Wednesday, 5 October 2016
Abang keutamaan ayang..
Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.
Pintu bilik di kuakkan.
Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.
Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.
Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.
Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .
Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.
Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.
Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.
Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..
Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.
Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.
Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.
Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.
Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.
Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?
Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.
Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.
Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.
Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Sunday, 18 September 2016
Berfikirlah dengan luas.
Sekadar menyebut beberapa jenama yang terkenal dan kukuh..
Daftar saja Ahli dah boleh dapat harga murah.
Boleh buat KUTU lagi๐
Bukan salah pengeluar produk atau jenama produk yang memberi syarat FOCUS pada satu jenama .
Salah diri sendiri yang TAKSUB dan mudah di JAJAH minda dengan KEJAYAAN LUARAN seseorang yang di pamerkan.
Berfikirlah dengan luas๐.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Saturday, 17 September 2016
Suami mohon nikah lagi
Terpapar mesej.
salam puan..rasa ter over pulak meluah
maaf ya puan..
Memang saya sedang beremosi sekarang puan. kadang kala sesak nafas dibuatnya. kebergantungan saya pada Allah sekarang sangat sangat tinggi. Saya harap apa uiian yg saya terima ada ganjaran sebaiknya dari DIA.saya harap Allah tak alihkan hati saya untuk terus redha dengan segala dugaannya.
Sejak tahun lepas saya diuji dengan suami. suami mohon nikah lagi dengan bekas teman wanita masa sekolah dulu.
Entah macam mana mereka dapat hubungi semula sehinggakan saya rasa benar benar kehilangan. Saya cuba kumpul kekuatan tetapi gagal...
Hasrat dan niat itu tidak terlaksana kerana saya memang tentang habis habisan untuk bermadu..saya letak banyak syarat sekiranya dia mahu juga teruskan niat tersebut.
sejak dapat tahu saya memang menyampah sangat sangat pada suami sendiri, sehinggakan saya sendiri mengalami kecederaan pada awal tahun ni.
Sejak peristiwa tu, suami sedikit berubah kerana terasa bersalah kerana kecuaian dia juga saya mengalami kecederaan...tapi kepercayaan saya pada dia terus hilang 100%..
saya tekad untuk berpisah tetapi anak anak menghalang untuk berbuat demikian..
memujuk saya untuk kembali seperti biasa hidup bersama suami demi anak anak..jadi saya teruskan walau dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
Allah itu Maha segalanya puan..DIA uji kami dengan anak anak...pelbagai ujian..saya cuba positifkan diri sebaik mungkin..mungkin ujian ini untuk eratkan kembali hubungan kami yang kian renggang
Sebab tu saya antara follower puan yang suka baca apa yang puan post kan dalam fesbuk puan terutama kisah kehidupan apatah lagi rumahtangga..pelan2 saya cuba menerima hakikat bahawa suami itu hanya pinjaman..anak anak adalah amanah...jadi skrg saya cuma bertahan untuk anak anak...
sebenarnya dah lama saya nak luah pada puan tapi saya segan sehinggalah malam ni baru berani nak buka cerita sebab saya dah hampir hilang kekuatan...
Dan kerana itu juga saya cuba berani untuk berniaga kerana saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya pada lelaki bernama suami..tetapi semangat tu hilang kerana saya diuji diuji diuji sampai satu saat saya fikir :
Apa dosa saya sehingga saya terus diuji..? sebab tu saya banyak mendiamkan diri sekarang puan..post dlm fesbuk pun biasa biasa ja.hanya sekadar utk suka suka...mana pergi matlamat saya sebenarnya pun tak taulah ..saya lost..!
Maaf tau puan haida..meluah pada puan..tak sepatutnya saya jadikan puan tmpt bercerita..tetapi ntahlah..terasa mahu berkongsi sahaja..bukan niat utk memohon cara penyelesaian..insyaAllah saya masih kuat puan cuma perlu masa utk semua ni...terima kasih puan haida๐๐๐๐
Aku tidak tahu bagaimana dan apakah ayat yang sesuai untuk menenangkan jiwa wanita tabah ini .
Aku membalas secara spontan.
'Ambil masa untuk ruang diri puan. Diri kita selagi masih bernama isteri . Koyaknya iman suami itu adalah kita tempat kita menampalnya.
Allah .. hanya Allah berhak memberi ganjaran syurga buat Puan.
Saya mengerti puan. Usia rumahtangga puan lebih matang berbanding saya.
Saya perlu banyak belajar dari puan. Saya hanya mampu menjadi pendengar .
InsyaAllah , segalanya ada kebaikkan selepas kesulitan
Jawapan yang ku beri dengan harapan dapat menenangkan sedikit relau di jiwanya.
Amin amin..InsyaAllah Puan Haida.doakan saya puan agar terus bertahan..usia rumahtangga sahaja matang puan, tetapi kadangkala sebagai wanita, kita hampir jadi seperti keanak anakan bila diuji dengan pelbagai ujian...hanya iman sahaja yang mampu menjadi penyelamat..
Terima kasih banyak banyak Puan Haida. Sebenarnya puan lah sumber inspirasi wanita wanita di luar sana. Kematangan kita bukan diukur berapa lama usia perkahwinan mahupun usia kita, tetapi cara kita untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. teruskan menulis ya puan..saya sentiasa menyokong sepenuhnya usaha puan๐๐
Allah..
InsyaAllah ada rezeki kita bertemu.
Balasku.
InsyaAllah,.. itu juga impian saya..mahu bertemu dengan puan.
Tatkala membaca impiannya bertemu a
ku . Terasa malu. Hanya Allah yang tahu.
Aku kagum dengan kemampuan Puan ini berusaha menulis dengan ayat penuh setiap patah kata.
Ternyata , Puan ini mengetahui bagaimana menarik perhatianku membaca .
Allah..
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Friday, 16 September 2016
Kisah daun beko dan khasiatnya
Aku jarang demam. Setahun mungkin sekali dua sahaja. Namun, apabila sakit demam tak kebah. Tujuh hari pun boleh jadi terlantar. Mengerang bila demam.
Klimaks demam panas pada umur 8 tahun. Enam bulan terlantar di Hospital Gerik.
Lupakan tentang kisah aku. Aku akan coretkan bagaimana aku sangat bergantung pada daun beko ini sehingga dewasa.
Seingat aku, pokok beko ini juga dipanggil pokok ketua kampung semasa aku dan keluarga tinggal di Gerik. Aku pun tak tahu mengapa.
Semasa kecil aku menggunakan buah tua dari pokok beko ini bermain sebagai senjata. Aku jadikan sebagai pedang.
Buah beko berbentuk leper .
Sepengetahuan aku. Khasiat daun pokok beko ini adalah
1. Hilangkan demam budak .
2. Di jadikan air mandian lepas bersalin. Semasa aku menjaga mak dalam pantang. Arwah ayah rebus daun beko
3. Makan buah beko untuk menambahkan susu badan . Kena bakar dulu buah beko untuk buang kulit.
4. Kata arwah ayah untuk ubat sakit kepala dan elakkan angin meroyan.
5. Buah beko ini boleh cuci darah.
Aku pernah main masak masak dengan orang asli kampung air kala. Kami main masak masak betul betul. Bukan olok olok .
Buah beka mereka jadikan kerabu dan ulam. Kemudian Buah beka yang muda dipilih untuk dijadikan kerabu atau ulaman kerana yang tua buahnya keras.
Kami bakar Buah beka atas bara sebelum dijadikan kerabu atau ulaman. Lepas bakar mudah buang kulit dan dapat kurangkan rasa pahit.
Semasa suami mandikan aku semalam.
Aku mintak gosok belakangku dengan daun untuk lihat berlendir atau tidak.
Sekiranya badan bertoksik atau penyakit, lumuran ramasan daun ke badan akan mengeluarkan lendir walaupun daun ini sifatnya tidak berlendir.
Ajaibkan. Namun, itulah hakikatnya.
Sejak kecil, aku akan di mandikan tanpa merebus daun . Hanya lumur dan akan di lumur daun beko sehingga lendir di badan sudah tiada. Mak aku kata 'mayseng'.
Seingat aku semasa kecil . Pokok ni tak besar mana. Banyak tepi sungai . Aku selalu terjun tiruk pokok kelempong.
Pernah aku jatuh dalam lubuk lepas buat dua setengah balik kuang sangkut kat dahan. Berdarah kepala. Kawan kawan ambik buah beko dan bakat untuk hentikan darah.
Lepas tu baru abang bawak aku pulang. Kalu tak,mampuih kena rembas dengan mak.
Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.
Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.
Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.
Akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.
Bila aku selsema bila pergi main. Anak orang asli yang datang dari Air Kala akan tumbuk halus akar beka kemudian campur sedikit air. Lepas tu dia akan pupuk di tepi batang hidung aku.
Bila sakit kepala aku akan tumbuk akar ni juga dan 'pupuk' kat kepala. Sejuk jer.
Camtulah ceritanya..sampai ke tua bangka neh aku demam ja . Aku kerahkan si dia cari daun beko.
Alhamdulillah, semalam selepas mandi izinNya , aku boleh bangun makan nasi dan sup daging yang si dia masakkan khas untukku. Sejak dari pagi perut tidak terisi.
Sobsobsob.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Setiap insan ada ujianNya..
Alhamdulillah , mereka lebih tenang selepas kami berbicara .
Jangan lihat perkara yang tiada . Setiap insan ada Ujiannya. Yang mengata tentang tiada beranaknya Tuan Puan. Lihat pula kehidupan ujian bagi yang beranak .
Rezeki itu bukan anak sahaja. Rezeki bahagia itu hanya pada kita bagaimana menikmatinya.
Hidup ini indah. Rezeki kewangan. Rezeki melancong. Rezeki kesihatan. Rezeki MASA.
Adakah perlu Tertekan dengan manusia?
Tiada pasangan NORMAL bernikah tiada mahu beranak๐.
Banyak topik boleh di bawa bicara selain ANAK tatkala berkumpul.
Jangan salahkan Anak menantu mahupun saudara sekiranya tidak hadir ke majlis yang di adakan sekiranya mulut kita lancang menyentuh sensitiviti seseorang.
Lihat di mana silap kita. Bukan sibuk bercerita tentang orang lain.
Wallahu'alam.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Thursday, 15 September 2016
Daun Beko
Mandi air daun beko ini jangan lupa tonyoh badan dengan daunnya. Bukan mandi sahaja.
Tahap kesihatan di ukur dari tahap lendir . Berlendir itu adalah tanda badan sedang keluarkan penyakit.
Mandi dan tonyoh setiap kali mandi bagi yang hidup dalam kebun beko ini.
Bagi yang sakit cuba mandi bila sakit terutamanya khas untuk anak kecil yang demam , muntah , selsema.
Mandi berapa kali?
Mandi dan tonyoh badan ikut suka berapa kali.
Mandi dan tonyoh sehingga apabila tonyoh badan lendir dah tiada.
Cubalah. InsyaAllah . Mujarab.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Kau diuji dengan kasih sayang Allah!
Wanita kuat . Menyandang gelaran seorang ibu , di ataa kertas beliau bersuami . Dalam ujian Allah, ibu bapanya masih setia menerima dan bersamanya saat sukar.
Tanya diri,
Adakah Ujian tiada beranak lebih besar dari ujian bersuami di atas kertas namun tidak di alam realiti ?
Menanggung keluarga sendiri . Alhamdulillah bagi wanita yang kuat menempuh hidup. Menganggap anak sebagai anugerah terindah bagi perjuangan hidup.
Bagaimana bagi wanita yang hilang pedoman?
Allah sayang kita . Keluarkan diri dari kelompok manusia yang bicaranya merobek jiwa . Butir perkataannya mengoyak tubir mata.
Semalam , saat lirik lagu hidup dalam mati menerjah masuk ke ruang serebelum . Medula oblonga juga sereberum bersatu. Aku teringat seorang sahabat yang ku kenali melalui fesbuk.
Bermula sebagai pelanggan kopicino sejak 2012 , beliau akhirnya membuka pekung di dada. Penuh rahsia yang di tanggungnya sendiri.
Alhamdulillah, beliau bijak memilih Allah tempat mengadu berbanding berkongsi cerita dengan manusia selama ini. Sehingga beliau mengenali aku yang jauh di atas talian fesbuk.
Beliau membalas ingatanku melalui ruang 'messengger' . Panjang bait katanya.
Aku kongsikan sedikit antara baris yang di tulis wanita tabah ini. Buat pedoman dan kekuatan buat kita yang memerlukan.
Assalammualaikum. Teringat kat saya dan anak anak ye? Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Dengan rutin kehidupan ibu tunggal yang belum diiktiraf lagi.
Aidiladha disambut dengan ala kadar sebab si dia tidak memberi apa apa untuk anak anak empat orang ini.
Even wang ringgit 50 untuk membeli seekor ayam juga sebatang lemang pun tidak.
Saya tetap bahagiakan mereka empat beradik. Balik kampung atok diorang. Taklah terasa sangat.
Saya memang takde rasa apa dah...nak sedih ke nak happy ke...saya biasa saja. Cuma andai mahu menitiskan air mata , ia adalah tanda perasaan kasihhan anak anak terutamanya Mariam saya.
Langsung tak tahu siapa ayahnya. Macamana rupa, malah pegang tangan ayahnya pun tidak pernah.
Aku helakan keluh kecil . Mengambil nafas untuk meneruskan bacaan.
Allah, besar ujian buatmu.
Ku meneruskan bacaan di ruang mesej fesbuk.
Saya cuma bersangka baik padaNya. Dia kurniakan saya tiga anak lelaki untuk menjaga saya dan adiknya.
Untuk bantu saya buat kerja yang memerlukan tenaga lelaki... ada hikmahnya kan sahabat?
Saat soalan itu di titik. Aku menjawab spontan.
Ya! Kau di Uji dengan kasih sayang Allah. Kau kuat sahabat!
Mataku meneruskan patah perkataan yang di sambung menjadi ayat..
Walaupun pada masa ini air mata mengalir kerana menceritakan apa yg di alami . Tiada siapa tempat saya berkongsi cerita melainkan Dia yang Maha Mengetahui.
Bermakna aku adalah manusia hidup yang di pilih olehnya untuk menjadi pendengar. Allah..
Si Mariam sudah petah berkata kata. Lagaknya lasak macam abg kembarnya Hanif dan Hafiz.
Pantang melihat Hafiz dan Hanif hilang dari pandangan. Pasti dicari dan di tanya.
Doakan Mariam saya kuat hatinya dan tabah ya sahabat.
Saya bimbang dia tiada kasih dari seorang ayah. Abang abang nya sudah tahu dan faham sedikit kenapa abahnya tiada di sisi mereka.
Saya...seperti biasa...fb saya memang di khaskan untuk anak anak.
Khas bercerita tentang mereka supaya apabila sudah besar, mereka akan tahu kisah cerita saat mereka bersama ibu.
Kekuatan saya ada pada empat orang anak.
Walaupun saya rasa berdosa kerana tidak dapat menjadi seorg isteri yg solehah kepadanya.
Atas rasa sebagai isteri. Melahirkan zuriatnya yang sah.
Saya lunaskan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat anak saya bagi menebus segalanya.
Tanpa sedar , tubir mataku robek. Di koyak waktu. Berkolam pada mulanya. Pecah empangan akhirnya.
Aku seka air mata itu dengan hujung jari ibu. Ku lihat jam sudah 5.45pagi. Lima minit lagi Azan subuh bakal berkumandang dari corong surau sebelah blok kediaman.
Surau yang hanya di pisahkan dengan tembok pagar besi bewarna hijau ku jenguk dari bilik bacaan.
Menyambung baca luahan seorang sahabat ini, sementara menanti azan.
Urusan saya belum selesai lagi. Doakan selesai. Urusan pembelian rumah saya .
Saya juga usahakan untuk dapatkan sijil nikah kami. Saya cuba buat sesuatu dengan cara baik dan berlandaskan syariah.
Oh ya..dia ada wassap saya seminggu sebelum raya haji...intipatinya, hanya maklumkan bahawa dia akan berpindah kerja di Kuantan.
Dia bertanyakan saya dan anak anak memang tidak mahu balik duduk bersama dia ke?
Saya just jawab,
In shaa Allah ada masanya kita bersua kembali. Dengan izin Allah . Andai rezeki saya masih di sana adalah saya dan anak anak di sisinya.
Kemudian tiba tiba dia berkata,
'" tak apalah kalau taknak balik ke Kuala Lumpur sebab nanti jauh pula saya nak menjenguk dari kuantan. .."
Dari jawapan balas yang dia maklum itu , saya mengesyaki sesuatu. Sesuatu yang bermain di fikiran saya. Namun, saya biarkan ia berlalu pergi. Tidak mahu fikirkan sangat.
Janji saya tak buat dosa besar.
Kemudian saya balas whatsapp tersebut ,
" kalau macam tu usahakan dapatkan sijil nikah berdaftar walaupun status nikah kita dah sah. Saya perlukan sijil nikah untuk urusan pindah ke sana jika awak masih mahu kami ke sana. (Saja nk sedapkan hati dia )
Send
Double Tick
Blue Tick.
Dia typing kemudian jawapan ini saya terima.
" Tahun depan baru saya uruskan sebab dah dekat dungun dan kuantan"
Saya just baca saja apa yang di kirimkan melalui whatsapp dan tidak membantah..
Panjang lagi isi luahannya.
•••••••
Mariam nama si anak perempuan wanita tersebut bukan nama sebenar.
Aku ubah demi menjaga sebuah maruah seorang anak gadis dan wanita yang di uji ini .
Kisah di kongsi buat pemerhati yang perlukan pil 'motibasi'.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Sunday, 4 September 2016
Pokok kunyit ni selalu berbunga..
Sendat perut acik noks!
' Pokok kunyit ni selalu berbunga . Aku selalu bagi orang ja . Nah aku bagi mu '
Di cantas daun kunyit dan di ikat getah bersama bunga .
'Nah macam convo ' kata tuan yang menyantuni kedatanganku ke Nilai , Negeri Sembilan .
Pstt : Jauh aku datang Kuala Lumpur ke Nilai .
Ada sesuatu rencana yang sedang aku bina . Bina Channel ๐
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Amanah dan kepercayaan..
Monday, 15 August 2016
Lain individu, lain matlamatnya
Hanya aku yang tahu caranya dan suasana bagaimana si dia mudah berbicara segalanya denganku .
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Bila waktu sesuai memuatnaik status?
Sudi membaca coretan malam ini?
Bermakna baki itu tidak suka coretan yang di lakukan . Hanya membaca .
Jawapannya , tulis sahaja . Hargai 27 orang yang suka .
Adakah sedikit berkurang banyak menambah?
Sekiranya tidak memberi kesan , maka teruskan coretan supaya yang sudi membaca mendapat pelajaran dan input baik dari pembacaan.
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Sunday, 14 August 2016
Buka mulut pada tempatnya
Diam juga pada tempatnya .
Banyak bercakap lebih banyak membuka Aib kita .
Antaranya dosa hanya dia dan Pencipta .
Thursday, 11 August 2016
Jaga diri, jaga iman, jaga agama..
Tutup tingkap rapat sebelum maghrib , setan berkeliaran .
Daun tingkap ku kuak subuh ini , pesanan dalam satu perkara dua masa tersebut menerobos waktu . Itu pesanan seorang tua pada suatu ketika . Aku masih ingat namun , kadang kala lupa perbuatan .
Ayang , selamat pagi..
Tersengeh sengeh menolak pintu pemisah dapur dan ruang makan bersebelahan meja berkaki dua berkerusi lapan .
Memasuki dapur berkeluasan 12 x 10 persegi .
Di dapur terdapat sebuah bilik kecil ukuran 8 x 8 persegi . Muat sebuah almari pakaian , katil bujang juga 'drawer' kecil penyimpanan buku berukuran 1.5 inci lebar .
Si dia berkain pelikat , tshirt biru kolar bulat melekap di tubuh.
Morning bang . Wajah ku maniskan bersama senyuman . Menyambut sapaan . Aku sedang menadah air alkali menerusi mesin kangen .
Mesin Kangen ini berada di dapur setelah 7 bulan mengamalkan air alkali dari botol yang di bekalkan oleh Puan Kina tanpa jemu kepadaku .
Penerangan tentang Air alkali ini kepadaku ambil enteng . Aku hanya minum air yang di bekalkan mengikut saranan .
Pada suatu ketika , aku terdetik mahu membaca buku yang di bekalkan tentang Air Alkali . Bulan kedua aku mengamalkan air alkali dan membasuh muka dengan beauty water .
Ayang nanti pasangkan apullet . Accessories sekali kat Bush Jacket ya .
Baik bang . Ringkas jawapan di beri . Mulut masih menguntum senyum .
Eh , awal bangunnya die bangun harini . Hatiku berkata .
Aku melangkah 5 tapak kebelakang menekan talipon pintar . Mahu melihat jam .
Baru pukul 4 suku pagi . Hurrmm..ada apa harini di kolej ? Bush jacket setahu aku , akan pakai andai kena mengadap . Takpun CN datang melawat . Aku bermain teka teki sendiri .
Air Alkali sudah penuh sebotol 4liter untuk di habiskan harini . Aku menadah Beauty Water pula untuk cuci muka dan mandi .
Jadual hidupku bermula 4.05minit pagi . Pasti terjaga seawal itu sejak tiga tahun lalu .
Pukul 5.30 nanti aku perlu masuk dapur untuk sediakan bekalan buatnya . Nasi goreng .
Abang , awal bangun harini . Ada test ker ?
Aku masuk bilik bacaan . Ku lempar pandang ke jalan utama menerusi tingkap membelakangi kabinet buku berwarna coklat .
Si dia duduk di kerusi , tekun mengadap komputer riba di kabinet yang tersedia ruang mentelaah .
Ada laporan yang nak kena siapkan . Compile dulu .Isnin hantar .
Ringkas jawabnya .
Nak tanya boleh ? Aku membelakanginya saat bertanya .
Yer yang..
Seperti biasa lanjut bunyinya apabila beliau seperti malas melayan bicara .
Harini ada apa kat kolej ? Pakai Bush jacket ?
Menyibuk betul aku neh . Jarang aku bertanya tentang kerjanya .
CN datang . Ringkas jawapannya .
Baik . Aku membalas . Sorry , saja jer tanya . Aku menyambung bicara .
●●●
Assalamualaikum yang , I love you .
Waalaikummussalam , love you more .
Jam 6.45 pagi aku menghantarnya keluar rumah sehingga habis pandang memasuki lift .
Jaga diri , Jaga iman , Jaga Agama .
Pesanku yang terakhir buatnya sebelum pagar besi ku kunci mangga besi .
Melangkahnya dia keluar rumah . Dia bukan berada dalam radius pandanganku .
Tuhan jagakan dia untukku . Dosa dia , dia tanggung . Dosa aku , dia tanggung . Jangan KAU biarkan dia berdosa dan terus berdosa atas khilafnya sebagai hamba .
Peliharalah dia dan lindungilah dia dari SETAN BETINA .
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Wednesday, 10 August 2016
Macamana presentation abang?
Aku menguntum senyum menyambutnya pulang petang tadi . Aku berada di bilik utama saat si dia muncul di muka pintu .
Sudah dua hari pergi dan pulang beruniform putih no 3 .
Tugas aku pasangkan aksesori di uniform . Nama , pingat .
'Appaulet' sejak awal perkahwinan sebalak setengah sehingga sekarang dua balak setengah .
' Badge ' perlu berada di tengah . Penanda arasnya butang pada poket baju .
Sejak bernikah aku tidak pernah membasuh uniform putih . Hantar dobi .
Pelbagai faktor yang ku ambil kira akan uniform putih ini untuk aku uruskan pembersihannya . Alhamdulillah , si dia bersetuju .
Aku berjalan ke penjuru kepala katil mengambil talipon di meja sisi . Melihat jam di talipon jam 6 petang .
Awal abang balik harini . Aku memeluk dan melihat ke dalam anak matanya .
Pelukkan di lerai .
Lazimnya , jam 7.30malam baru kelihatan batang tubuh lelaki yang ku cintai kiriman dari Allah itu .
Cukup masa , di panggil pulang . Ada tempoh tamat . Aku perlu menggunakan masa yang diberi sebaiknya menyintai dan memberi perhatian pada hubungan ini .
Habis presentation baliklah yang . Jawabnya sambil meleraikan uniform di tubuh .
Macamana presentation abang?
Huh ,bolehlah yang . Kedengaran keluh kecil .
Apabila keluh sebegitu sudah kedengaran . Aku tahu ada perkara yang si dia perlu luahkan .
Aku biarkan si dia menuju ke ruang tamu .
Aku ke dapur mengeluarkan ikan untuk masak makan malam .
Abang mahu keropok ? Ayang gorengkan . Aku bertanya sambil berdiri di muka pintu dapur pemisah ruang makan dan ruang tamu . Memandangnya.
Tanpa bersuara , si dia menggeleng .
Aku kembali ke dapur . Ikan ku simpan kembali ke dalam peti ais . Cadang mahu masak asam ikan dan ikan goreng . Aku batalkan niat .
Abang , kita makan nasi arab nak malam ni . Ayang teringinlah . Aku berada di sisinya di sofa coklat cair hak kerajaan .
Boleh boleh boleh . Balasnya .
Aku tahu si dia akan setuju . Tidak pernah berkata tidak akan mahuku .
Aku tahu si dia perlukan aku untuk berbicara .
Hanya aku yang tahu caranya dan suasana bagaimana si dia mudah berbicara segalanya denganku .
●●●
Saat go live di lakukan ,si dia sudah separuh meluahkan apa yang berlaku .
Bertabahlah sayang , adat mendapat tugasan kerja berkumpulan . Sementelaah pula , setiap kalian adalah individu yang lain matlamatnya .
Kita tahu hakikat itu .
Wallahu'alam.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Jagalah lisan dan perkataan
Rasainya rasa kotor dan hinanya kita .
Aib kita Allah simpan . Mengapa kita tonjolkan?
Kita selalu berada di zon penafian .
Tiada siapa mahu kelemahan kelihatan .
Maka , jagalah Lisan juga perbuatan .
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Tuesday, 9 August 2016
Dia bolehla, takda anak..
Pagi ini di sebuah Pasar raya di tengah kotaraya . Aku terdengar perbualan dua wanita .
Seorang mendukung anak .
Seorang memimpin anak .
Wanita mendukung anak memulakan perbualan .
Permulaan bercerita pasal kereta parkir di luar kawasan bahaya , kemudian makin melarat bersembang pasal kisah hidup orang lain.
Antara perbualan yang menangkap cuping telingaku adalah .
Die tu bolehlah , senang anak takder . Mudah nak kemana mana .
Ha'ahlah kan . Jarang ada rumah . Kita ni dengan anak sekolah lagi . Nak ambik anak sekolah lagi . Dah 12 tahun kawenkan . Tak beranak lagi . Mandul kot .
Mereka berdua memandangku yang menanti di belakang . Aku sekadar melemparkan senyuman . Tidak campur perbualan .
Sekadar mendengar .
Kita ni pulak terlebih subur . Tapi tulah saham dunia akhirat kitakan?
Aku masih menanti . Di atas kaunter terdapat milo sepeket , minyak masak cap buruh sebotol . Barangan puan yang menggendong anak .
No ahli di sebut untuk mendapat diskaun. Dari no ahli tersebut aku dapat tahu pekerjaan pasangannya .
Yang memimpin anak sebelah tangan memegang sabun pencuci Koa Attact .
Wajah keduanya lembut sahaja . Wajah keibuan . Bukankah bagus bicara juga sebaik wajah kelihatan ? Aku menghakimi di dalam hati .
Allah Allah Allah . Berdosanya aku menghakimi begitu . Aku istiqfar . Astaqfirullahalazim . Spontan terkeluar dari mulut .
Mereka berdua terus terdiam . Aku terpana bila mereka memandangku serentak . Perlahan aku menguntum senyum . Mengangguk sedikit tanda hormat .
Terdiam mereka tanpa kata kata . Pembayaran di lakukan dan mereka keluar dari premis perniagaan tersebut . Tanpa kata . Senyap .
Giliran aku pula membuat bayaran . No ahli aku sebutkan pada penjaga kaunter .
Lama tak nampak akak . Penjaga kaunter menyapaku mesra .
Owh ada . Akak malas turun jer . Beg kecil berwarna hitam yang ku pegang terdapat tiga ruang aku buka zipnya .
Menyerahkan bayaran dan mengambil keropok ikan bersira . Terasa mahu mengudap .
●●●
Die tu bolehlah , senang anak takder . Terngia ngia ayat tersebut di telinga . Memeta di fikiran .
Berlawan soalan .
Andai Senang anak takder adakah di anugerakkan Anak itu suatu bebanan ? Menyusahkan mahu ke mana mana ?
Tiada topik lainkah mahu di sembangkan selain kekurangan orang ? Di buat andaian mandul pula .
Seronok ya sembang pasal orang ?
Aku tersenyum sendiri . Inilah manusia yang tidak reti bersyukur dan banyak waktunya memikirkan pasal orang .
Layak menjadi biro kebajikan .
Aku senyum sendiri lagi . Lift tingkat 3 terbuka .
Kaki melangkah keluar menuju ke kediaman .
Rezeki bukan berkenaan Anak sahaja . Biarpun tazkirah nikah tujuan bernikah mahu meramaikan anak adam .
Kesian orang sebegitu . Berbicara hanya tentang orang . Terlalu banyak masa .
Kita begitukah? 😊
Wallahu'alam
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Friday, 5 August 2016
Part 2 : Kembara Sebuah Cinta Sang Lelaki
Masih ingatkah akan Borneo Bas parkir di Stesyen Bas yang di kongsikan semalam ?
Borneo Bas yang membawa seorang lelaki menemui bapa seorang wanita untuk di sunting menjadi Suri di dalam hidupnya ?
Stesyen Bas tersebut mengadap Sungai Rajang . Di tebingan Sungai Rajang ini terdapat Tandas Awam yang berwarna kuning .
Abang Adi . Lelaki yang tertulis jodohnya buat Puan Kieyna Hiskichna .
Saat gambar ini di ambil . Panas terik . Mujur aku tempek #glossyfoundation. Wajah selama berada 4hari 3 malam di Sarawak menjadi dayang perantin tidak terjejas tona warna . Berbelang dek 'sunburn' tidak kelihatan.
( jap g aku belanja muka besarr talam na)
Warga tempatan berbisik . Wartawankah?
Aku tersenyum . Babak yang sama sewaktu aku berada di Pasar Pagi Sarikei di bisik tanya oleh penjaja .
Pakai talipon jer pong. Wartawan hapenyer.
Kofkofkof.
Kita sambung episode seterusnya di Fesbuk kedua ๐
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Sayang tertinggal di Sarawak
Panas Litlit .
Namun , Muka maintain tempek #glossyfoundation .
Cikgi Ida ida ada yang butirannya .
Dalam bulat merah tu Pilot cum translator cum travel partner dalam negeri .
Aku hanya buat review bila travel dengan beliau sahaja . Andai seorang ke tempat lain ,aku simpan sebagai kenangan peribadi untuk di nikmati .
Salam Sayang tertinggal di Sarawak.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kameksayangsarawak
#sarikei
#kisahkutaksempurna
Part 1 : Kembara Sebuah Cinta Sang Lelaki
Alhamdulillah , di hari kelahiran beliau bertukar status kepada Puan ๐
Perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke Sarikei bukan singkat . Pecah peluh oii!
Dari Lapangan terbang Sibu ke Bandar Sibu 45minit menaiki Teksi . Dari Bandar Sibu ke Sarekei menaiki Bas henti henti ini .
Bukan aku yang tempuhi menaiki bas ini ,tetapi pengantin lelaki sebelum sah menjadi Suami .
Aku katakan pada Abang Adi . Suami Puan Kina.
'Bang , andai abang ...'
Kita sambung cerita di fesbuk kedua ya kata kataku ini๐
Kita layan gambar #kainela kat Whatsapp galeri dulu sambil hirup #susukambingbeepollen .
Fuh..nikmat . Alhamdulillah.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Thursday, 4 August 2016
Perahu bawah rumah.
Belakang kami adalah aktivitii perahu sedang di bina . Kagum .
Sungai di Sarawak besar .
Airnya Warna coklat .
Rumah ini apabila air pasang , di limpahi air sungai di bawahnya .
Rumah ini kedudukkannya di muara sungai Sarikei .
Di lindungi paya bakau . Di kelilingi pokok Nipah .
Teruja apabila di kebanyakkan rumah tersedia perahu di bawah rumah .!
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna










