Thursday 11 February 2016

TASKA atau TADIKA?

Mengusahakan TASKA dan TADIKA berbeza. Nak nego harga untuk nyawa anak usia sebulan dengan nego harga beri pendidikan pada umur 4 tahun keatas berbeza.

Beginilah. Andai mahu nego harga asuhan nyawa anak kita di sebuah pusat asuhan tiada masalah. Namun, perlu ingat. Kita meninggalkan anak yang usianya baru sebulan dua pada tempat yang tuan puan nego tadi. Berbeza dengan orang yang tinggalkan pada orang perseorangan. Kos Buruh bayar hanya pada Kos tenaga mengasuh. Apabila kita mengambil keputusan untuk memilih TASKA maka kos buruh bukan seorang makcik atau akak.

Tapi..pengusaha perlu menanggung
1. Kos sewa TASKA tersebut.
2. Gaji pekerja biasa
3. Kos training pekerja
4. Kos gaji Diploma/Degree

Kita mahu yang terbaik untuk anak anak tapi kita tawar menawar harga nyawa.
Maaf ia mungkin menyinggung banyak pihak. Namun , marilah buka minda. Alasan meninggalkan anak atas tuntutan kerja. Kita meninggalkan nyawa anak kepada individu yang perlu membelai anak kita.😊

Bukankah mereka juga BERBISNES? yakni bekerja sama seperti kita?Saya menulis kerna tiada Kompromi untuk nyawa anak.
Pstt:
Jangan membuatkan orang yang mahu mengambil alih tugas menjaga anak kita terasa menyampah dengan kita. Anak itu tidak bersalah😊

Wallahu'alam

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang