Monday, 4 April 2016

Hidup kita, siapa kita

Ima!!Bangun!

Jam menunjukkan 4.45pagi seawal pagi sebelum subuh di kejutkan. .

Hanya sekali kejut , bingkas bangun melipat selimut dan gulung kelambu single hijau askar. Gantung di paku gulungan itu diikat tali 'rapia'. Itulah rutin hidupku sehari harian. .

Rutin seawal usia 9tahun.
Laungan nama itu dari peti suara isteri arwah ayah. Ia  adalah  ibuku  yang  ku  panggil  Mak.

Jangan lewat bangunnya , nanti kena cubit kecik diperut. Sakit!

Mengapa seawal dinihari bangkitnya aku?

Untuk berjalan sekurang kurangnya dua (2) kilometer untuk meletak kueh kacang dan apam pisang buatan mak. Sebelum keluar melakukan aktiviti tersebut aku perlu teman Najwa Kamaruzaman yang tika itu berumur tiga [ 3 ] bulan sepanjang mak siap menggoreng jualan.

Jam enam [6] pagi sewaktu azan surau depan rumah sewa kami berkumandang aku di lorong kawasan taman berjalan kaki membawa kueh kacang, apam pisang utk diletakkan di tiga [3] gerai.

Aku ingat lagi nama gerai meja tepi jalan itu. Meja cik Nab, Cik Imah dan dekat kedai pak Mat.

Itulah duit sekolah pada hari itu iaitu empat kupang.

Jam sepuluh [10] sebelum tunggu 'ferry sekolah' aku perlu kutip bekas kueh utk jualan harian.

Kekadang walaupun tak habis jualan, aku tetap akan dapat wang penuh sementara kueh aku bawa pulang.

Kadang kadang aku makan kueh tu sambil berjalan utk pulang ke rumah.  Sekiranya aku terlihat longgokkan kueh penjual lain yang masih berbaki akan ku bertanya bolehkah aku dapat sebiji untuk makan. Lazimnya akan diberi seketul dua tanpa perlu dibayar.

Aku paling suka kueh sagu.sedap!

Jam 11.30 perlu berkejar tunggu 'ferry sekolah'. Sebelum pergi sekolah kena sapu rumah.

Maka sapulah aku. Menyapu di bawah bumbung hadapan rumah sambil melihat dihujung jalan. Kawan kawan lain sedang menggamit aku tanda ferry dah tiba supaya aku lekas berlari agar tidak di tinggal trak sekolah .

Namun, aku tidak pernah ditinggalkan biarpun lambat tiba kerana pakcik Rashid 'escort' dan pakcik Mat 'driver' tahu aku kena buat kerja rumah dahulu.

Pernah truck 3tan itu berhenti terus dihadapan rumah lorong perpaduan 22, taman perpaduan itu kerna aku lewat lagi hari seterusnya!

Mak aku kena tegur dengan pakcik Laili , 'escort' yang gantikan pakcik Rashid. kebetulan pakcik Laili kawan arwah ayah.

'Kamu rehan, tengokkan si Jepun ni. Kesian tengok dia.time pergi sekolah bior die pegi. Oranng lain takda masa nunggu die je'

Masa tu jugak aku kena cubit kecik kat perut kerna di dakwa mengadu. Padahal aku hanya diam membisu. Balik sekolah kena tambah punishment lagi.

Allah!

Terlalu banyak.
Tidak terbilang.
Jumlah keciknya hati ini.
Hitung airmata ini.
Namun, tidak pernah aku berdendam.
Jika ditanya resepi kejayaan aku.
Jawapannya hadam dan telan.

Acuan yang aku terima menjadikan siapa aku hari ini. .

Alhamdulillah, buat mak sudah ku hadiahkan pekej umrah 2014 dan materil lain utk beliau berasa senang dan tidak kikir utk memberi. berbanding dahulu hidup 'berpekin'..

Wallahu'alam

#hkcc  #hkccspreadlovetogether

Part 10 : Zatul

Mar tak cantik pun bang , tak seksi , tak pandai bersosial . Senang cerita kita tak sekufu pun . Kenapa abang selesa luangkan masa dengan Mar ?

Aku bertanya Murad . Aku malas buang masa tanpa tahu apa sebenarnya tujuan dia mengambil berat urusan hidup aku . Aku mengadu senggugut pun dah beriya ajak pergi klinik. Senggugut jer kot .

Murad diam . Kemudian dia memulas stereng setelah lampu isyarat hijau di simpang tiga Hotel Prescott.

Dia menghantarku pulang seperti di janji selepas majlis tahlil di rumahnya . Saat itu juga Hambali datang bersama dua anak kecil yang comel . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Di khabarkan keduanya adalah anak Hambali .

Mar tanya abang , kenapa diam ?

Kita Nikah . Ringkas permintaannya .

Sudah sampai di hadapan rumah sewaku . Beliau menarik handbreak . Parking di hadapan pagar rumah melintang .

Kawin ? Abang jangan main main . Mar tanya soalan tadi sebab taknak abang salah sangka dengan hubungan kita . Abang ajak kawin pulak . Menangis aweks kat luar sana kalu tau abang ajak Mar nikah .

Aku ketawa kecil . Cuba membuatkan suasana tidak terlalu stress . Padahal hati aku rasa bagai tertikam dengan ajakkan kawin itu .

Abang serius . Kita nikah . Bawa abang jumpa family Mar . Murad mengalihkan tubuhnya mengadap aku . Meletakkan tangan kanannya di stereng dan kirinya di belakang kepala tempat dudukku.

Aku buka pintu dan terus keluar .

Abang , Mar janji tak tanya dah soalan macam tu . Lupakan soalan tadi ya . Then , Mar masih boleh jumpa Umi. Deal ?

Aku menundukkan sedikit badan menjenguk ke dalam kereta satria hitam itu sebelum menutup pintu .

Aku masuk ke dalam rumah . Setelah aku menutup pintu rumah . Aku menyelak langsir tingkap . Kereta satria itu baru meninggalkan rumah .

Itu perkara biasa setiap kali Murad menghantarku pulang .

Tiba tiba ajak nikah ? Huish seram! Panjang lagi masa aku mahu bekerja . Kahwin pula dengan Murad ? Kerjayanya menakutkan aku erti setia . Ramai wanita setahu aku menghimpitnya . Aku belum sedia .

Adakah kehadiran Hambali di rumah ummi tadi memberi rasa cemburunya?

Part 9 : Zatul

Kenapa kau datang bila kapal kau dah karam?
Cukup kemudi satu kapal , bila karam kau hadap sendiri . Jangan cuba rampas kapal orang .

Tapi itu kapal aku . Aku tinggal sekejap ja kau dah ambil kemudi .

Kapal baik siapa suruh tinggal sekejap ? Lanun pun suka . Inikan aku orang yang setia pada negara . Aku ambil , aku jaga . Maka kau takda hak atas dia .

Perbualan dengan nada santai yang aku tidak faham pada mulanya antara Hambali dan Murad .

Perbualan itu berlaku di taman rumah Murad . Aku berada di dalam belakang dapur memetik cabai kecik di dalam pasu .

Ummi kata Murad yang tanam . Sejuk tangan Murad .

Aku mula memahami perbualan mereka tentang apa apabila soal di France di ungkit .

Bukan salah aku . Salah kau bro. Kau yang tak bawa balik Amanah aku pada dia . Maka , jangan salahkan aku bila aku mahu ambil dia semula . Berbeza dia dan Nila .

Kau suami , bentuklah dia . Jangan mahu tinggalkan dia .

Aku tidak tahu mengapa aku rasa gembira mendengar suara Hambali mengatakan begitu .

Kedua duanya pasti kecewa . Kalian yang membuat aku rasa bagai barang yang boleh di hand over apabila perlu .

Let's play dude!

Saturday, 2 April 2016

Guna lah..

Tidurlah..

Sabtu sudah meninggalkan kita ,  berdoalah agar kita ke temu sabtu yang akan datang .

Hidup ini pendek , bajaklah kita di bumi untuk semaian hakiki . Matlamatnya Akhirat .

Telan dan kemam nafsu yang menggila .
Amarah , cemburu itu manusia .
Namun , manusia punya Aqal .
Gunalah 😊
.
#hkccway
#haidakamaruzaman

Ini kisah pakcik aku

Kisah hutang kertas A4 pada pengedar kertas Cina .

Ini kisah pakcik aku dan sahabatnya . Semasa aku belum menamatkan pengajian sehingga sudah bernikah aku rapat bersama pakcik . Sehingga kini .

Pakcik belum bertemu jodoh sehingga kini . Maka beliau rapat dengan anak anak saudaranya . Aku yang paling rapat .

Aku melihat kesungguhan beliau dan sahabatnya bekerja .

Azan sudah . InsyaAllah nanti aku sambung bila masa mengizinkan .

#hkccway
#akademijualan

Part 8 : Zatul

Kenapa abang tak amanah ? Abang am bukan kirim keychain untuk Mar kan?

Aku bertanya pada Murad lewat petang semasa dia masih beruniform pulang kerja terus ke rumah sewaku . Aku kata aku sakit perut . Senggugut .

Menyarungkan jaket di luar . Satu perkara tentang Murad yang aku suka adalah sikap ambil beratnya . Baran apabila aku melawan . Namun , cakap sahaja aku sakit pasti dia tiba . Andai dia tiada di sungai besi kerana kerja luar . Akan tiba dua orang di hantar bagi melihat keadaanku.

Pernah terjadi , dia taliponku sejak dari pagi tetapi aku silent mode phone . Petang aku dapat lawatan dua orang wanita . Katanya kawan Murad.

Zatul , diorang neh cari ko kat rumah tadi. Aku bawak datang kolej.

Kata Nina rakan serumah yang membawa dua orang wanita jumpa aku.

Aku baru mahu memanjat tangga mahu ke surau.

Puan zatul sihatkah?

Huih aku Puan pulak. Bujang lagi saya ni kak. Nape yer?

Owh , Tuan minta kami tengokkan puan. Kata tuan adiknya sakit.

Adik? Aku tanya diri aku sendiri dalam hati. Aku adik die yer. Bijak.

Ha'ah sakit , baru keluar hospital . Ni nak masuk balik la ni. Takpa nanti saya call abang saya . Dia memang cepat risau .

Kalau begitu takpalah puan , kami balik dulu . Kebetulan rumah kami dekat sini jer  jadi tuan minta tolong kami tengokkan puan .

Aku menyalami dua wanita berseluar jeans dan berkemeja itu. Sorang kemas berambut pendek . Sorang lagi bertudung bawal.

●●●○○●

Abang , jawab soalan Mar boleh?

Keychain tu bukan dari Am tapi dari Abang . Barang yang Am kirim abang masih simpan . Ada sebab abang simpan Mar.

Kenapa tak amanah? Itu soalannya . Itu sahaja . Mar mahu jawapan.

Kerana abang nak tengok Mar berjaya habiskan belajar . Abang taknak Mar kecewa dan gagal . Repeat paper takpa Mar , repeat Semester sakit Mar .

Kirimkan barang sahaja bukan ? Apa kena mengena dengan kecewa ? Aku cuba memancing jawapan  sedangkan aku sudah tahu apa barang yang sepatutnya aku terima .

Kelihatan ada keluhan berat dari Murad.

Mar ,
Timing is everything . The things you are praying for will show up when you are most ready for them .

Just sabar ok ?

Murad masih enggan menjawab pertanyaanku.

Hamba Allah atau KHADAM dunia

Salam semut...

"Salam buat semua HAMBA ALLAH. .bukan Khadam DUNIA. ."

Kalian semua insan yang disayang Allah dan Rasul. .
Manusia yang selalu lupa. .
Namun sentiasa cepat tersedar dari Alpa..
Kuntumkan senyum pada semua. .
Insyaallah itu resepi mudah mencapai bahagia. .
Berkata-kata yang baik sahaja. .
Insyaallah ia berbalik pada kita. .
Ayuh hirup HKcc/Ccfm sebelum meneruskan ibadah kerja:)

Kita insan luar biasa hebat MINDAnya...
Mantap Jasmaninya..
Tenang Rohaninya..
mengapa memilih utk merosakkannya?
Merosakkan bagaimana?
Dengan reaksi tidak setara. ..

Wallahu'alam. .

Hkcc spread♡Together

 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang