Wednesday 11 May 2016

Saya mahu jadi seperti Puan.

Puan , saya mahu jadi seperti puan. Kuat orangnya . Bagaimana saya mahu jadi seperti puan?

Wanita itu bertanya lagi . Charkuetiawnya aku kira sudah sejuk. Sedangkan curry laksa aku dah surut kuahnya ku hirup.

Puan mahu jadi seperti saya? Jangan puan. Puan takkan mampu menanggung ujian yang Allah berikan pada saya.

Setiap ujian Allah pada HambaNya sesuai dengan kekuatan individu itu .

Puan lebih kuat dari saya . Percayalah.
Aku memberi kata semangat buat wanita yang berada di hadapanku. Beliau seorang wanita bekerjaya yang di bebani hutang sejak 3 tahun lalu . Namun, masih utuh berdiri menanggungnya seorang diri .

Aku tekan loceng di papan bergambar seorang lelaki berkaca mata . Rambut botak di tengah . Hanya rerambut di kanan dan kiri kepala.

Ting tong.

Pelanyan bernama Crez menghampiriku . Aku menyuakan kertas. Tambahan pesanan aku lakukan .

P007 . Organic soy . Crez mengulang menu.

Yes my dear . Aku mengusap lengan crez dan senyum .

Ok madame. Kata crez yang berambut panjang. Di tutupi bandela di atas kepalanya. Memakai pendakap gigi.

Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Kita manusia pendosa . Apabila kita berbuat dosa kita bangga . Kita tidak ingat DIA semasa perkara mungkar kita lakukan.

Namun , kita perlu ingat

SOLAT
Ini adalah HAK ALLAH
Kita jaga HAK ALLAH
ALLAH jaga kita .

Perghh..aku terasa macam gudgud pula memberi kata kata . Namun , aku sedar diri bahawa kata kataku itu penting buat yang mendengar .

Apabila seseorang datang padaku . Memberi percaya . Maka, aku perlu mempamerkan keyakinan untuk menyantuni insan tersebut .

Solat ya puan . Wanita itu bersuara akhirnya setelah seolah terpegun dengan penerangan aku tadi. Aku pun tak tahu dari mana datangnya ilham bercakap pasal solat .

Ya solat . Jawabku.

#haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang