rutin seawal usia 9tahun.
Laungan nama itu dari peti suara isteri arwah ayah. Ia  adalah  ibuku  yang  ku  panggil  Mak.

Jangan lewat bangunnya , nanti kena cubit kecik diperut. Sakit!

Mengapa seawal dinihari bangkitnya aku?

Untuk berjalan sekurang kurangnya dua (2) kilometer untuk meletak kueh kacang dan apam pisang buatan mak. Sebelum keluar melakukan aktiviti tersebut aku perlu teman Najwa Kamaruzaman yang tika itu berumur tiga [ 3 ] bulan sepanjang mak siap menggoreng jualan.

Jam enam [6] pagi sewaktu azan surau depan rumah sewa kami berkumandang aku di lorong kawasan taman berjalan kaki membawa kueh kacang, apam pisang utk diletakkan di tiga [3] gerai.

Aku ingat lagi nama gerai meja tepi jalan itu. Meja cik Nab, Cik Imah dan dekat kedai pak Mat.

Itulah duit sekolah pada hari itu iaitu empat kupang.

Jam sepuluh [10] sebelum tunggu 'ferry sekolah' aku perlu kutip bekas kueh utk jualan harian.

Kekadang walaupun tak habis jualan, aku tetap akan dapat wang penuh sementara kueh aku bawa pulang.

Kadang kadang aku makan kueh tu sambil berjalan utk pulang ke rumah.  Sekiranya aku terlihat longgokkan kueh penjual lain yang masih berbaki akan ku bertanya bolehkah aku dapat sebiji untuk makan. Lazimnya akan diberi seketul dua tanpa perlu dibayar.

Aku paling suka kueh sagu.sedap!

Jam 11.30 perlu berkejar tunggu 'ferry sekolah'. Sebelum pergi sekolah kena sapu rumah.

Maka sapulah aku. Menyapu di bawah bumbung hadapan rumah sambil melihat dihujung jalan. Kawan kawan lain sedang menggamit aku tanda ferry dah tiba supaya aku lekas berlari agar tidak di tinggal trak sekolah .

Namun, aku tidak pernah ditinggalkan biarpun lambat tiba kerana pakcik Rashid 'escort' dan pakcik Mat 'driver' tahu aku kena buat kerja rumah dahulu.

Pernah truck 3tan itu berhenti terus dihadapan rumah lorong perpaduan 22, taman perpaduan itu kerna aku lewat lagi hari seterusnya!

Mak aku kena tegur dengan pakcik Laili , 'escort' yang gantikan pakcik Rashid. kebetulan pakcik Laili kawan arwah ayah.

'Kamu rehan, tengokkan si Jepun ni. Kesian tengok dia.time pergi sekolah bior die pegi. Oranng lain takda masa nunggu die je'

Masa tu jugak aku kena cubit kecik kat perut kerna di dakwa mengadu. Padahal aku hanya diam membisu. Balik sekolah kena tambah punishment lagi.

Allah!

Terlalu banyak.
Tidak terbilang.
Jumlah keciknya hati ini.
Hitung airmata ini.
Namun, tidak pernah aku berdendam.
Jika ditanya resepi kejayaan aku.
Jawapannya hadam dan telan.

Acuan yang aku terima menjadikan siapa aku hari ini. .

Alhamdulillah, buat mak sudah ku hadiahkan pekej umrah 2014 dan materil lain utk beliau berasa senang dan tidak kikir utk memberi. berbanding dahulu hidup 'berpekin'..

Wallahu'alam

#hkcc  #hkccspreadlovetogether

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang