Saturday 2 April 2016

Part 8 : Zatul

Kenapa abang tak amanah ? Abang am bukan kirim keychain untuk Mar kan?

Aku bertanya pada Murad lewat petang semasa dia masih beruniform pulang kerja terus ke rumah sewaku . Aku kata aku sakit perut . Senggugut .

Menyarungkan jaket di luar . Satu perkara tentang Murad yang aku suka adalah sikap ambil beratnya . Baran apabila aku melawan . Namun , cakap sahaja aku sakit pasti dia tiba . Andai dia tiada di sungai besi kerana kerja luar . Akan tiba dua orang di hantar bagi melihat keadaanku.

Pernah terjadi , dia taliponku sejak dari pagi tetapi aku silent mode phone . Petang aku dapat lawatan dua orang wanita . Katanya kawan Murad.

Zatul , diorang neh cari ko kat rumah tadi. Aku bawak datang kolej.

Kata Nina rakan serumah yang membawa dua orang wanita jumpa aku.

Aku baru mahu memanjat tangga mahu ke surau.

Puan zatul sihatkah?

Huih aku Puan pulak. Bujang lagi saya ni kak. Nape yer?

Owh , Tuan minta kami tengokkan puan. Kata tuan adiknya sakit.

Adik? Aku tanya diri aku sendiri dalam hati. Aku adik die yer. Bijak.

Ha'ah sakit , baru keluar hospital . Ni nak masuk balik la ni. Takpa nanti saya call abang saya . Dia memang cepat risau .

Kalau begitu takpalah puan , kami balik dulu . Kebetulan rumah kami dekat sini jer  jadi tuan minta tolong kami tengokkan puan .

Aku menyalami dua wanita berseluar jeans dan berkemeja itu. Sorang kemas berambut pendek . Sorang lagi bertudung bawal.

●●●○○●

Abang , jawab soalan Mar boleh?

Keychain tu bukan dari Am tapi dari Abang . Barang yang Am kirim abang masih simpan . Ada sebab abang simpan Mar.

Kenapa tak amanah? Itu soalannya . Itu sahaja . Mar mahu jawapan.

Kerana abang nak tengok Mar berjaya habiskan belajar . Abang taknak Mar kecewa dan gagal . Repeat paper takpa Mar , repeat Semester sakit Mar .

Kirimkan barang sahaja bukan ? Apa kena mengena dengan kecewa ? Aku cuba memancing jawapan  sedangkan aku sudah tahu apa barang yang sepatutnya aku terima .

Kelihatan ada keluhan berat dari Murad.

Mar ,
Timing is everything . The things you are praying for will show up when you are most ready for them .

Just sabar ok ?

Murad masih enggan menjawab pertanyaanku.

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang