Saturday 13 February 2016

Gelombang tanpa antena

Aku sedar kekurangan diri . Maka aku penuhkan hari hari menyintai dan berbakti pada si dia kiriman Allah Taala.

Misi aku adalah semaian akhirat sana. Biar terpuruk rasa. Aku telan sahaja.

Dosa si dia , si dia tanggung. Dosa aku si dia tanggung. Sekiranya sayang akan si dia mahu melangkah bersama ke syurga janji Allah Taala , maka berpesan pesanlah kita sesama pasangan.

Pagi jumaat ini , aku minta kebenaran si dia.

Abang , bolehkah ayat ini ayang paparkan di fesbuk?

Please sayang. Itu jawapannya.

Aku tersenyum sendiri. InsyaAllah , menjadi baik untuk isteri yang membaca coretan ini.

Gelombang  tanpa Antena

Abg sayang ayang?
Lontaran hati si isteri bisu merenung tingkah sang suami.

Abg sayang ayang?
Gema hati berbunyi lagi.
Tegarkah aku bertanya keramat cinta itu?

Abg sayang ayang?
Banyak mana?
Sampai hujung nyawa atau ada tempoh masa?
Sayang dan Cinta itu bersyaratkah ia?

Tiba-tiba seolah meloncat suara itu dari hati!

'Ayang sayang abg?'
'Abg sayang ayang sampai bila bila. Jangan tanya sampai bila'

Tersenyum si isteri.
Gelombang perasaan mengalir tanpa antena. .
Dia faham sebelum ku tanya.
Itulah manisnya alam berumahtangga.

●●●○
Berpesan pesanlah biar satu ayat:

Berbeza andai wanita hanya pelepas nafsu serakah semata.
Mendamba kasih lelaki yang bukan hak.
Menggoncang rumahtangga sah aqadnya.
Jangan jadi wanita tiada harga diri😊

Wallahu'alam

Yang Benar
Haida Kamaruzamann
Diari seorang Aku
Kuala Lumpur

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang