Sunday 12 June 2016

Bukan kerna nama

'Aku menulis bukan kerna nama. .'
(Bait puitis Papa Rock Tuan Ramli Sarip pagi  ini spontan meluncur laju keluar dari peti  suara  terzahir melalui kumat kamit bibirku.)

Aku baru menghantar pandangan kepergian si dia ke tempat kerja..

'Kerja lillahitaala ya sayang..insyaallah rezeki  Halal abang bawa pulang untuk  keluarga'

Pandanganku hilang selepas selekoh ladang sawit 100meter di hadapan rumah kakak  saudara suamiku di banting.

Nyaman dan tenang suasana persekitaran perumahan disini..ku dengar cicip burung sama seperti di Balok Perdana!Aku  senyum  sendiri mengambil udara pagi seketika di  pangkin garaj parkir..

Banting seperti ada kenangan antara aku dan dia..kenangan pesanan ringkas kecewanya seorang pejuang negara pemula kerjayanya memerlukan sokongan seorang wanita kekononnya bernama  Haida Kamaruzaman tetapi tidak  diendahkan oleh  wanita itu kerna ego..

'Aku kat Banting rumah kakak sedara aku sekarang. Esok aku harap dapat jumpa hang kat Klia.'

Hagham aku tak balas pesanan ringkas  tersebut..aku baca kemudian padam.
Sony Ericsson 'flip' kelabu kecik besar tapak  tangan semasa itu aku gunakan.

Saat ini,kenangan semalam menerjah fikiran. Ego menghalang untuk hadirnya aku ke KLIA bagi menghantarnya terbang melintasi laut china selatan. Beliau pertama kali di tempatkan tugasnya selepas tamat latihan adalah negeri di bawah bayu,Sabah.

Aku tersenyum sendiri..

■■■

Demi sebuah kertas banyak perasaan aku tinggalkan. .
Aku adalah aku. .
Sebolehnya aku menyorok dari kehidupan...
Walaupun buku lama ditukar. .
Mengharapkan ia sejernih semasa dibuka. .
Namun aku tahu, banyaknya alpa. .

Wallahu'alam. .

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang