Saturday 23 January 2016

DHUHA dan SUNAT SUBUH

Kenapa perlu solat bhgn 9
30minit ustaz Don.
TV ALHIJRAH
'Barang siapa solat dua rakaat sebelum subuh dapat dunia dan isinya'
Saat mendengar huraian tentang hadith inu melalui rancangan yang di nyatakan , aku terus teringat status fesbuk . Ramai dan kebanyakkan sahabat mewawarkan Dhuha untuk KAYA ( Seluruhnya dari kesihatan sampailah harta benda)

Namun ,
Jarang aku melihat WALL Fesbuk status di muat naik SEBELUM SUBUH mengajak solat sunat sebelum subuh dan solat subuh yang WAJIB itu.
Mengapa?
Jawapan yang MUNGKIN diberikan adalah kerana pagi sibuk dengan urusan rumahtangga dan persediaan ke pejabat.
Belek fesbuk ni waktu lapang jer. Waktu rehat kat pejabat.
Benarkah?
Aku membuat kajian tentang waktu sahabat fesbukku update status adalah jam 10.30 pagi dan keatas. Paling ramai online adalah hari isnin malam dan ahad malam.
Ya aku mengkaji. Aku bukan semata 10x sehari update fesbuk sejak 5(lima) tahun lalu.
Andai tidak kelihatan aku update status di fesbuk bermakna ia ada sesuatu yang tidak dapat di elakkan seperti masalah kesihatan , keluarga atau teknikal fesbuk/ talian internet yang tidak mengizinkan.
Aku bukan baik cuma cuba jadi baik.
Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang