Saturday, 26 March 2016

Mahu ubah orang? Ubah diri sendiri dulu~

Prinsip ubah orang ialah ubah diri sendiri

-unknown-

Mengapa kita suka lihat orang ?
Melihat lemahnya orang ?
Orang itu buruk perangai kita ni baik ?

Susahkan mahu berhenti melihat ke dalam diri orang lain. ( merenung ke luar jendela saat ini muhasabah keegoan diri)

Aku lupa , namun terasa pernah mendengar maksud hadith yang di baca ustaz semasa kelas ummumi .

' muhasabah diri , jangan ghairah memeriksa salah orang lain . Lihat ke ruang mana mahu di perbaiki diri .'

Aku selalu bekerja di atas muka buku .

Kadang kala melintas status sahabat fesbuk yang meluah rasa tentang kehidupan.

Orang sana sini salah . Orang sana kononnya perlu dia . Orang sini tak share status fesbuk pasal nak minta derma . Orang sinun takkan like jer . Orang situ tipulah tak baca . Orang sana lupa diri dah berjaya .

Kita baik sangat ker ?

Aku cepat cepat lihat status fesbuk aku . Adakah status yang mengeluh begitu ?
Menghakimi orang yang melihat status kita ?

Andai status aku ada yang membuatkan Tuan Puan jelik melihatnya . Hubungi aku secara berhikmah . Tegur dan minta turunkan status .

Bukan susah mahu berbaik baik .๐Ÿ˜Š

Di subuh hari ini , aku berpesan pesan pada diri . Mahu juga mengajak sahabat yang melintas baca status ini .

Lihat status fesbuk kita ,  samaada kita melihat orang atau melihat diri sendiri?

Aku pernah membaca akan kata kata seorang pakar motivasi . Petikannya lebih kurang begini .

'Orang bermasaalah suka melihat orang dan mahu ubah orang lain . Namun , tidak melihat diri dan tidak mahu mengubah diri .

Ustazah yang mengajarku di kelas fardhu Ain selalu berpesan .

'Jaga Allah , Allah jaga kita.'

Ustazah Fatimah namanya . Kelas fardhu Ain di Batu 6 , Tambun .

Dewan itu sekarang sudah bertukar wajah menjadi Tadika Kemas .

Aku bukan baik , cuba jadi baik

Pstt: sempat jumpa DIA sebelum azan subuh. Jom!

Wallahu'alam
Haida Kamaruzamann
Diari seorang Aku
BAB : Aku dan kehidupan

REALITI mengapa orang ramai mahu COD

Dari pengalaman sudah lebih empat  tahun berjualan di atas talian menyantuni pelbagai jenis SIKAP manusia๐Ÿ˜Š

Antara REALITI mengapa orang ramai mahu COD [ Cash on Delivery] ?

● Takut kena tipu,bayar duit barang tak sampai

● Mahu bersemuka dgn seller puas hati dapat penerangan Face to face

Pstt : sebenarnya pelanggan bijak. Mereka tidak mahu di tipu

Ilustrasi produk GEMPAK , bila dapat barang HAMPEH!
Contoh :
material tulis cotton.bila sampai memang cotton. Namun qualiti cotton buat kain lap meja bukan untuk di sarung ke kepala sebagai kerudung ๐Ÿ˜Š

● Mahu tengok sendiri seller tu. Betul ker KURUS?

( Ayat iklan bukan main . Saya turun 2kg sehari . Bila jumpa yang kurus pun jari )

● Mahu lihat sendiri betul ker muka LICIN ?
( promote kat dinding fesbuk saya guna ini..itu..)

● Mahu pastikan KEEP IN TOUCH dengan seller.

● Bila dah kenal dan selalu beli baru tak segan minta DISKAUN

● Tidak mahu membazir kos pos.
*ini kekadang praktikal kekadang tidak*

iyer ker?

Iyer , kekadang lebih JIMAT pos dari COD.
COD pelanggan perlu ke tempat penjual.
Pilihan tempat pertemuan di antara persetujuan buyer dan seller.

Mungkin ada factor lain . Tuan Puan boleh bantu tambahkan pendapat Tuan Puan.

Psst :
Bagi membantu pelanggan yang berminat dengan produk yang terdapat di dalam KOMPLOT HKCC , pihak kami melakukan jualan secara bersemuka dengan pelanggan iaitu khidmat OFFLINE.

Kami mendapat khidmat PAKAR OFFLINE dari AKADEMI JUALAN

Mahu Jualan produk Tuan Puan LARIS di pasaran OFFLINE?

Jom menuntut di AKADEMI JUALAN .
8x pertemuan bersemuka belajar di lapangan.
Yuran hanya rm2500 sahaja.
(Harga ini adalah DISKAUN 50% dari harga asal)

Siapa mereka di AKADEMI JUALAN?
Semak fesbuk Yang Budiman Tuan Ady Azhar Ismailil Abdul Sattar Roslanan Adenan Sajaja Nizam Khanan .

Mohon tags : TuaFaiz Abd Razak.

#akademijualan
#haidakamaruzaman
#hkcc

Friday, 25 March 2016

Jangan EGO, jangan EMO.

Jangan EGO , Jangan EMO ๐Ÿ˜Š

Kita perasan bagus sebenarnya hancus!

Aku tak cakap pasal orang . Aku cakap pasal aku !

Erk?

Iyer tak tipu! Aku nak ceritalah ni. Sabaq sat na.

Ceritanya begini.

FBADS tu makanan aku jer .
Aku spend rm3 sahaja . Minima aku untung satu barang rm15 bila CLOSES SALES. * saja guna CLOSES bajet banyak*

Kiralah berapa ROI๐Ÿ˜Š. Sifu sanasini cakap kena MARGIN 3X ganda dari harga Modal. Aku selamba jer jual produk orang 1x ganda untung pun tak sampai .

Bukan berapa banyak ko spend Fbads derr..tapi berapa POWER ko CLOSED SALES.

Aku mungkin gebang jer kencang pokok pun tumbang . Maka ,pada suatu hari aku pun tak tau mcamana aku boleh sesat pegi ABS kat Gombak tuh.

Aku pergi dan duduk lama jugak la setengah hari .

Setengah hari tu aku buat aper ?

Aku kongsi dengan CiIffah Sakurara  ( Cik hoccay) macamana nak buat ayat COPYWRITTING dan hayun fbads rm3 jer.

Aku ada masalah mengajar . Aku akan terus buat . On page dan fbads terus run.

Hasilnya mata bulat Cik Puan Iffah yang sudan cukup bulat itu BUNTANG!

Ayat kat page BISKUT tu saw by 4++ orang berbanding SA jer sebelum ni.

Itu biasalah . Goreng jer ayat lebih kurang TAKDA SALES apa barangkan?

Maka aku pun godek godek untuk beliau fbads rm3 tersebut. Hasilnya?

Closing rm120 biskut . Customer kat Putrajaya.

Masa tu aku ingat lagi. TuanAbdul Sattar Roslanan  ( fesbuk please jangan sabo tags aku neh, moleh aku tulis Tuan kat pangkal nama hilang bila posting) sedang menggunting stiker dengan tenangnya. Hehe..

Apa nak cerita neh?
Nak cerita mainan ONLINE neh senang sebenarnya cuma perlu tahu kita MENUMPANG rumah abam MARK.

FBADS tuh TIM beliau yang conquer. Betul?

Appeal la camna pun tetap kena BAYO dulu biarpun tiga hinggit. Dulu lepas la tiga hinggit tu. Sekarang ? Tak dapeknyer jepp..

Solusinya?

Mark boleh ada TIM JUALANnya di FBADS.

Mengapa tidak kita buat TIM JUALAN kita bertemu terus ke muka pelanggan?

Malu?

Yang Malu tu dah kenapa?

Hutang berselerakkan lagi malu derr..

Mana nak belajat bina Tim OFFLINE?

Cari TuanAdy Azhar Ismailil  ( ada pangkal nama Tuan , habaq sesiap kot fb sabo) dan konco konconya.

Sekian , wabillabitaufik wal hidayah.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Part 7 : Zatul

Along pernah bertunang . Kak Ain minta putus lepas abang balik dari France.

Kenapa kak ain minta putus ? Menyibuk pulak aku bertanya . Rasa nak lempang pulak pipi neh .

Entahlah Kak , masa tu adik kat kolej . Ummi cakap takda jodoh jer , tapi adik rasa adik tau sebabnya. Kak Ain ada orang lain . Adik pernah jumpa Kak Ain dengan lelaki lain masa main bowling . Kak Ain terkejut nampak adik masa tu .

Ooo..aku membulatkan mulut . Aku kawal diri dari mahu bertanya apa berlaku seterusnya . Sabar sabar jangan gelojoh bertanya Mar . Rileks sudah .

Sejak tu along baran semacam jer . Akak dah lama kenal along ?

Hoh? Akak ? Aku terkejut kekononnyer .

Baru jer , plus minus 8 bulan . Aku menjawab sambil jemariku mengira dan angka 8 aku tunjukkan pada Mira .

Macamana akak kenal along? Along cakap kat ummi akak pun putus tunang.

Eh bila pulak aku bertunang? Kalu aku bertunang siapa tunang aku? Belajar pun habis lagi . Gatal nak bertunang ? Mampu sangat ker bakal laki aku tu sara hidup kami ?

Wah , banyak pulak monolog aku neh .

Along cakap macamtu kat ummi? Aku meminta pengesahan dari Mira .

Iyer kak , along kata ex tunang akak kawan masa along kat France dulu . Along yang tolong serahkan cincin bekas tunang pada akak . Kawan die kirimkan masa along balik Malaysia untuk bagi akak tanda putus tunang .

Cincin ? Aku rasa seperti mahu pecah dada . Allah .

Ya , cincin yang terukir nama aku dan Hambali . Cincin Perak . Aku masih menyarungkan cincin itu . Z&H simboliknya.

Namun, Murad tidak menyerahkan cincin kepadaku saat pertama kali kami bertemu di Lrt Masjid Jamek tetapi keychain menara Efel.

Mengapa Murad tidak amanah ? Apa yang dia cuba lakukan?

Maknanya barang yang di katakan Hambali untuk di kirimkan melalui sahabatnya adalah Cincin tanda dia sudah lupakan aku ?

Aku terdiam . Baruku tahu kisah sebenar bahawa aku memang hanya mengharap setia . Namun hati hambali sudah berubah lama .

Luka hati bertambah parah bila ku tahu kebenaran ini . Allah.

Mira , akak balik dulu ya . Nanti kita jumpa lagi . Akak ada extra class malam ni .

Kami bertemu di Hugo Kajang . Mira bertemuku kerna ummi mengirimkan bilis pedas untukku . Mira belajar di Uniten .

Aku memberi alasan pada Mira . Mira muda dua tahun dariku.

Aku mengambil keputusan untuk menaip mesej kepada Murad .

Abang , just to let you know something.
I still have a long way to go .But i'm ready so far from where I used to be. And i'm proud of that.

Send.

Bagaimana mengira hari subur?

"28hb dis
27hb jan
1hb mac
Dah 2thn kawen lum ada rezeki"

contoh kiraan hari subur
1. kira purata "cycle"
28/12 - 26/1 = 30hari
27/1 - 28/2 = 33hari
purata 30+33/2 = 31.5hari aka 31hari
1/3 estimate haid pd 1/4

2. hari subur adalah hari ke 14 SEBELUM haid akan datang
estimate hari subur utk Puan yg bertanya adalah 18/3 ini

3. disarankan "bersama" 2hari before dan 2hari after iaitu pd 16/3, 18/3 dan 20/3 sebab...

4. selang2 sebab... formula selang2 tu reasonnya ovum kita hidup 24jam sahaja lps ovulation tapi sperm bole hidup 3hari jadi klu bersama every 48hours mmg chance tinggi

eh nak girl ke boy? jeng jeng jeng... yg ni saya pun ada faktanya

5. minum kopi hkcc bermula dari abes jer haid, 2 sachet sehari... sebelum sarapan dan sebelum lunch, kalau beli set zuriat... ccfm utk suami bole mula seawal mgkin

Dgn IZINNYA... ameen

Ikhtiar hamil dan berat badan ideal..

IKHTIAR HAMIL dan
BERAT BADAN IDEAL

Ahli KOMPLOT :

Aimi Nadiah Ramli
Lumut/Manjung/Kepong/Selayang
+6013-4804519

Nur Nazihah
Tampin/Melaka/Negeri Sembilan
+60196165258

Diena Aziz
Ipoh/Kuala Kangsar/Taiping
+60175334485

Zeta Don
Seri kembangan/Taman puncak Jalil/Puchong(Bdr Kinrara)
+6013-9398685

Nurhafizah Banisah
Sungai Buloh/Puncak Alam/Bdr Pusat Jengka
+60108932126

Noor Iszati Binti Ismail
Putrajaya/Cyberjaya/Serdang
+0102200984

Izatul Najiha binti Najiha Izatul Izani
Setia alam / Klang
+60129564154

Aziah Ujang
Pandan Indah/Ampang/Pantai Dalam
+6012-390 6824

Ulfah Sujangi
Klang/Banting
+60126476442

Seri Adina @ Seri Armourezs
Johor Bahru
+6010 424 5464

Minum untuk Sihat , Susut itu Bonus
HAMIL itu ANUGERAH

Haida Kamaruzaman

Thursday, 24 March 2016

PERHATIAN : Untuk Peniaga-Peniaga atas talian.

Sedikit Perkongsian  ilmu...๐Ÿ“✏️✒️

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian..

Baca dan Fahami..
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
.
โ„น️Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.
โ„น️Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
.
โ„น️Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

#MUHASABAHDIRI
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang