Thursday 11 February 2016

Anak kecil tidak bersalah

Ada kisah di sebalik kemaskini status TASKA bermula subuh tadi.

Mak dan adikku pernah bekerja di sebuah TASKA . Gaji rm300. Aku pernah sekali sahaja membantu selama sejam di Taska tersebut semasa pulang cuti semester. Pelbagai drama yang aku lihat dalam sejam itu.
Jawapan jika di tanya kenapa sejam sahaja berada di TASKA itu? Jawapannya hatiku tisu.

Dapatkan Tuan Puan bayangkan betapa penatnya Mak dan adikku menjaga lebih 20orang anak anak bermula usia 30 hari sehingga 4 tahun bermula jam 6.30pagi sehingga 5.45petang? Semata mencari rezeki halal RM 300 di TASKA tersebut selepas sebulan arwah ayah pergi meninggalkan kami.
Malam mak dan adik kerja kilang sarung tangan.
( Sebak neh)
*Ok tipu. Bukan sebak ja. Aku teriak dah.*

Waktu ini aku hampir berhenti belajar . Namun aku perlu teruskan demi masa hadapan. Aku tidak mahu di lihat sebagai perempuan bodoh dan mudah di permainkan.

Kembali kepada isu bayaran TASKA. Asbab itu aku katakan NYAWA anak bukan untuk di TAWAR TAWAR. Apabila Tuan Puan tawar menawar bermakna UPAH untuk Buruh memberi kesan pada pentadbiran.

Letakkan diri Tuan Puan sebagai manusia . Anak kita sorang menangis sudah runsing.
Bayangkan 6 orang bayi menangis serentak. Mahukan susu untuk di suap.
Pekerja sudah penat. Anak kecil tidak bersalah.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang