Thursday 11 February 2016

Berbaloikah nyawa anak anda?

Berbaloikah Nyawa anak berusia 30 hari bermula harga JAGAAN rm200 sehinga rm300 sebulan?

Tuntutan kita sebagai ibu bapa:
1. Mahu jagaan sempurna
Ini yang Pertama dan terutama. Apabila perkara yang satu ini lengkap maka tiada point lain mampu menggantikannya. Waktu hantar seawal jam 6.30pagi sehingga 6.30 petang. Atau Jam 7pagi sehingga 5.30 petang.

Kita ibu bapa keluar bekerja kerna tuntutan hidup perlu bekerja untuk kelansungan hidup. Alhamdulillah.

Soalnya:
Kita ibu bapa selalunya SEBELUM meletakkan syarat:
1. Mahukan Jagaan sempurna
Kita terlebih dahulu meletakkan REQUIREMENT. Lakukan perbandingan HARGA di setiap TASKA.
2. Berapa lama sudah TASKA beroperasi?
3. Berapa ramai anak asuhan di situ?

Berbeza TASKA dan TADIKA.
TADIKA tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Francais banyak tawarkan. Kita ibu bapa boleh DEMAND . TASKA pula ada di kawasan setempat tapi kita sebolehnya mahu FAMILY yang jaga zuriat kita kerna faktor TIDAK PERCAYA pada orang luar.

Benar.

Namun , TASKA ini keperluan buat ibu bapa yang berdikari. Tidak mahu ibu dan ayah bersusah payah menjaga cucu. Mahu TASKA yang BERLESEN. Apabila kita meletakkan satu syarat yang TINGGI . Mengapakah kita tidak sanggup membayar dengan harga yang di tetapkan?

Pstt:
HARGA JAGAAN anak mungkin kita boleh RUNDING. Katakan kita dapat harga yang kita mahu. Kita senyum lebar. Berbeza kita berjual beli barang dagangan. Kita bagi duit kita ambil barang.

TASKA?
Kita bagi duit dan kita tak AMBIL BARANG tetapi kita SERAH NYAWA. Saya tahu , ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA adalah ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Menjawat jawatan yang di hormati.
Maka , mungkin boleh berfikir KBAT.
Wallahu'alam.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang