Ramai yang mengata aku . Aku senyum buat tak tahu 😊. Dulu si haida tidak begitu . Nampak dungu dan diam. Sekarang dia sudah tunjuk belang . ( wei aku manusia la bukan harimau kumbang ) .
Dia bukan macam bodoh bodoh ker dulu ? Masa 2010 tak silap aku . Dia jual kekabu pastu mengurut .
Itu dulu. Upin Ipin pun belum popular lagi. Boboiboy pun tak lahir lagi.
Aku sengaja mencipta watak bodoh bodoh itu untuk kurangkan bersembang benda tak perlu😊. Orang siam kata personality aku 'Reserved' .
Aku mulakan HKCC 3 tahun lepas takdak yang tahu motif aku bergaul dengan pelbagai peringkat . Memang aku cipta sikap rileks dan jangan menonjol . Buat duit dediam sudah .
Aku ada seketul lori pinjam bank tetiap bulan bayar . Seketul ker sebuah lori? Owh sebuah penjodoh bilangangannya. Almaklumlah aku cipta bodoh itu😊 .
Selamani aku jual kopi ja . Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah Taala .
Tiada siapa yang tahu aku pernah menjadi guru persendirian bermula jam 8malam hingga 9malam 😊 . Siang aku sumbat kekabu takpun mengurut wanita yang memerlukan khidmatku😊
Ada kisah antara aku dan NENEK 50tahun yang aku simpan sejak lama dulu.
Bagaimana aku tukang urut , jual kekabu juga sekarang penjual kopisusu seorang wanita bergelar boleh percayakan aku untuk komersialkan MAGIC POTION 😊.
Haida Kamaruzaman
Saturday 13 February 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment