Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Wednesday, 5 October 2016

Abang keutamaan ayang..

Jam 10.45malam sedang aku di dalam bilik solat bersebelahan bilik utama. Terdengar suara si dia memberi salam.

Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.

Pintu bilik di kuakkan.

Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.

Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.

Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.

Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .

Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.

Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.

Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.

Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..

Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.

Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.

Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.

Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.

Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.

Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?

Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.

Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.

Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.

Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.

#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna

Wednesday, 10 August 2016

NadeaRamly.com

NadeaRamly.com
https://www.facebook.com/kakjojes/

Alhamdulillah, Kak Jojes menawarkan kerjasama untuk pihak #HKCC menggunakan platform page ini untuk berkongsi pautan blog.

Maka dengan ini , insyaAllah bagi sahabat fesbuk yang mempunyai pautan blog serta berminat untuk di letakkan pautan hubungi saya.
Jelas tawaran ini untuk blogger yang BARU . InsyaAllah, kita bersama menggunakan platform ini untuk berkongsi karya.

NILAI TAMBAH jelas terpampang untuk Tuan Puan yang mahu menyebarkan manfaat produk.

InsyaAllah manfaat sepenuhnya apabila kita berbaik sesama insan tanpa mengira siapa kita.

Manusia tidak hebat kerana nama , hormatilah sesama kita. Bercakaplah dalam bahasa yang mana kita sendiri mahu mendengarnya dari manusia lain.

Tak mati dek keji. Tak hidup dek puji.

Wednesday, 11 May 2016

Jaga Allah, Allah akan jaga suami

Seorang isteri bertanya kepadaku semasa kami terselit berbicara .

Sedang kami menikmati curry laksa Papa Rich di G- Village .

Puan , maaf boleh saya minta pendapat?
bagaimana tandanya sayang pada suami?

Aku menguntum senyum.
Benar , Puan mahu tahu dari saya? Aku mencubit apam gula hangus di hadapanku. Menghirup lime juice.

Ya benar puan. Wanita itu meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan charkuetiaw dan memandangku.

Jaga Allah , Allah akan jaga suami .
Aku nyatakan ringkas.

Maksud puan? Beliau mohon penjelasan.

Suami hanya pinjaman , Allah yang Kekal .
Suami datangnya dari Allah . Suami itu manusia. Manusia sifatnya fana' . Maknanya sementara .

Saya bukan insan yang layak puan bertanya . Rumahtangga kita berbeda nakhodanya .
Saya banyak khilafnya

Aku menoktahnya di situ .

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Rapuhnya aku, adanya Dia

Aku senyum
Aku menggeleng
Aku senyum lagi.
Aku ini memang di takdirkan untuk menjadi pendengar .

Aku juga Allah kirimkan buat mereka yang di timpa hutang juga runcingnya rumahtangga.

Aku telan tanpa aku hadam.
Ia semangat aku melihat kehidupan
Datangnya mereka
Menyedarkan aku hidup ini indah.

Kelamnya mereka ,adanya Aku.
Rapuhnya aku , adanya DIA.

#haidakamaruzaman
#kisahkutaksempurna

Saturday, 26 March 2016

REALITI mengapa orang ramai mahu COD

Dari pengalaman sudah lebih empat  tahun berjualan di atas talian menyantuni pelbagai jenis SIKAP manusia๐Ÿ˜Š

Antara REALITI mengapa orang ramai mahu COD [ Cash on Delivery] ?

● Takut kena tipu,bayar duit barang tak sampai

● Mahu bersemuka dgn seller puas hati dapat penerangan Face to face

Pstt : sebenarnya pelanggan bijak. Mereka tidak mahu di tipu

Ilustrasi produk GEMPAK , bila dapat barang HAMPEH!
Contoh :
material tulis cotton.bila sampai memang cotton. Namun qualiti cotton buat kain lap meja bukan untuk di sarung ke kepala sebagai kerudung ๐Ÿ˜Š

● Mahu tengok sendiri seller tu. Betul ker KURUS?

( Ayat iklan bukan main . Saya turun 2kg sehari . Bila jumpa yang kurus pun jari )

● Mahu lihat sendiri betul ker muka LICIN ?
( promote kat dinding fesbuk saya guna ini..itu..)

● Mahu pastikan KEEP IN TOUCH dengan seller.

● Bila dah kenal dan selalu beli baru tak segan minta DISKAUN

● Tidak mahu membazir kos pos.
*ini kekadang praktikal kekadang tidak*

iyer ker?

Iyer , kekadang lebih JIMAT pos dari COD.
COD pelanggan perlu ke tempat penjual.
Pilihan tempat pertemuan di antara persetujuan buyer dan seller.

Mungkin ada factor lain . Tuan Puan boleh bantu tambahkan pendapat Tuan Puan.

Psst :
Bagi membantu pelanggan yang berminat dengan produk yang terdapat di dalam KOMPLOT HKCC , pihak kami melakukan jualan secara bersemuka dengan pelanggan iaitu khidmat OFFLINE.

Kami mendapat khidmat PAKAR OFFLINE dari AKADEMI JUALAN

Mahu Jualan produk Tuan Puan LARIS di pasaran OFFLINE?

Jom menuntut di AKADEMI JUALAN .
8x pertemuan bersemuka belajar di lapangan.
Yuran hanya rm2500 sahaja.
(Harga ini adalah DISKAUN 50% dari harga asal)

Siapa mereka di AKADEMI JUALAN?
Semak fesbuk Yang Budiman Tuan Ady Azhar Ismailil Abdul Sattar Roslanan Adenan Sajaja Nizam Khanan .

Mohon tags : TuaFaiz Abd Razak.

#akademijualan
#haidakamaruzaman
#hkcc

Friday, 25 March 2016

Ikhtiar hamil dan berat badan ideal..

IKHTIAR HAMIL dan
BERAT BADAN IDEAL

Ahli KOMPLOT :

Aimi Nadiah Ramli
Lumut/Manjung/Kepong/Selayang
+6013-4804519

Nur Nazihah
Tampin/Melaka/Negeri Sembilan
+60196165258

Diena Aziz
Ipoh/Kuala Kangsar/Taiping
+60175334485

Zeta Don
Seri kembangan/Taman puncak Jalil/Puchong(Bdr Kinrara)
+6013-9398685

Nurhafizah Banisah
Sungai Buloh/Puncak Alam/Bdr Pusat Jengka
+60108932126

Noor Iszati Binti Ismail
Putrajaya/Cyberjaya/Serdang
+0102200984

Izatul Najiha binti Najiha Izatul Izani
Setia alam / Klang
+60129564154

Aziah Ujang
Pandan Indah/Ampang/Pantai Dalam
+6012-390 6824

Ulfah Sujangi
Klang/Banting
+60126476442

Seri Adina @ Seri Armourezs
Johor Bahru
+6010 424 5464

Minum untuk Sihat , Susut itu Bonus
HAMIL itu ANUGERAH

Haida Kamaruzaman

Monday, 21 March 2016

Kami kembali..!

Gambar ini pada hari ini tahun 2015 .
Kebetulan. Allah Maha Berkuasa.


Harini ,
InsyaAllah , akan aku kembali menyebarkan manfaat tiga produk di atas meja tersebut setelah lebih enam bulan aku sibuk dengan pembangunan syarikat.

Tahukah Tuan puan , izinNya gabungan tiaga produk tersebut ,

IzinNya 526( lima ratus dua puluh enam) KEHAMILAN tercatat sejak di rekodkan pada 2012 sehingga AUGUST 2015 .

Lepas August 2015 kami di HKCC berhenti pengiraan kehamilan atas sebab menumpukan kepada pembinaan syarikat.

Kini! Kami kembali๐Ÿ˜Š

Yang Benar ,
Haida Kamaruzaman

Wednesday, 16 March 2016

Bagaimana bekerjasama dengan lelaki hebat?

Bagaimana bekerjasama dengan Lelaki hebat?

Puan guru berpesan setuju dan angguk sahaja!



Ini contohnya meeting HKCC bersama tuan Abdul Sattar Roslan yang menjadi rebutan kerna good looking beliau mampu menapau kuasa beli wanita.

Puan Guru Bisnes mengaku pernah meminang tuan ini untuk berada di dalam syarikat beliau.

HKCC dapat bermesej untuk mendapat nasihat dari tuan ini BERBUNGA BUNGA tak kiralah orang katakan.

Beliau sudi meluangkan masa menyantuni HKCC.

Maka Hkcc pun mengiayakan semua kata kata bijaksana dari Tuan ini.

* otak tepu ,kepala petak selepas mendapat rundingan Tuan yang hebat ini*

Haida Kamaruzaman
Diari seorang Aku
BAB : Aku dan Akademi Jualan

Thursday, 10 March 2016

Saya tidak mahu jadi KAKITANGAN

Tan sri sudikah selfie bersama saya?
Boleh. Jawab tan sri.


Kenapa berenti dari KPJ ? * dua kali beliau bertanya saya*
Sebab saya tidak mahu jadi KAKITANGAN.

Sekarang awak ada apa?
Saya ada PERUT dan KEPALA.
Ambil no phone saya dari my daughter. You sudah menghampiri dan berpeluang menjadi seperti Saadiah.

Tahukah Tuan Puan siapa Saadiah itu?
Orang KPJ pasti tahu.

Tahukah berapa gaji Saadiah itu sebulan?
200k ๐Ÿ˜Š
JIHAD BISNES.
Banyak yang kami bualkan. Beliau mengambil masa makannya untuk menyantuni kami.
Allah terharu!

Haida Kamaruzaman

Prepare to win!

Hangout with people who are smarter than you .
You'll see the difference๐Ÿ˜Š
You were born to win , but to be a winner ,
You must plan to win , prepare to Win and Expect to Win!
-unknown

Haida Kamaruzaman

Wednesday, 9 March 2016

Exit Interview

Tidak mampu melelapkan mata.
Otak sudah penat seharian.

Mengkaji Recruitment 
Mengkaji mengapa Exit Interview tidak berlaku.

Tahukah Tuan Puan yang bersyarikat bahawa EXIT INTERVIEW ini adalah tulang belakang mengkaji mengapa kakitangan meninggalkan syarikat?
Merangka surat untuk memastikan kekuatan barisan hadapan membawa masuk duit kedalam syarikat di lakukan secara sistematik.

Bukan datang dan pergi tanpa tahu mengapa.
Phewww..lama dah tak buat staffing plan gaya korporat neh.

Akulah boss akulah kuli.
Bergerak dalam Tim insyaAllah boleh KAYA RAYA.

JIHAD BISNES!

900k jualan sebulan!

900k Jualan pada Februari 2016.



Produk ini pernah tiada stok selama beberapa bulan kerana masalah dalaman.
Pengasasnya berada di lorong hitam.

Produk X ini sangat terkenal sebelum berada di lorong hitam.

Saat pengasasnya hampir berputus asa dan mahu melaburkan 600k hanya untuk ilmu COACHING pada sebuah syarikat.

HKCC hadir hanya 4 empat jam di meja mengopi bersamanya.

IzinNya , Selamat 600k . Kini , atas dasar PERCAYA keupayaan HKCC . Beliau sudi menaja 2 ( dua) pelajar Tajaan di AKADEMI JUALAN(AKJ) serta 3( tiga) kakitangan syarikat beliau menuntut di AKJ.

Siapakah beliau?
Apakah nama produk itu?

Menanti 200like ,100 share sebelum berkongsi dua perkara tersebut๐Ÿ˜Š.

Mohon tags yang Budiman dan banyak membantu HKCC :
Tuan Abdul Sattar Roslann
Tuan Faiz Abd Razakk
Puan Zalimah Ismaill
Puan Dr Sakinah Sallehh

#haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna #hkcc
#akademijualan

Haida Kamaruzaman

Layakkah kau bergelar suami?

Agungkan perempuan simpanan dari isteri sendiri. .
Selagi dia masih isteri. .
Layak kah kau bergelar suami?

Isteri tempatnya teragung. .
Biar derita, hati tak tertanggung. .

Alasan apakah utk kau singkirkan si isteri?
Zuriat?
Itu bukan kecacatan yang di pinta..
Namun si isteri bersedia diberi teman...
jika si suami mampu...atau sekiranya
akhlak perempuan itu seindah agama bukan senipis bawang membawa zina!

Bagaimana sudah beranak dua?
Semuanya kisah rumahtangga..
Jangan dipersoalkan mengapa...
Pasungan hidup manusia. .
Jangan cuba menjadi hakim. .
Kerna terpaksa. .
Tiada sesiapa meminta. .

Haida Kamaruzaman

Nak berjaya?

Nak berjaya?
Anda perlu ada cara anda SENDIRI..
Trademark sendiri..
Bukan ikut -ikutan..

Nak berjaya?
Biar orang berkata..
Biar orang menduga..
Untuk berjaya..
Semua itu pasti ada..

Nak berjaya?
Pekakkan telinga..
Teruskan berusaha..D.U.I.T WAJIB ada!
Senyum sentiasa..
Paling penting..percaya apa yang anda lakukan!

Nak berjaya?
Aku bukan orang yang berjaya..
tetapi aku berusaha untuk berjaya..
kerna aku tahu..
Tiada siapa yang suka tengok aku berjaya!

Nak berjaya?

Buktikan pada semua..
Anda bukan hanya YES SIR!
tetapi anda adalah NO PAIN!
Aku mungkin nampak bodoh..
tetapi ada sebb aku biarkan orang nampak aku BODOH!

Aku adalah aku!
Sekali kau pijak MARUAH aku..
100x MARUAH kau aku junjung!
itu cara aku..

Haida Kamaruzaman

Sunday, 6 March 2016

Adil ke?

Buka Meja.

Sapa nak kawan dengan saya?
Boleh inbox kenapa nak kawan dengan saya atau kenapa saya perlu berkawan dengan Tuan puan di fesbuk?

Terusterangkan senang? Tak payah nak kumpul reramai jadi kawan lepas tu orang tak LIKE , KOMEN , SHARE sentap.

Andai bermanfaat atau takda sebab pun perlu berkawan apa kata kita bertegur sapa di inbox?

Kita ni bukanlah peniaga berjaya , berkenal kenalan sesama kita apa salahnya dengan bertegur sapakan?

Ini tidak. Hayun jer add Mutual friend dengan harapan yang ntah hape dalam perasaan.

Memang pedih membaca ayat kerek neh. Tapi bercakap benar biar pun pahit.

Memang itu pun sebab Add mutual friendkan?

Nak skodeng jer? Takyah la buang masa Tuan Puan yang budiman.

Setakat nak ushar tapi tak menyumbang hape hape bolehlah baca perkongsian banyak lagi fesbuk orang berjaya.

Ini bukan saya kata. Nampak sombongnya dia! Ini orang yang jawab mesej saya bila saya tanya apa yang saya boleh bantu beliau asbab add frend tapi SETAHUN tak pernah beli produk. Tak pernah Like . Tak pernah bertegur pun.

Adil ker?
Tanya ja. Makasih.

Yang Benar,
Haida Kamaruzaman

Saturday, 5 March 2016

I'm not interested in competing with anyone..gittew~

I'm not interested in competing with anyone . I hope we all make it.

I'm also not interested in your question unless you ask something existential.

Unless you ask something to be transformed - not just to be informed .

Also not just to be made more knowledgable.
๐Ÿ˜Š

●○••●.

Wah , Skipping ko haida lately. Berterabur ' nahu' ntah kemana. Tihtih.

Jawapan:
Sorry la nak wat camner. Laki aku yang sekolah . Aku pun drag sekali. Best plak baca buku Military. Penuh strategi. Baik untuk atur taktikal bisnes. Tihtih

K. Bye.

#haidakamaruzaman #hkcc #kisahkutaksempurna

Less talk, do it!

Do not give Up!
The beginning is always the Hardest.

Stop thinking too much. It's alright not to know the answers. They will come to you when you least to expect it. ๐Ÿ˜Š

●●○○●

Hanya pernah berurusan dan mengenali cara bagaimana HKCC berfikir dapat membayangkan setiap kata di atas bukan sekadar tulisan untuk di paparkan.

Itulah HKCC.

Less Talk , Do it!
Don't Talk , Show it!

Jadi ker tak jadi belakang kira. Yang penting usahakannya!

Pikir banyak , idea sahaja tanpa perlaksanaan?
Itu gebang kencang , pokok pun boleh tumbang.

Jangan bercakap dengan HKCC sekiranya tidak mahu percakapan Tuan Puan di ambil kira๐Ÿ˜Š.

Tiada istilah ' ala sembang jer' .
Once terkeluar dari mulut. Lakukan!

Jangan buang masa sembang. Masa aku lebih mahal dari Emas derr..

Wah..kerek giler!
๐Ÿ˜†

Yang benar,
Haida Kamaruzaman

Friday, 4 March 2016

Bagaimana MENJUAL di Online?

Soal diri Tuan Puan , adakah Tuan Puan sendiri MELELEH AIR LIUR nak beli produk/ service yang Tuan Puan tulis :

1. Pm jika berminat!
2. #sayajualsayaguna kemudian orang belek gambar SAYA itu. ๐Ÿ˜Š
3. #sayajualmurah . Kemudian prospek riki harga ada lagi murah. MURAH ker?
3. Belilah kat melayu kita. ( Racis sangat)
Apesal cina takdak islam ka?

Sekian , kerja sekolah PERCUMA.

Tahukah AYAT JUALAN itu mencerminkan PERIBADI penulis?

Makasih.

Yang Benar
Haida Kamaruzaman

Mengopi~

Ketemu dua lelaki ini bermula jam 10 pagi sehingga 1.30 petang.


Aku tahu banyak perkara yang di bakal bincangkan apabila 'mengopi'.

Maka , aku heret Cik Puan Kieyna Hiskichna selaku penulis minit.

Bukan mudah berbicara bahasa lelaki.
Bukan mudah juga membuatkan lelaki mahu ketemu wanita urusan niaga lebih dari sekali selepas pertemuan pertama.

Alhamdulillah , kami temui titik kesepakatan dalam hala tuju perniagaan.

Cara kami berbeza. Matlamatnya sama.

Pstt: Ada sesiapa mahu masuk KOMPLOT HKCC bagi projek Biskut Raya dan kerudung raya?

Bukan kami mencari AGENT tetapi kami mencari PENGUSAHA untuk kami menjadi JURUJUAL Tuan Puan.

Bagi HARGA kami mahu lihat perbandingan. Berbaloi bagi MARGIN kami JUALKAN๐Ÿ˜Š

Deal?

Whatsapp +60135881194


Power Editor tu ape?


Bagi yang tertanya tanya Power editor tuh hape?

Power editor tu takdak kena mengena dengan microsoft opis atau Power Rangers.

Itu adalah BAPAK segala fbads.

Nak control target audience , geograpgy semua kat situ.

Camtulah ceritanya.

Yang biasa dengan FBads tahu berkenaan Power editor neh.

* ok ini tipu*
K bye
 

Kisahku Tak Sempurna Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang