Wednesday, 5 October 2016
Abang keutamaan ayang..
Assalamualaikum yang. Tersembul wajah yang menjagaku selama lebih sedekad ini.
Pintu bilik di kuakkan.
Aku sedang berhenti pada ayat ke lima belas surah Al kahfi. Memandang dan menjawab salamnya. Kemudian menutup Tafsir Alquran terjemahan pemberian Tuan Mohd Nizam Khan yang budiman.
Setiap kali aku membuka Terjemahan Alquran ini, ingatan aku kepada tuan ini. Hanya Allah membalas baik atas pemberian HambaNya itu.
Sentiada melindung dan melimpah RahmatNya ke atas hambaNya itu, serta di sayangi Rasullullah S.A.W.
Bilik yang berkongsi bilik air dengan bilik tidur kedua berhadapan ruang rehat itu ku tutup suis lampu juga kipas .
Telekung masih melekap di wajahku. Aku keluar menyalami si dia. Ku kuncup tangannya.
Ayang kenapa berenti baca al quran? Pegi baca bagi habis. Perintah di keluarkan dari Pegawai Pemerintah rumahku syurgaku itu.
Setiap ayat ada tempat berhentinya bang. Abang dah balik. Abang keutamaan ayang.
Jawabku memeluk tubuhnya seketika dan merenggangkan pelukkan. Wajahnya ku pandang dan senyuman ku ukir.
Abang nak mandi , lepas tu rehat. Penat yang bla bla bla bla bla..
Sambil jemarinya membuka butang uniform biru tangan pendek satu persatu , si dia meluahkan sedikit rasa penatnya.
Aku maklum akan hal itu. Sudah empat hari 'berperang dengan suasana'. Perang yang memerlukan penumpuan bagi mempertahankan ibu pertiwi.
Aku kira jam tidurnya hanya 6 jam selama tiga harini sehingga semalam. Purata dua jam sahaja tidur.
Abang mandi dulu. Nanti ayang picit abang.
Aku berkata sambil menyambut uniform biru yang di tanggalnya dan di berikan padaku.
Saat ini..
Wajah itu ku renung mengutip pahala yang ku dambakan di kira untuk ke syurga. Biarpun aku tahu tidak layak. Namun , aku tidak sanggup ke neraka.
Aku menyelak langsir , merenung ke langit. Tiada bulan mahupun bintang. Adakah tandanya hari nak hujan?
Aku membiarkan persoalan itu tergantung di dada langit.
Lima belas haribulan depan , aku bakal berkongsi tentang bagaimana membina lima perkara melalui fesbuk di Subang Jaya.
Allah! si dia belum ku maklumi perkara ini. InsyaAllah, esok subuh sebelum si dia melangkah keluar berjihad akan aku maklumkan.
Panjangkan umurku untuk aku bertemu si dia dalam jagaku.
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Tuesday, 4 October 2016
Tips untuk peniaga Online
■ Baru bergiat di dalam perniagaan online.
Berkemungkinan terdapat perasaan kecewa apabila status yang di paparkan di fesbuk kita tidak mendapat perhatian rakan lain melalui LIKE / SHARE.
● Antara kemungkinannya adalah :
1. Sebelum ini kita tidak pernah pos status berkenaan produk. Tiba tiba muncul status BERJUALAN.
Fesbuk kita sebenarnya diperhatikan cuma orang SEGAN nak LIKE 😊.
Psikologi manusia biasanya sekali tengok, JARANG sekali orang terus beli kecuali KEPERLUAN yang MENDESAK.
Nasihat saya, teruskan update status asbab post pada peringkat permulaan adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual. Sebaiknya , Jangan target mahu menjual terus tetapi kongsi tentang manfaat product. Duit akan datang selepas wujud keyakinan dan kepercayaan orang terhadap kita.
Jangan berhenti berkongsi tentang kebaikkan product jualan kita. Seandainya kita post 2x, 3x sahaja kemudian tiada lagi perkongsian tentang product. Sukar mahu mendapatkan kepercayaan prospek kepada kita akan NILAI BAIK barangan tersebut.
Maka untuk permulaan ini, kemaskini status sekerap mungkin, setengah jam sekali setiap setiap hari tanpa henti😊
Perkara ini adalah untuk mencipta stigma pada pandangan pembaca fesbuk kita. Rakan fesbuk nampak sahaja tapisan berita melintas di fesbuk mereka akan status kita , maka kita ni sudah melekap di minda mereka bahawa kita adalah seorang pengedar produk ataupun peniaga.😊
Lakukan secara konsisten yakni istiqamah. InsyaAllah , setiap usaha yang baik ALLAH ganjarinya😊
Saya bukanJUTAWAN ONLINE namun izinNya , Rezeki yang saya perolehi bermula 2012 sehingga kini adalah kepercayaan daripada pembeli hanya melalui FESBUK.
Wallahu'alam .
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
Sunday, 4 September 2016
Review : Testimoni BERSIH dan TIDAK MENYINDIR
Untuk berurusan tentang kesihatan dalaman wanita selain Pakar Sakit Puan atau pegawai perubatan adalah satu perkara paling peribadi bagi acik.
Jamu Susuk Dara sangat terkenal sebagai jenama yang kukuh. Sebut sahaja , siapa tidak kenal?
( Tuan Puan yang tidak kenal insyaAllah boleh google ya. Alhamdulillah di beri peluang membaca coretan ini.)
Produk mudah jual. Ramai yang menjadi pengedar produk terbaik ini.
Lihat gambar profile badge yang di gunakan tanpa membaca status fesbuk sudah tahu si polan jual produk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran wanita.
Acik berada di Kuala Lumpur . Acik memilih Puan Rapidah Ramli untuk urusan belian produk atas ciri ciri berikut
1. Fesbuk beliau bersih dari testimoni korek dan tidak mempamerkan testimoni kekotoran hasil penggunaan produk.
2. Beliau menjual di Instagram . Melihat fesbuk beliau tidak terasa rimas dengan aktiviti menjual.
3.Fesbuk beliau juga tidak menyindir prospek yang membaca status seperti prospek tidak membuat belian produk dengan status kira kira , menyentuh emosi prospek dengan ayat yang mempamerkan sebuah penyesalan andai tidak di buat belian produk .
4. Beliau memberi personal touch apabila penghantaran produk secara bersemuka dengan memberi saguhati seperti buah mempelam di gambar.
Pstt : Harga bukan ukuran apabila kita selesa di santuni.
Ini adalah pendapat peribadi acik di dalam criteria memilih penjual product JSD.
Tiada salah di dalam MARKETING untuk meneruskan hebahan di muka buku atau medium atas talian dengan cara Tuan Puan.
Target audience seperti acik adalah memilih penjual dengan kriteria di atas.
Tips Personal Branding
1. Ramai orang yang menjual produk yang sama . Cari X faktor mengapa prospek perlu membuat belian produk dari kita?
2. Ramai juga yang menjual produk dari jenama lain. Walaupun jenama jualan yang kita daftar sebagai agents glamer adakah menjamin kita boleh buat duit?
3. Sebelum berserah dengan ayat Rezeki tak salah alamat . Kaji apakah Doa Usaha Ikhtiar Tawakal kita sudah sepenuhnya pada DIA?
Wallahu'Alam
#haidakamaruzaman
#hkccway
#kisahkutaksempurna
#diariseorangaku
#akademijualan
Wednesday, 13 April 2016
Akademi Jualan
AKADEMI JUALAN
Tatkala aku berada bersama AKJ ada beberapa persoalan yang bercambah di dalam kepala hotak aku .
Bersepah AKADEMI sekarang . Semuanya motif zahir di poster mahu membantu . Tak kiralah nak bantu meniaga mahupun mencari diri . AKADEMI berkenaan politik pong ader .
Nama AKADEMI itu sendiri besar . Memerlukan intelek /akademik person di dalamnya . Bukan sekadar letak nama . Module perlu ada .
Alhamdulillah , apabila melihat secara menyeluruh kursus yang bakal di tawarkan di AKJ aku mengukir senyum .
Bukan semata di ajar menjana duit melalui Teknik , Sistem , Strategi Offline dan Online malah ilmu pensyarikatan juga di tawarkan oleh AKJ .
Melihat tenaga penggerak di dalam AKJ dengan pengalaman berada di lapangan masing masing bukan sekadar teori atas kertas tetapi mereka menempuhnya sebagai businessman mengukuhkan yakin itu .
Latarbelakang setiap penggerak di dalam gambar ( lihat status semalam ) adalah keyakinanku 😊.
Owh takda masa nak selak?
Baik . Saya bantu tags nama individu yang berkait .
Mohon tags Yang Budiman :
Puan DSakinah Sallehehh ( Pengetua)
Puan Zalimah Ismailill
Tuan Izmin Johanann
Tuan Faiz Abd Razakakk
Tuan Muhammad Fakhrul Adenan Sharomomm ( MENTOR Street Pitching)
#haidakamaruzaman
#hkccway
#akademijualan
Haida Kamaruzaman
Saturday, 2 April 2016
Ini kisah pakcik aku
Kisah hutang kertas A4 pada pengedar kertas Cina .
Ini kisah pakcik aku dan sahabatnya . Semasa aku belum menamatkan pengajian sehingga sudah bernikah aku rapat bersama pakcik . Sehingga kini .
Pakcik belum bertemu jodoh sehingga kini . Maka beliau rapat dengan anak anak saudaranya . Aku yang paling rapat .
Aku melihat kesungguhan beliau dan sahabatnya bekerja .
Azan sudah . InsyaAllah nanti aku sambung bila masa mengizinkan .
#hkccway
#akademijualan
Saturday, 26 March 2016
REALITI mengapa orang ramai mahu COD
Antara REALITI mengapa orang ramai mahu COD [ Cash on Delivery] ?
● Takut kena tipu,bayar duit barang tak sampai
● Mahu bersemuka dgn seller puas hati dapat penerangan Face to face
Pstt : sebenarnya pelanggan bijak. Mereka tidak mahu di tipu
Ilustrasi produk GEMPAK , bila dapat barang HAMPEH!
Contoh :
material tulis cotton.bila sampai memang cotton. Namun qualiti cotton buat kain lap meja bukan untuk di sarung ke kepala sebagai kerudung 😊
● Mahu tengok sendiri seller tu. Betul ker KURUS?
( Ayat iklan bukan main . Saya turun 2kg sehari . Bila jumpa yang kurus pun jari )
● Mahu lihat sendiri betul ker muka LICIN ?
( promote kat dinding fesbuk saya guna ini..itu..)
● Mahu pastikan KEEP IN TOUCH dengan seller.
● Bila dah kenal dan selalu beli baru tak segan minta DISKAUN
● Tidak mahu membazir kos pos.
*ini kekadang praktikal kekadang tidak*
iyer ker?
Iyer , kekadang lebih JIMAT pos dari COD.
COD pelanggan perlu ke tempat penjual.
Pilihan tempat pertemuan di antara persetujuan buyer dan seller.
Mungkin ada factor lain . Tuan Puan boleh bantu tambahkan pendapat Tuan Puan.
Psst :
Bagi membantu pelanggan yang berminat dengan produk yang terdapat di dalam KOMPLOT HKCC , pihak kami melakukan jualan secara bersemuka dengan pelanggan iaitu khidmat OFFLINE.
Kami mendapat khidmat PAKAR OFFLINE dari AKADEMI JUALAN
Mahu Jualan produk Tuan Puan LARIS di pasaran OFFLINE?
Jom menuntut di AKADEMI JUALAN .
8x pertemuan bersemuka belajar di lapangan.
Yuran hanya rm2500 sahaja.
(Harga ini adalah DISKAUN 50% dari harga asal)
Siapa mereka di AKADEMI JUALAN?
Semak fesbuk Yang Budiman Tuan Ady Azhar Ismailil Abdul Sattar Roslanan Adenan Sajaja Nizam Khanan .
Mohon tags : TuaFaiz Abd Razak.
#akademijualan
#haidakamaruzaman
#hkcc
Thursday, 17 March 2016
WASIAT
Atas urusan apa kami ketemu?
WASIAT 😊.
Mereka berdua adalah dari Wasiyya Shoppe.
Lihat komen pertama untuk tags penama😊
Wednesday, 16 March 2016
Bagaimana bekerjasama dengan lelaki hebat?
Puan guru berpesan setuju dan angguk sahaja!
Ini contohnya meeting HKCC bersama tuan Abdul Sattar Roslan yang menjadi rebutan kerna good looking beliau mampu menapau kuasa beli wanita.
Puan Guru Bisnes mengaku pernah meminang tuan ini untuk berada di dalam syarikat beliau.
HKCC dapat bermesej untuk mendapat nasihat dari tuan ini BERBUNGA BUNGA tak kiralah orang katakan.
Beliau sudi meluangkan masa menyantuni HKCC.
Maka Hkcc pun mengiayakan semua kata kata bijaksana dari Tuan ini.
* otak tepu ,kepala petak selepas mendapat rundingan Tuan yang hebat ini*
Haida Kamaruzaman
Diari seorang Aku
BAB : Aku dan Akademi Jualan
Tuan ini....
● padangnya OFFLINE.
● mempunyai empat pasukan JUALAN OFFLINE.
● Cawangan di Kuantan , Sungai Petani , Johor Baru dan Ibu Pejabat di Shah Alam.
● Pasukan tuan ini barisan hadapan JUALAN bersemuka terus dengan pelanggan.
● Tiada Cash di tangan? Mereka sua mesin swap😊
Bayangkan.. * mula bentuk awan atas kepala*
Jualan Tuan Puan yang POWER GILER kat online di sebarkan oleh Tim Jualan Offline juga?
Bukankah itu namanya JUALAN MENYELURUH?
Cannot brain? Tak mengapa. Fikirkan dulu😊
Tuesday, 15 March 2016
Kertas minyak je.
Wednesday, 9 March 2016
100k lagi SEJUTA...wow!
●3 [ tiga ] tahun menjadi owner produk tidak pernah menghampiri SEJUTA jualan sebulan.
● Hampir menyerahkan cheque berjumlah 600k untuk di bayar bagi Personal Coaching kepada seseorang.
Namun, PERANCANGAN Allah itu yang terbaik.
Beliau sebenarnya sudah lama mengikuti fesbukHaida Kamaruzamann namun tidak berkesempatan bertegur sapa sehinggakan saat beliau berada di lorong hitam Allah gerakkan beliau menghubungiku melalui whatsapp.
Mohon tags Tim yang banyak membantu:
Tuan Abdul Sattar Roslann
Tuan Faiz Abd Razakk
Puan Zalimah Ismaill
Puan Dr Sakinah Sallehh
900k jualan sebulan!
Produk ini pernah tiada stok selama beberapa bulan kerana masalah dalaman.
Pengasasnya berada di lorong hitam.
Produk X ini sangat terkenal sebelum berada di lorong hitam.
Saat pengasasnya hampir berputus asa dan mahu melaburkan 600k hanya untuk ilmu COACHING pada sebuah syarikat.
HKCC hadir hanya 4 empat jam di meja mengopi bersamanya.
IzinNya , Selamat 600k . Kini , atas dasar PERCAYA keupayaan HKCC . Beliau sudi menaja 2 ( dua) pelajar Tajaan di AKADEMI JUALAN(AKJ) serta 3( tiga) kakitangan syarikat beliau menuntut di AKJ.
Siapakah beliau?
Apakah nama produk itu?
Menanti 200like ,100 share sebelum berkongsi dua perkara tersebut😊.
Mohon tags yang Budiman dan banyak membantu HKCC :
Tuan Abdul Sattar Roslann
Tuan Faiz Abd Razakk
Puan Zalimah Ismaill
Puan Dr Sakinah Sallehh
#haidakamaruzaman #kisahkutaksempurna #hkcc
#akademijualan
Aku terpana!
Tuan Abdul Sattar Roslan
Puan Zalimah Ismail
Puan Dr Sakinah Salleh
( Pengetua AKJ 2016 )
Thursday, 3 March 2016
Menjual pastinya Niat memetik~
Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.
-unknown-
Ini adalah bagaimana menyantuni hati pelanggan. Ayat mengorat anak raja kata seorang ahli #komplotHkcc 😊.
Bagaimana kita mahu membuatkan hati prospek ( wanita lazimnya ) terpikat akan AYAT produk?
Sentuhlah di bahagian itu. Barulah kau tahu😊. Bahagian itu adalah❤️.
Jangan 💔 itu.
Balutlah 💝 itu.
Sinarkanlah 💖 itu.
Terasa 💓 bergetar.
Menjual pastinya Niat memetik😊
Sertailah AKADEMI JUALAN. Skrip memetik ini pasti Tuan Puan miliki😊










