Tuesday 19 January 2016

Aku dan Tugas isteri Tentera.


Masak untuk jodoh adalah WAJIB bukan Sunat muakad.
Ini adalah KPI yang aku tetapkan sejak aku mengambil keputusan berada di sisi jodoh pada december 25, 2010.
Sekiranya aku terlalu penat pulang dari mengurut pada 2011 , aku gagahkan diri masak seawalnya . Sampai waktu makan panaskan sahaja.
Aku masak atas api. Tiada periuk karen mahupun ape saja yang di cucuk plug kecuali peti es.
Apa sahaja aku tumbuk sampai lumat dengan lesung batu. Ada ketuhar bakar kek mahupun bakar ayam aku hadiahkan kat sahabat yang suka memasak.
Andai di koleksikan resepi ringkas masakkanku boleh buat album. Malangnya aku tak rajin selfie makanan.
Andai aku upload gambar masakan aku maknanya talipon pintarku berdekatan.
Contohnya gambar ni. Hehe.chak!
Ini nasi putih . Udang masak masam manis . Tauhu goreng dengan Kucai.
Nampak botol tulis lime tu? Ini ceritera hikayat seribu satu malam andai nak huraikan.
Kita lazimnya makan, air limau suam atau teh o ais limau di pesan.
Kekadang bancuh sedap kekadang gula terlebih. Takpun masam kiok!
Bancuh teh o ais limau? Spoil bila rasa kelat tea potong sedap limau.
Tujuan kita minum air limau mahu elakkan muak makanan juga sebagai penuetral hadam makanan. Itu akulah. Korang aku tak pasti.
Aku tak pernah mimpi nak minum limau nipis dalam botol.
Masa pertemuan bersama ‪#‎SINDIKETTBACENTRAL‬ aku terminum air limau nipis ni.
Tetiba rasa perghhhh! Boleh sumbat macam macam makanan neh. Air ni bertindak macam ENO.
Alah ENO yang berbuih macam panadol soluble tuh bila tambah air. Iklan talibisen ada.
( Aku nampak ENO terus nampak ambulan masuk perut )
Penyelamat sebu perut neh , aku mintak tolong jodoh berurusan dengan Tuan Muda Jang Zint .
Beliau saudagar Air Limau neh.
In future pemilik ladang limau seluruh dunia . *Ini Doa. Tak tipu punya

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang