Wednesday 13 April 2016

Kita adalah kita

'Abang Mat mesin rosak lagi' jeritku sambil tangan membuang wayar yang NG di convenyor..

'Aduh ko neh Mar..rosak apenyer..aku baru nak lelap..panggil abang epul' sambil menggaru kepala tidak gatal abang Mat memberi arahan dari bawah meja.

'Abang epul lekaslah..banyak NG ni..target tak capai nanti..orang kena ot plak..takmo lah..' aku memprotes akan  kelewatan technician menghadirkan diri segera..

Aku berada di section 'Rm'..section paling mudah..duduk dan lihat wayar  halus melintasi atas conveyor setelah  plat di letak atasnya kemudian mesin menjalankan tugas..kemudian sorok2  main tipon..

Saat itu usiaku 20tahun. Bekerja di kilang  bukan menuntut ilmu di institusi pendidikan.

Malam minggu.

Dulu , aku terkenang. Keluar rumah saat  matahari belum terbit pulang juga tidak  melihatnya. Ada rezeki bulan menjelma.

Upah gaji asas rm300 sahaja sebulan. Tambah tolak sebulan rm400 aku terima. Syukur hanya Allah yang tahu.

Pergi dan pulang kerja bersabung nyawa kerna pemandu van MABUK. Setiap hari  selama 365hari hanya Allah tempat bergantung bagi menyara hidup.

Kekadang sahaja naik motor arwah ayah aku pinjam. Aku kongsi bayar motor rm85 sebulan bayaranku pada arwah.
Harga ansurans rm112 seingatku.

Saat itu, aku tidak pernah fikirkan masa  depan. Aku hanya fikir semuanya sudah tiada makna. Apa yang aku tahu setiap kali temuduga askar arwah ayah suruh aku hadir sejak umur 18tahun.

Umur 17tahun hari pertama saat rakan  lain meraikan di KFC mahupun McD usai SPM , aku sudah berada di dalam kilang  bekerja.

Umur 19tahun aku kembali ke sekolah untuk ambik sijil agama semata amanah arwah nak sangat aku jadi ustazah KAGAT.

Sama juga jalan ceritanya. Aku kembali  mencari nafkah di kilang hari pertama usai peperiksaan.
Keluargaku bukan orang senang maka aku faham erti kehidupan.

Balik kerja jika tak kerja lebih masa jam  lima pagi. Dalam beg letak bata besar nak  baling anjing liar selepas turun 'van tata' sementara nak sampai rumah.

Aku selalu pujuk ajak adik aku balik  jangan kerja lebih masa tapi  section tempatnya di WAJIBKAN kerja lebih masa . Maka adalah sekali  dua Ieman Zahra teman aku baling anjing. 

Tujuan aku menulis ini adalah untuk memberi semangat kepada semua .

Hidup ini andai semangat dan mahu berubah maka tiada halangan .

Kita adalah kita .
Kita yang mencorak masa hadapan.

#haidakamaruzaman
#hkccway
.
Haida Kamaruzaman

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang