Thursday 11 February 2016

Murah murah sudah lah..

HKCC akan menulis pandangan peribadi melalui pemerhatian/ rungutan orang tentang NYAWA seorang anak seusia 30 hari di TASKA.

Kita mahu bekerja atas tuntutan hidup yang memerlukan suami isteri bekerja bagi mengukuhkan ekonomi atau ia adalah kerja yang di anggap fardhu kifayah. Tugas kita sangat mulia dan penting pada jabatan tersebut untuk seluruh sejagat. Alhamdulillah.

Soalannya:
Tuan Puan mahu senang hati meninggalkan anak yang di nanti 9 bulan 10 hari kemudian berpantang 30 hari sebelum kembali bekerja. Mahu meninggalkan NYAWA pada seseorang yang bukan ahli keluarga Tuan Puan. ( yang family mahu menjaga Alhamdulillah).

Mahu jagaan yang sempurna dan anak kita di beri tumpuan. TASKA tersebut apabila ambil ramai penghuni kita akan merungut ramainya. Risau anak kita tak terjaga. Pekerja TASKA pula seorang sahaja.
Bagaimana Pengusaha TASKA mahu memberikan yang terbaik sekiranya BAYARAN taska belum pun di beri sebut harga sudah kita demand.

' Murah murah sudahlah'

Lebih baik pengusaha taska TUTUP taska dan lakukan khidmat asuhan TANPA LESEN di premis sendiri.

Psst:
Ini soal JUAL BELI NYAWA bukan jual beli produk kecantikan. Ini NYAWA anak. Zuriat. Fikir fikirkan dengan AQAL penulisan ini. Bukan EMOSI .

Wallahu'alam.

#hkcc #haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang