Friday 12 February 2016

Perkongsian : Adakah Rasulluah SAW tidak boleh menjadi kaya seperti Nabi Sulaiman?

Aku membaca di sebuah grup whatsapp perkongsian ini.
InsyaAllah , ia memberi manfaat pada pembaca.
Saidina Hassan al-Basri menceritakan sebelum rumah Nabi Muhammad SAW akan dirobohkan utk proses perluasan Masjid Nabawi, beliau dan para sahabat masuk ke rumah Rasulullah SAW buat kali terakhir.
Rumah Rasulullah itu apabila seseorang didalamnya menghulurkan tangan ke atas pasti akan tersentuh bumbung rumah baginda.
Menangislah Saidina Hassan al-Basri seraya berkata
"andai rumah itu tidak dihancurkan dan dibiarkan begitu supaya umat Nabi Muhammad tahu baginda hidup dalam keadaan begitu".
Adakah Rasulullah SAW tidak boleh menjadi kaya seperti Nabi Sulaiman?
Rasulullah bersabda
"Allah swt menawarkan kepadaku untuk dijadikan padang pasir Makkah emas tetapi aku menolak. Aku mahu hidup satu hari kenyang, satu hari lapar. Apabila satu hari kenyang aku akan bersyukur, apabila satu hari lapar aku akan sabar dan memohon kpd Allah swt".
Baginda tolak supaya membiasakan umatnya rasa redha dgn apa keadaan yg Allah tentukan dan menunjukkan bagaimana fitnah dunia itu menjadi cabaran terbesar bg umat Nabi Muhammad SAW.
Di dalam satu hadis Rasulullah berkata kepada para sahabat ansar "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yg aku khawatirkan ke atasmu tetapi aku khawatir kalau kalau kekayaan dunia ini dihamparkan ke atasmu dan membinasakan kamu sebagaimana ia membinasakan umat2 sebelum kamu".
Dengan jaminan Rasulullah tersebut jadi kewajipan kita utk tidak takut miskin. Bukan maksud hanya boleh hidup dlm keadaan miskin tapi jangan takut miskin sehingga menganggu keimanan kpd Allah.
Menganggu bagaimana?
"kalau tidak berduit bagaimana nak bagi makan anak bini"
"hendak makan apa kalau tiada duit"

Ukurannya bukan pd kemiskinan atau kekayaan tapi sikap ketika menghadapi cabaran dlm keadaan kaya atau miskin itu yg akan mengancam seseorang.
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Wallahu'alam.

#kisahkutaksempurna #hkcc #haidakamaruzaman

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang