Thursday 9 June 2016

Ayang, ayang jangan macam ni..

Abang ada 5k?
Itu soalan pertamaku tanya..di corong talipon sesaat selepas keluar bilik pemeriksaan doktor..

Aku ingat lagi..
Tiada riak takut yang aku tahu esok aku  mahu segera dibedah..keizinan suami belum  ku pinta tapi aku yakin beliau redho.

Takda cash yang..ayang nak buat apa?
Tanya kembali oleh suamiku..

Hurmm..takpa bang ayang ada emas kita pajak! Yakin sungguh aku memberi cadangan tanpa menjawab soalan si dia..

Emas ini adalah Emas Public Gold yang mana aku berjinak jinak menjadi penyimpan bermula tahun 2009 sewaktu berkhidmat di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka negara..

Yerlah yang..tapi nak buat apa 5k tu?
Suamiku kembali bertanya..

Aku dengan tegas memberi penjelasan..Tiada sebak ketika itu..

Umpama..'sungguh keras hatimu Roy..'
[scene gila gila remaja]

"Ayang ada baby dalam perut tapi tak boleh besar tersekat tumbesaran di tiub follopio kanan sbb ayang ada ketumbuhan maka doctor sajes makan ubat untuk biar jatuh  sendiri tapi ambik masa or undergo surgery. Kos 5k.Esok bedah buang. Abang  belayarkah? Jika belayar takpa..ayang akan  fikirkan segera how to make it done tomorrow "

Paused seketika perbualan kami suami  isteri  saat itu..masing  masing masih ditalian tapi  sunyi..

Keputusan sendiri dibuat..suami pun aku tak tanya buleh ker tidak main belah belah ni..punya selfish!

'Ayang..jangan macamni..balik dulu kita  bincang..abang balik sekarang..atau ayang  nak  abang ambik ayang di setiawan?Ayang  boleh drive tak ni?

Allah..Allah..Allah..

Saat suamiku bertanya begitu.. aku tahu dia tahu aku lemah..juraian  airmata terhambur walauku cuba menyekanya..

'Ayang boleh drive..abang tunggu ja di rumah'..aku mengawal suara agar tidak  terdengar pilunya  jiwaku saat  itu..

Aku  memandu pulang ke  rumah..hanya  istiqfar peneman saat  itu walaupun  cd ku  pasang lagu tokyo  drift..

Bersambung..

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang